Posts

Showing posts from 2014

"Sebab salur darah tu banyak"

Image
Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama tak menulis, Allah beri juga kesempatan yang sebentar untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah. (*joget2*) Sebenarnya, sekarang ini adalah musim peperiksaan bagi semua pelajar perubatan di Ireland, terutamanya di Dublin. Tak dinafikan, bahang musim peperiksaan sudah mulai terasa sejak seminggu dua sebelum tarikh "hari yang ditunggu- tunggu". (okay tipu mungkin bagi sesetengah orang sahaja). Pagi tadi pelajar RCSI baru sahaja menduduki peperiksaan untuk kertas pertama kami, iaitu Clinical Examination- Data Collection. (Basically the paper asked us to prescribe medication to the patient, interpret a- not- so-brief research and some ethical stuffs in medicine) Alhamdulillah sekali lagi, sebab Allah permudahkan. Susah tak? Haha. Wallahua'lam. I've done my best, I leave the rest to Allah. :) Jadi, boleh kata sepanjang study week, hati saya agak tidak tenang. Bukanlah sebab tidak habis mengulangkaji nota (semata- mata), tapi hati se

Adik.

Duhai adik, ketahuilah, bahawa langit tidak selalu cerah, purnama malam tidak selalu indah, Duhai adik, ketahuilah, cerita kita dan mereka tidak sama. Suka kita lain, duka kita lain, senyum kita lain, tangis kita lain, payah kita lain, dan senang kita pun lain. Duhai adik sayang, walau kita disirami hujan dugaan, biar kita dihempas susah kehidupan, biar kita hampir terjatuh ke dalam gaung kepayahan, kakak akan menyambut adik. melindungi adik. memegang erat tangan adik. Ketahuilah adik, walaupun jarak kita beribu batu, waktu kita tidak sama selalu, wajah tidak selalu bertamu, adik adik sentiasa dalam doa kakak. Dan kakak sentiasa merindui kalian selalu. P/S: Nukilan buat adik adik kakak; Syazwan, Syamim dan Siti Sofea Shukor.

Mohon gagah.

Image
Kalau lupa, cari balik erti hidup. Kalau penat, cari balik erti memberi. Kalau mahu senang, ingatlah sayang, dunia takkan pernah senang. Senang nanti, di sana kelak. InsyaAllah.                                                                                                                                                                                                       Nota kaki: 1) Al- Qur'an hanya boleh betul2 dimaknai dan berbekas di hati sekiranya kita berbuat dgn apa yang Allah suruh kita buat seperti yang Dia perintahkan dlm kitab tersebut. 2) Sentap bila ada muwajjih (penyampai) cakap, "Kalau zaman para anbiya' dulu, mukjizat hanya available dekat Nabi2 dan para Rasul sahaja. Kita zaman sekarang ni, mukjizat teragung (Al- Qur'an) setiap seorang ada satu. Tapi masih lagi ragu2 dengan Islam dan apa yg dia sembah". (T_T)

Perlahan- lahan.

Perlahan- lahan, aku cuba melangkah keluar, dari sangkar yang selesa, melihat dunia yang tenat, dengan jiwa jiwa penghuni yang sakit. Perlahan- lahan, aku cuba merawati, hati hati separa mati, yang dahagakan cahaya sakti, mahukan erti maknawi, kenapa dia di sini. Perlahan- lahan, aku akan cuba, memberi kehidupan, seperti Sang Nabi lakukan, untuk diri aku, untuk diri mereka. InsyaAllah.

Cas Iman!

Image
Assalamualaikum wbt. Sungguh, sekarang baru rasa susahnya nak ajak orang lain kepada kebaikan, kepada perkara yang Allah redha itu sendiri. Bukanlah nak kata diri ini dekat sangat kepada Tuhan sampai tidak buat dosa langsung,jauh sekali syurga tu pasti menyambut saya sebagai penghuninya. Allah, sudah pasti itu yang diimpikan. Tapi bila fikir pasal usaha untuk dapatkan syurga itu sendiri, boleh buat jatuh menangis terduduk. Baru kena reject sikit, sudah berputus asa untuk menyebarkan kebaikan. Baru 3 missed calls je, sudah anggap dan cop orang tersebut tidak mahukan kebaikan. Walhal Rasulullah dahulu, 100 kali ketuk pintu rumah Abu Jahal untuk sampaikan firman- firman Allah. Dalam masa sehari. Awak, 100 KALI kot. Dan Abu Jahal memang sedari dakwah secara jahar (jelas) di Bukit Safa memang menolak dakwah Nabi. Tapi Nabi tidak berputus asa. Ya. Baginda tidak berputus asa. Melalui kisah baginda itu, Allah mungkin mahu mengajar kita yang menjalani tujuan hidup sebagai khalifah

13 Oktober.

Lega. Langkah kakiku dipercepat. Susun atur jadual pada hari ini aku perkemaskan dalam minda. Sambil mengira detik yang akan berlalu perlu diisi dengan sesuatu. Sesuatu yang mendatangkan manfaat .  Kedengaran gelak tawa pemuda pemudi yang berjalan dihadapanku. Senyuman mekar tampak kelihatan pada raut wajah mereka. Atmosfera yang hangat dengan keseronokan.  "Pasti mereka sedang membicarakan tentang sesuatu yang menggembirakan", ujar hati. Aku tertunduk. Fikiranku melayang teringatkan seorang sahabat di Malaysia yang sudah lama tidak dihubungi. Bukan tidak mahu, tetapi diri memikirkan lebih baik keadaan antara kami sepi begini. "Andai kata- kata mampu mencarikkan hati, biarlah kita berdiam diri", pujuk hati.                                          *************************************** "Where are we going??", jeirt seorang gadis kepada rakan- rakannya yang lain. Fikiranku kembali ke alam realiti. Ouh, sudah sampai rupanya.  Kaki me

Hikmah 'himpunan' yang tertahan.

Image
Assalamualaikum wbt. :) Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Kerana masih lagi diberi kekuatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Juga kekuatan kerana masih lagi mampu menaip butir- butir huruf menjadi ayat yang bermakna. Sungguh, hari ini ialah hari yang sangat teruji. Teruji dari segi fizikal mahupun ruhi. Perkara ini bermula seawal pagi yang tenang. Usai bangun daripada tidur, saya sudah mendapat tanda- tanda yang badan tidak secergas biasa. Mungkin kerana batuk yang berpanjangan sepanjang malam, tidur saya menjadi kurang. Kasihan juga kepada rommate saya yang terpaksa menadah telinga mendengar batuk- batuk saya yang agak keras bunyinya. Jadi saya sediakan beberapa biji Strepsils Lozenge sebagai persediaan untuk mencegah batuk yang kuat itu, kerana akan menggangu kawan- kawan kelas yang lain. Sampai sahaja ke kelas, pensyarah sudah bersedia untuk memulakan kelas. Seperti yang saya jangkakan, allergic cough saya semakin menjadi- jadi sedari kelas bermula pada pukul 10 pagi hingg

Mengira butir- butir nikmat.

Image
Alhamdulillah. Thumma alhamdulillah. Untuk pagi- pagi yg disambut dengan gerimis dan ketenangan sepertiga malam. Untuk tenaga yang mampu menggerakkan kaki bersiap- siap menghadap Dia. Untuk akal yang mampu membezakan hak dan batil. Serta berfikir tentang tiap satu anugerah Allah yang tak terhingga. Untuk teman- teman yang mengingatkan, mengajarkan dan mendewasakan. Untuk keluarga yang begitu dalam kasih dan perhatiannya. Untuk cinta yang datang drpd segenap penjuru. Untuk semua yang tidak mampu kuungkapkan dgn kata- kata. Mahupun dalam doa yang panjang. Dan yang terakhirnya, segala puji bagi Engkau wahai Allah. Untuk waktu yang aku mampu memanggil dan mengingatiMu sebagai Tuhanku. Yang tidak pernah meninggalkan mahupun melupakan. 

Dear Sumaiyah #1

Assalamualaikum Sumaiyah. Sue, saya rasa betul apa yang Sue pernah cakap pada saya sebelum ini. Mengenai isi hati manusia yang sentiasa menjadi misteri, kecuali kepada empunya diri. Dan juga Sang Pencinta yg menciptakan dia. Sue, tadi saya cuba meluahkan rasa rindu saya pada ayah kepada seorang sahabat. Saya ketuk pintu dia, dan bergegas menuju kearahnya yg sedang tekun belajar. Saya katakan pada dia yg saya rindukan ayah. Kemudian dia membalas, "kalau rindu ayah, beritahu sahaja kpdnya. Mengapa kamu memberitahu saya?". Saya terpempan. Bukan kerana terguris dgn kata-katanya. Tetapi terdapat secalit rasa malu dan kesal pada diri, kerana mengharapkan manusia utk menyelesaikan masalah hati ini. Saya lupa kot. Bahawa Allah menetapkan sesuatu hal ke atas manusia dgn rasa cinta dan kasih. Mungkin ada hikmah atas apa yg berlaku pada saya dan keluarga. Mungkin sahaja Tuhan mahu mengajarkan kpd saya erti pergantungan kpd Dia. Kalau sunyi, cari Dia. Kalau rindu, adukan kpd Nya