My random thoughts.

Lately, banyak sangat cuba buat refleksi hati terhadap setiap kejadian yang berlaku dalam kehidupan sehari- hari. Kiranya macam cuba mencari dan menggali hikmah la untuk setiap yang berlaku itu. Tetapi, saya perasan yang saya seolah- olah "kehilangan" ability untuk go deep into my thoughts. Syu'ur (perasaan) untuk betul- betul menghayati tarbiyah Allah macam tersekat/ disekat. Rasa sedih sangat.

"Mungkin sebab dosa banyak sangat, jadi hati bertompok- tompok dengan kotoran dosa yang hitam. Macam mana la Allah nak buka hijab "hikmah" tu. Cahaya hidayah hanya mampu menembusi hati yang suci, hati yang bersih". Ini antara justifikasi yang saya cuba berikan kepada diri. Sounds harsh, but that's the reality kot. *Kena taubat banyak- banyak ni ;( *

Perasaan jadi kosong, sebu dan bosan. Tersekat. Kalau nak tadabbur alam tu, ya Allah, Allah je tahu betapa struggle hati ni nak betul- betul menghayati bukti ketauhidan Allah dan attempt untuk mengaitkan dengan asma Allah. Sampai kena buka buku Tauhid Zindani untuk cari balik "feel" yang hilang dan asah skill tadabbur alam serta Al- Quran dan Hadis. 

Bila berdoa, selalu minta kat Dia supaya tsabatkan hati ini dalam jalan yang Dia redha; jalan dakwah dan tarbiyah. Tak tahulah sama ada ending itu akan peroleh husnul khatimah atau title tsabat macam as-sabiqun al- awwalun tu, tapi Allah kan cakap dalam Al- Quran yang Dia Maha Mendengar dan Maha Memakbulkan doa. Allah kan dekat dengan kita, lagi dekat daripada saluran darah di leher kita sendiri. (Boleh cari ayat ini dalam Al- Quran ;) ) 

Saya sendiri sedang berusaha untuk menjalani tujuan hidup dengan seikhlas mungkin. Sebaik mungkin. Sangat tak tahu masa depan macam mana; bila akan mati, macam mana cara kematian, sempat ke nak kerja, macam mana kehidupan selepas perkahwinan, adakah baitul muslim yang dibina mampu capai neraca Allah sebagaimana Dia gambarkan dalam surah al- Jatsiyah, kalau kerja mampu ke istiqamah dengan dakwah dan tarbiyah, mampu ke menyebarkan "rahmah" melalui karier yang akan mencabar fizikal dan mental nanti, ibu dan adik- adik macam mana etc.? Huhu

Bila fikir, takkan habis pun. Sebab semua itu out of our control. The only hope is Allah. Hanya Allah tahu seluruh kehidupan kita ini macam mana. Jadi pergantungan dan harapan kepada Allah itu perlulah kuat, perlu melatih hati supaya bersangka baik dengan Allah untuk setiap kejadian yang berlaku. Yelah, Allah adalah mengikut sangkaan hamba-Nya dan Dia takkan uji seseorang melebihi kemampuannya. Try to be positive. Saya personally rasa, ini ialah satu motivasi yang cukup kuat untuk kita jaga hubungan dengan Allah, sebab hanya Allah yang mampu guide kita ke arah jalan yang Dia redha, jalan yang memberi kebahagiaan.

All in all, kena tanya balik diri kot; apa yang kita nak dalam hidup ni?

Atas meja study,
2207
Kepenatan dan mengantuk.


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1