Resolusi 2017: Hariithun a'la waktihi!

Alhamdulillah a'la kulli hal, hari ini peperiksaan final untuk subjek Forensic and Legal Medicine (FLM) telah berakhir, selepas dua minggu berhempas pulas cuba faham, hafal, buat latihan tubi serta tertidur (?) di meja study huhu. Bila perasaan putus asa atau malas mula menjengah tingkap minda, cepat- cepat saya teringat wajah ibu, teringat amanah sebagai pelajar perubatan, sebagai hamba Allah, nasib DNT saya kalau saya tak berusaha sungguh- sungguh untuk peperiksaan ini. Tapi kalau dah takdirnya (na'uzubillah) tak berjaya, takdelah kecewa sangat. Sekurang- kurangnya, saya tahu saya dah put lot of efforts for the exam. I leave the rest to Allah swt. 

Teringat kata- kata Imam Shafi'e,

"Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan"



Sehari sebelum masuk peperiksaan. Macam tak percaya law in medical negligence, law of tort dan segala jenis law yang berkaitan dengannya akan dipelajari dalam modul FLM ini. Maka terasa seperti separa pelajar law dan separa lagi perubatan. A nice experience tho.

Jadi berbalik kepada topik yang saya mahu kongsikan ialah tentang salah satu resolusi 2017 saya ialah harithun a'la waktihi (menjaga masa). Setelah muhasabah penghujung tahun 2016, saya dapati saya sangat lack dalam soal pengurusan masa. Datang lambat bila nak jumpa orang, lambat nak execute plans, lambat rancang jadual harian, mingguan, tiada target harian, mingguan, bulanan atau tahunan dan sebagainya. Perkara- perkara seperti itu menyebabkan saya gagal untuk capai apa- apa perancangan yang saya ada. 

Rasa tak best sangat bila tahu we can do more with our time but we wasted it to something else that is less beneficial/ unimportant. Contohnya, saya gagal untuk belajar secara konsisten pada setiap hari, at least sejam sehari. Saya kurang buat latihan untuk modul Medicine dan Surgery secara konsisten, hasilnya keputusan peperiksaan (theory) Residency II saya kurang memuaskan untuk kedua- dia subjek tersebut. (Alhamdulillah untuk clinical part ada improvement) Bahkan, saya juga gagal menghadiri beberapa majlis ilmu bersama- sama sahabat saya kerana kegagalan menyusun masa. (Ampunkan saya Ya Allah)

Jadi, saya letak beberapa resolusi untuk tahun 2017 ini. Tidaklah gempak pun, hanya improvement kepada hal- hal basic sahaja. Bagi saya, aim high but know your limit. Kalau letak resolusi yang terlalu high standard sampai tak mampu nak istiqomah dalam melaksanakannya pun susah juga. Allah kan suka amalan yang sedikit tetapi istiqomah. Bila dan dapat istiqomah terhadap sesuatu itu, tambahlah lagi amalan lain dan istiqomahlah. 

Maka, antara point of action kepada resolusi ini ialah saya beli dua buah planner supaya lebih tersusun dalam pengurusan masa saya. Planner Shoutul Ikhwah dan juga Planner Popular yang besar.


Planner ini saya beli di kedai buku Popular pada akhir tahun lepas di Tesco Tengku Kudin. Harganya hanya RM 9! Planner ini besar dan mempunyai ruang yang cukup besar untuk dituliskan sebarang nota/ catatan kecil. Macam bird's eye overview kalau tengok dari jauh. Ada beberapa warna seperti merah, hitam dan biru tua.


Haa, inilah Planner Shoutul Ikhwah yang saya maksudkan. Saya membelinya daripada seorang junior di USM. Harganya berpatutan, RM 18. Some of you might say eh mahalnya. Well, let's see what's inside the planner :)


Setakat ini, ini pertama kali saya jumpa planner yang ada table of content. Ha, menarik tak? Kalau tengok table of content tu, ada beberapa headings. Sangat proper, nampak macam buku siap. :)


Okay, yang ini pula jadual by week. Kiranya kita perlu letak tarikh dalam kotak "star" kat atas dan isi jadual harian based on jam. Dari pukul 4am hingga 3am keesokannya. Jadual lectures, aktiviti- aktiviti luar boleh diisi secara spesifik. Hal ini akan menjadikan pemilik semakin aware dengan setiap aktivti yang dilakukannya pada setiap jam. Jadi, perasaan untuk membuang masa tu akan lebih bersalah. ;)


Ini contoh jadual saya buat pada awal- awal dapat planner ni. Hanya mampu letak lectures yang akan di attend serta important/ highlighted activities need to be done in a day. Kalau perasan, ada ruang kecil warna putih di ruang bawah page. Itu ialah "today's priority". Dalam banyak- banyak hal yang nak dibuat dalam sehari, kita dapat fokus kepada urgent and vital matters of the day melalui catatan di kolum bawah. Menarik kan? 


Ruang ini antara ruang kegemaran saya. Ada "Daily Ibadah" dan "Weekly's priorities". Saya nak highlight yang ruang "Daily Ibadah". Saya sangat tertarik dengan ruang ini kerana ini pertama kali saya jumpa planner yang disertakan sekali jadual untuk amalan ibadah wajib dan sunat. Mutaba'ah amal yang ada dalam planner membuatkan saya terfikir bahawa betapa perlunya kita menyusun amalan akhirat kita dengan bersungguh- sungguh sebagaimana kita bersungguh- sungguh menyusun urusan dunia. Kiranya, planner ini bagi saya, memberi motivasi untuk melakukan hal itu.


Yang ini pula overview setiap bulan.


Yang ini pula overview secara tahunan. Saya mewarnakan setiap rotation yang berbeza dengan warna yang berbeza supaya saya nampak overview planning tahunan.


Ini pula detail diri.


Ramadhan Evaluation untuk tahun ini turut disertakan! :D Boleh start mindset dan prepare untuk Ramadhan yang akan menyapa tak lama lagi ;)


Dalam beberapa muka surat yang terakhir, disertakan ruang kosong mungkin untuk sebarang catatan/ nota etc.


Ruang "Things To Do" ini ada untuk setiap bulan, sebelum page jadual secara bulanan. 


Ruang "My Timetable". 

Disebabkan saya sangat tertarik dan suka dengan presentation planner ini yang memudahkan saya untuk mengurus sebarang aktiviti/ perancangan, saya menghadiahkan planner ini kepada adik- adik usrah saya. Muwasafat "harithun a'la waqtihi" harap dapat dipupuk dalam pembinaan mereka sebagai seorang individu muslim yang taat kepada Allah insyaAllah.

Saya turut decorate ruang belajar saya supaya lebih kemas, tersusun dan luas agar saya lebih bersemangat dan bersungguh- sungguh untuk belajar dan menggunakan ruang ini dengan lebih efisien. 


Dekorasi yang sudah diubah dan diperbaiki.


Kata- kata semangat ini diberikan seorang insan yang saya sangat hormati serta begitu dekat dalam hati saya. Jzkk untuk ini :) (youknowwhoyouare)

Semoga Allah memberkati masa- masa kita serta meredhai setiap perkara yang kita akan lakukan. Semoga setiap amal akan mendekatkan diri kita kepada-Nya insyaAllah :)






Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1