Posts

Showing posts from July, 2017

Kerana secebis harapan di Wad 20.

"Puan pernah mengandung sebelum ini?", saya bertanya lembut pada pesakit wanita yang terbaring lesu dikatil hujung cubicle 2 wad gynaecology. Wajahnya pucat, cukup pucat. Pergerakannya terbatas dan nafasnya pendek- pendek. Mungkin dia kepenatan. "Sudah doktor. 4 orang, tetapi semuanya keguguran. Ada satu episod mengandung 'anggur' (molar pregnancy)". Sambil bercakap, senyuman tidak lekang dari wajah yang mulus itu. Para 0 (+4).  Saya berasa serba salah untuk meneruskan perbualan. Takut tersalah tanya atau tersalah cakap. Isu anak sememangnya isu yang sensitif untuk kaum wanita, terutamanya bagi yang sudah berkahwin. Perkahwinannya berusia dua tahun, diusahakan untuk mendapatkan cahaya mata namun keempat- empat mereka diambil Tuhan yang Maha Penyayang.  Fuh. Saya cuba mengekalkan ekspresi muka supaya tenang dan maintain professional. Sepanjang perbualan kami, tiadak ada satu masa pun saya mendengar keluhan, kesedihan atau kekecewaan dari mulut be