Posts

Showing posts from March, 2016

Segregasi Islam?

Jika dahulu, saya sering berpendapat bahawa muslim yang hebat ialah muslim yang gencar dengan dakwahnya, hebat seni tajmik dan takwinnya, petah hujahnya di hadapan manusia lain, berapi- api taujihatnya hingga menusuk kalbu para pendengar serta banyak adik- adik binaannya.. ..namun sebelum saya pulang ke Malaysia, murabbi saya ada pesan mengenai "islamuna" (islam kami). Sedari itu, saya mula berfikir. Kita diajar dalam jalan tarbiyah dan dakwah bahawa islam ialah agama yang syumul, meliputi seluruh kehidupan kita. SELURUH kehidupan, bukan sesetengah. Ini bermakna setiap yang kita lakukan sesimple makan dan minum, islam ada ajar adab- adabnya, hikmah- hikmah makan dengan adab serta doa- doa yang berkaitan. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, tidak berlaku segregasi antara islam dan kehidupan kita. Masyarakat kini sering berpendapat bahawa islam hanya sekadar di atas tikar sejadah, di masjid- masjid, di majlis- majlis ta'alim serta kenduri tahlil.

Alumni.

Haritu baru je terfikir "bila lah agaknya alumni sekolah ni nak buat gathering; hi tea ke, tamrin ke. Teringin nak pergi" Tup tup dapat tahu 3 hari lpas tu Alumni SEPINTAR ada buat Hari Terbuka Alumni 2 April ni. Punya la excited smpai tanya naqibah ada apa- apa program, daurah atau usrah tak time tu sebab nak balik dan pergi ke SEPINTAR. Siap mark tau dalam buku peribadi. Huhu yang menariknya, setakat yang tahu tak ramai batchmates nak datang. Ada hal kot. Dan ramai sangat batch- batch awal nak join. Mungkin angka tu termasuk isteri/ suami dan anak- anak mereka Den ni bujang lagi, jadi mai sorang la insyaAllah. Senang sikit. Time- time bujang ni la boleh buat banyak perkara sikit. (Aiseh, cakap macam ada pengalaman dah kahwin pula) Haha. Dah siap ada baju khas untuk ke Hari Terbuka tu nanti. Lols. Semangat pula. Anyway, let's done with this medicine rotation :)