Posts

Showing posts from May, 2018

D-24

Image
Segala puji bagi Allah, Tuhan langit dan bumi serta yang berada diantara kedua- duanya. Yup, tinggal 24 hari lagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan serta hospital Taiping/ Seberang Jaya/ Penang untuk menghadapi peperiksaan tahun akhir pelajar perubatan. 25 hari lagi sebelum mengakhiri title 'pelajar perubatan'. Perasaan? Tempoh hari dah penat dapat panic attack. Tapi, lepas baca perkongsian seorang akhawat tentang hadis menanam kurma, terus rasa bersemangat dan tidak mahu berputus asa dengan Allah. Bukanlah usaha saya yang menetukan kejayaan saya, tetapi Allah. Boleh jadi belajar siang malam pagi petang tetapi waktu exam Allah takdirkan kita lupa. Boleh jadi belajar banyak tetapi tak faham- faham. Sedih jelah kalau macam tu. Saya selalu berharap agar ilmu yang dipelajari ini Allah berkati. Naqibah pernah pesan, tawakkal itu bermula saat sebelum berusaha lagi, sebab dalam konteks saya ni, untuk faham sesuatu topik dan penyakit pun, memerlukan tawakkal dan r