Posts

Showing posts from January, 2017

Yang terpendam.

Image
Kakakmu mengajarku bahwa, dengan do'a Seluruh dunia mampu kumiliki Kata dia, do'a sang musafir itu ada sisi mustajab Aku semat kata-kata itu dan bawa bersama Ke bumi al-Fateh yang mulia. Nah, Tiap kali kumemandang langit Pesan kakakmu itu terngiang-ngiang di gegendang telingaku Lalu kubisikkan do'a untuk insan- insan yang kusayang Termasuklah kamu yang jauh di sana Agar Tuhan yang Maha Mendengar sentiasa Menjaga kamu-kamu, di dunia dan akhirat Seringkali aku bertanya kepada Dia, Mengapa perlu adanya penantian? Bukankah penyatuan itu lebih menenangkan Serta mendamaikan? Memudahkan hal ibadat serta Interaksi antara dua jiwa yang saling menginginkan Antara satu dengan yang lain? Di bumi Sufi, Dia menjawab. Salji dan alam sebagai manifestasi kepada jawaban-jawaban Penantian itu juga satu ibadah Andai ianya diisi dengan ketaatan kepada Allah Penantian itu satu latihan Kepada sifat-sifat yang diperlukan dalam pelayaran Bahtera perkahwinan Sabar, berko

Resolusi 2017: Hariithun a'la waktihi!

Image
Alhamdulillah a'la kulli hal, hari ini peperiksaan final untuk subjek Forensic and Legal Medicine (FLM) telah berakhir, selepas dua minggu berhempas pulas cuba faham, hafal, buat latihan tubi serta tertidur (?) di meja study huhu. Bila perasaan putus asa atau malas mula menjengah tingkap minda, cepat- cepat saya teringat wajah ibu, teringat amanah sebagai pelajar perubatan, sebagai hamba Allah, nasib DNT saya kalau saya tak berusaha sungguh- sungguh untuk peperiksaan ini. Tapi kalau dah takdirnya (na'uzubillah) tak berjaya, takdelah kecewa sangat. Sekurang- kurangnya, saya tahu saya dah put lot of efforts for the exam. I leave the rest to Allah swt.  Teringat kata- kata Imam Shafi'e, "Bila kamu tidak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan" Sehari sebelum masuk peperiksaan. Macam tak percaya law in medical negligence, law of tort dan segala jenis law yang berkaitan dengannya akan dipelajari dalam modul FLM ini. Maka

Doa seorang wanita untuk wanita.

Image
"Ya Allah, jadikanlah kami wanita yang bakal menghuni syurga-Mu yang luas. Bantulah kami untuk memperbaiki akhlak dan adab kami, tunjukkanlah jalan- jalan kebenaran dan kurniakanlah kami taufiq, agar kami mampu membimbing sekeping hati kami yang terlalu rapuh ini, menghadapi mehnah dan tribulasi dunia. Lembutkanlah tangan dan tutur kata kami dalam mendidik manusia disekeliling, sahabat- sahabat, ahli keluarga, suami tercinta serta anak- anak kami agar tangan ini juga dapat menggegam erat tangan- tangan mereka untuk masuk kedalam syurga-Mu. Ya Tuhan kami, eratkanlah hati kami dalam mencintai-Mu, agar ikatan persaudaraan ini akan terus subur ditelan arus zaman. Semoga hati kami akan terus mahu menebar kebaikan di dunia, hasil tuaian cinta dari langit. Letakkanlah dunia di tangan kami bukan di hati, kerana hati hanya mampu menampung keagungan cinta-Mu daripada besar dunia ciptaan-Mu. Ya Lateef, didiklah hati kami untuk sentiasa taat kepada Engkau, Rasul serta mereka yang be

My random thoughts.

Lately, banyak sangat cuba buat refleksi hati terhadap setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan sehari- hari. Kiranya macam cuba mencari dan menggali hikmah la untuk setiap yang berlaku itu. Tetapi, saya perasan yang saya seolah- olah "kehilangan" ability untuk go deep into my thoughts. Syu'ur (perasaan) untuk betul- betul menghayati tarbiyah Allah macam tersekat/ disekat. Rasa sedih sangat. "Mungkin sebab dosa banyak sangat, jadi hati bertompok- tompok dengan kotoran dosa yang hitam. Macam mana la Allah nak buka hijab "hikmah" tu. Cahaya hidayah hanya mampu menembusi hati yang suci, hati yang bersih". Ini antara justifikasi yang saya cuba berikan kepada diri. Sounds harsh, but that's the reality kot. *Kena taubat banyak- banyak ni ;( * Perasaan jadi kosong, sebu dan bosan. Tersekat. Kalau nak tadabbur alam tu, ya Allah, Allah je tahu betapa struggle hati ni nak betul- betul menghayati bukti ketauhidan Allah dan attempt untuk mengaitkan

Mengawal "Sang Raja"

Ibnu Umar berkata: "Seorang hamba tidak akan dapat mencapai hakikat taqwa yang sebenarnya kecuali ia dapat meninggalkan apa saja yang dirasa tidak enak dalam hatinya" Hati. Yang Rasullulah pernah sabdakan, meupakan "raja" dalam diri manusia. Kalau hati itu baik, maka akan baiklah seluruhnya, kalau hati itu tidak baik, yang sebaliknya pula akan berlaku. "Peperangan" antara hati dan akal ni, rasanya berlaku sejak berzaman lagi dan pada setiap masa. Hanya iman dan taqwa mampu menarik balik hati yang tersimpang jauh dari cahaya kebenaran. Kerana iman dan taqwa kepada Allah, merupakan guidance untuk mengawal sang raja ini daripada melintasi batas- batas yang ia tidak sepatutnya lakukan. **** Untuk hati,  Aku kira Allah sedang menguji tahap kesabaran kita. Kerana pembuktian kata sabar, tidaklah semudah bicara tentangnya. Sabar itu, Nabi kata bertahap, dan Allah akan uji untuk melihat sejauh mana berimannya kita dengan ayat- ayat Dia tentang