Posts

Showing posts from January, 2015

Kisah Aku Dan Dia.

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi serta kehidupan yang berada di antara keduanya. Mana Suci Allah. Pada hari ini, saat ini, langit kelihatan mendung. Suasananya suram. Sekali pandang, wajah langit kelihatan seperti gadis yang hendak menangis. Mungkin air matanya akan tumpah sebentar lagi. Saya menarik duvet perlahan- lahan menutupi kaki. Sejuk. Dingin. Minda mula berkira- kira akan perkara yang akan terjadi pada keesokan hari. Yang pastinya, hari minggu saya tidak sama seperti hari minggu orang lain. Buku diari dicapai dan tangan pantas mencatat perancangan untuk hari- hari akan datang. 24 Januari 2015. Baru Saya teringat. Dia akan pergi. Dia Akan meninggalkan kami. Dia akan meninggalkan saya. **akan bersambung

Update: Winter Break

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kerana nyawa masih lagi dipanjangkan hingga ke hari ini. Moga peluang yang diberikan ini dapat kita penuhi dengan perkara- perkara yang mampu mendekatkan diri kita kepada Allah, insyaAllah. InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan update blog dengan kisah- kisah serta pengalaman- pengalaman yang saya dapat dan belajar sepanjang cuti musim sejuk ini. Terlalu banyak cerita yang ingin diceritakan. Terlalu banyak rasa yang ingin diluahkan. "Kenapa tak cerita je sekarang?" Kalau ikutkan hati, boleh je nak cerita semua benda at one time. Namun, masa tidak mengizinkan. Musim 'Persekolahan' sudah bermula, officially pada hari ini. *lap air mata* Dan sekolah makin jauh; di Beaumont Hospital. Jadi saya perlu menyusun kembali jadual hidup saya sebab things are going to be totally different during Intermediate Cycle. Ouh ya, circadian rhythm saya semacam tidak betul. Tak tahu nak ikut waktu barat atau timur (sebab

Kenapa blog?

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Atas masa yang dipinjamkan sehingga sekarang, kekuatan untuk melaksanakan urusan harian, langkah- langkah yang disampaikan ke destinasi- destinasi tertentu serta nikmat meletakkan dahi atas sejadah ketika menghadap-Mu wahai Tuhan.  Maha Suci Allah atas segala perkara. Hari ini merupakan titik noktah bagi sebahagian daripada kami dalam "perjuangan peperiksaan akhir semester Junior Cycle 3". Tapi, hal ini tidak bermakna perjuangan menuntut ilmu turut terputus. Ia akan bersambung balik bila semester Intermediate Cycle 1 (tahun kedua, semester 2) bermula. To learn is a lifelong process. Boleh kata mencabar juga peperiksaan kali ini. Namun, Allah mempermudahkan segala hal. Alhamdulillah. Couldn't ask more than that. :) Baru- baru ini, ada beberapa sahabat bertanya kepada saya, "Kenapa tulis blog?" Soalan yang sangat bagus. Dan perkara ini memang sudah saya fikirkan sedari (sejak dari) tahun lepa