Posts

Showing posts from August, 2016

Rindu.

"Apakah arti memiliki, ketika diri kami sendiri bukanlah milik kami? Apalah arti kehilangan, ketika kami sebenarnya menemukan banyak saat kehilangan, dan sebaliknya, kehilangan banyak pula saat menemukan? Apalah arti cinta, ketika kami menangis terluka atas perasaan yang seharusnya indah? Bagaimana mungkin, kami terduduk patah hati atas sesuatu yang seharusnya suci dan tidak menuntut apa pun? Wahai, bukankah banyak kerinduan saat kami hendak melupakan? Dan tidak terbilang keinginan melupakan saat kami dalam rindu? Hingga rindu melupakan jaraknya setipis benang saja." -Tere Liye-

Ukhuwah antidote.

Kehadiran akhawat sentiasa menjadi antidote untuk hati yang sakit. Sakit dengan asbab rasa kehilangan ruh dan jalan mencari Tuhan. Hanya dengan senyuma  mereka, hati yang meradang mula kendur menjadi sedikit tenang. Mungkin ia tahu, hati- hati yang dihadapannya itu sedang tenang juga. Tenang dalam mengendalikan perjuangan yang sama, mungkin. Melihatkan hamasah dan mujahadah mereka untuk bertahan atas jalan ini, sungguh membuatkan aku kagum. Walhal mereka punyai 1001 alasan untuk melalui kehidupan seperti manusia- manusia lain. Tetapi mereka memilih lorong yang berbeza, hanya untuk meraih redha dan cinta Allah. Umur mereka mungkin baru setahun jagung dalam jalan ini. Tetapi amal- amalnya umpama orang yang seakan lama mengharungi onak dan duri. Terima kasih Allah, untuk hadiah ini. Ternyata akhawat sememangnya antidote yang berkesan untuk merawat hati yang sedang terluka. :)

Doktor dan ahli syurga.

"Selamat pagi, doktor". Senyum. "Doktor, tumpang lalu, ya?". Terus berganjak dua langkah kehadapan untuk beri ruang kepada jururawat yang sedang menolak mesin ECG di dalam wad. Senyuman berbalas. "Doktor, tumpang tanya, doktor tahu tak area 004 di mana?". Langkah dihentikan dan diterangkan kedudukan area itu kepada pesakit. "Doktor, sudah mahu balik ka? Hati- hati ye, doktor". Lambaian dan senyuman saling diukir dengan pakcik guard hospital.  Impak kot putih. Kot putih yang dipakai oleh petugas- petugas kesihatan sememangnya memberi satu gambaran yang mendalam kepada masyarakat; penyelamat nyawa/ orang yang tolong memulihkan keadaan disaat hanya kita yang berasa sakitnya diuji dengan penyakit etc. Selalunya masyarakat akan melihat kot putih ini sebagai pakaian doktor. Mind yourself, even pharmacists, physiotherapists and radiologists wear this coat. (Saya pun selalu tertukar antara doktor sdan fisioterapist haha).  Dan ma

Chin up, dearself.

Image
" Like a small boat On the ocean Sending big waves Into motion Like how a single word Can make a heart open I might only have one match But I can make an explosion " .. even ordinary people can do extraordinary things. Be strong. Allah is always with you. :)