Posts

Showing posts from November, 2014

Adik.

Duhai adik, ketahuilah, bahawa langit tidak selalu cerah, purnama malam tidak selalu indah, Duhai adik, ketahuilah, cerita kita dan mereka tidak sama. Suka kita lain, duka kita lain, senyum kita lain, tangis kita lain, payah kita lain, dan senang kita pun lain. Duhai adik sayang, walau kita disirami hujan dugaan, biar kita dihempas susah kehidupan, biar kita hampir terjatuh ke dalam gaung kepayahan, kakak akan menyambut adik. melindungi adik. memegang erat tangan adik. Ketahuilah adik, walaupun jarak kita beribu batu, waktu kita tidak sama selalu, wajah tidak selalu bertamu, adik adik sentiasa dalam doa kakak. Dan kakak sentiasa merindui kalian selalu. P/S: Nukilan buat adik adik kakak; Syazwan, Syamim dan Siti Sofea Shukor.

Mohon gagah.

Image
Kalau lupa, cari balik erti hidup. Kalau penat, cari balik erti memberi. Kalau mahu senang, ingatlah sayang, dunia takkan pernah senang. Senang nanti, di sana kelak. InsyaAllah.                                                                                                                                                                                                       Nota kaki: 1) Al- Qur'an hanya boleh betul2 dimaknai dan berbekas di hati sekiranya kita berbuat dgn apa yang Allah suruh kita buat seperti yang Dia perintahkan dlm kitab tersebut. 2) Sentap bila ada muwajjih (penyampai) cakap, "Kalau zaman para anbiya' dulu, mukjizat hanya available dekat Nabi2 dan para Rasul sahaja. Kita zaman sekarang ni, mukjizat teragung (Al- Qur'an) setiap seorang ada satu. Tapi masih lagi ragu2 dengan Islam dan apa yg dia sembah". (T_T)

Perlahan- lahan.

Perlahan- lahan, aku cuba melangkah keluar, dari sangkar yang selesa, melihat dunia yang tenat, dengan jiwa jiwa penghuni yang sakit. Perlahan- lahan, aku cuba merawati, hati hati separa mati, yang dahagakan cahaya sakti, mahukan erti maknawi, kenapa dia di sini. Perlahan- lahan, aku akan cuba, memberi kehidupan, seperti Sang Nabi lakukan, untuk diri aku, untuk diri mereka. InsyaAllah.