Posts

Showing posts from February, 2016

Cahaya harapan di Wad perubatan.

Di hospital, saya banyak belajar daripada pesakit- pesakit erti sabar dan bersikap positif kepada Allah. Aneh, even pesakit- pesakit yang kronik masih lagi mampu tersenyum dan bergelak ketawa bercerita perihal kehidupannya serta penyakit yang mereka alami. Walaupun mereka di diagnose dengan congestive heart failure, kronik diabetes type 2 yang tahap tinggal 1 je jari kaki sebab kena potong, kidney failure yang memerlukan dialysis yang berterusan dan prostate kanser dan sebagainya. Kadang- kadang penyakit mereka seperti bom jangka; hanya menunggu masa dipanggil Allah (tapi yang sihat pun boleh je ditarik nyawa bila- bila). "Akak ni nampak happy je. Bagus sangat subhanallah. Macam mana akak hadapi benda yang jadi kat akak ni?" "Alah dik, benda dah nak jadi kan. Kita kena la hadapi dengan redha. Mula- mula memang sedih. Tapi sampai bila? Menangislah air mata darah pun, bukan akak boleh sembuh pun. Bukan boleh tumbuh balik jari kaki akak ni. Haha. Tengok ni (sambil ge

Hari kedua di wad.

Usai solat Zohor di kampus, tiba- tiba saya berasa begitu sedih. Hati jadi sayu, tanpa sebab yang jelas. Mungkin peristiwa di wad 5 dan 6 menjadi puncanya. Sepanjang perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, saya berdoa kepada Allah agar Dia bantu dan bimbing saya serta beri saya kekuatan untuk menghadapi hari ini di hospital. Bukan apa, saya ni jenis mudah berasa sedih dan simpati dengan orang. Hanya dengan mendengar kisah- kisah sedih daripada pesakit, saya boleh je menangis. Tengok keadaan mereka pun boleh membuatkan saya sebak. Saya juga berfikir bagaimana caranya untuk berkenalan dengan staf nurses, doctors dan specialists yang ada dalam wad.Yelah, mungkin saya boleh belajar sedikit sebanyak daripada pengalaman mereka juga. Haha. Sampai je di wad 6, team kami berbincang tentang siapa yang akan clerk (ambil sejarah hidup) pesakit untuk dibentangkan pada doktor keesokan harinya. Selepas itu, kami berpecah mengikut kumpulan kecil yang dibentuk. Tetapi saya memilih untuk bergerak so

Kemaafan.

Ada seorang sahabat pernah berkata, ukhuwah ialah buah kepada iman. Seandainya ukhuwah itu tergugat, maka masalahnya ada pada iman.  Sahabat, Andainya ada kekasaran pada bahasa yang saya tuturkan menyebabkan anda terluka hati, maafkan saya. Andainya ada tindakan saya yang kamu rasakan berlebih- lebihan sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada hatimu,maafkan saya. Andai saya melakukan sesuatu yang out of common sense kamu sehingga hatimu tergores, maafkan saya. Sesungguhnya iman saya yang compang- camping menyebabkan kelakuan dan tindakan buruk dan jijik itu terpamer hodoh pada pandangan anda. Sekali lagi, maafkan saya. Kerana saya masih lagi seorang manusia yang tidak lepas daripada belenggu kesilapan dan dosa. Walaupun saya budak sekolah agama. Walaupun saya budak usrah. Walaupun saya berkerudung labuh. Hakikatnya saya hanya seorang manusia. Maka sahabat, tegurlah saya kerana Allah, bimbinglah saya kearah yang lebih baik, nasihatilah saya agar saya da