Posts

Showing posts from June, 2016

Cerpen: Cerita Kita (Part 1)

Cepat- cepat dia menaiki tangga rumah dua tingkat itu. Gaya macam orang yang tak cukup tanah. Beg tangan Kipling yang bewarna biru gelap dipeluk erat. Tak lama selepas itu.. Dang!!! "Astaghfirullahal adzim", serentak Balqis dan Muadz mengucapkan istighfar kerana terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat itu. Muadz berhenti membaca kitab Ihya' Ulumuddin dan memandang Balqis. Balqis yang sedang menyusun kuih lapis untuk minum petang juga berhenti daripada meneruskan rutin hujung minggunya itu dan memandang suaminya kembali. Hening seketika untuk beberapa detik. Hanya bunyi kipas yang menemani suasana antara Balqis dan Muadz.  "Kenapa dengan Sumaiyah tu?", tenang Muadz bertanya kepada Balqis. Kitabnya disusun kembali di rak buku yang terletak bersebelahan dengan kerusi bacaannya.  "Hurm. Nampaknya anak kita ada masalah la abi. Takpelah, biar ummi pergi berborak dengan dia", balas Balqis sambil tersenyum kepada Muadz. &qu

The unseen hikmah.

Penat mata ni menangis. Pagi- pagi dah "banjir" bilik dengan esakan budak berumur 23 tahun kat tepi katil. (Macam budak- budak je kan?) Huhu. Tapi bagi saya, menangis is a good way to express my feelings. Tak suka tahan perasaan sedih lama- lama dalam hati. Tak boleh nak buat kerja lepas tu. Call me 'manja' or 'hati tisu', I don't mind because this is me. Haha. Alkisah cerita sedih ni bermula pagi tadi. Sebelum pagi tadi, saya diberitahu oleh one of my usrahmates pada Isnin lepas, bahawa akan ada usrah kabilah (uskab) UKE area KL/Sel yang akan dijalankan di Serdang (Imanshoppe). I was so hyped up because it has been three weeks of holiday without usrah. (Altho I did few things to make sure my iman gets enough bekalan for its survival, I still feel insufficient. I feel empty to some point of my life) So I told my mother about this matter and she agreed to let me join the usrah. I marked the day and was looking forward to meet and hear some tauj