Paradox.

Pada kebanyakan orang, perkara yang saya alami sejak dua menjak ini, is a bless. Ramai kot berharap they were in my shoes. Seperti anugerah dari langit, tak dipinta tapi turun berbondong- bondong.Ya. Mulanya saya ingat seperti itu juga. Hati berbunga- bunga. Masakan tidak, rupanya pipih yang kecil ini mempunyai nilai pada mata sang helang. Helang yang terbang tinggi di angkasa, gagah mengepak sayapnya membelah awan yang tebal.

Namun, pada hari- hari yang dilalui, saya berasa takut dengan diri saya. Saya berasa takut dengan hati saya. Kerana saya tidak tahu, apa nilai diri yang banyak terjerumus dalam lubang- lubang dosa ini punyai, melainkan bekas- bekas hitam, parut- parut luka dosa- dosa yang sering kali mengetuk pintu diri untuk melakukan maksiat kepada-Nya; dalam sepi atau ramai. Takut kerana dosa- dosa yang dilakukan mungkin sahaja menjadi debu- debu pada kaca hati, bisa menghalang cahaya Ilahi daripada tembus dan menerangi hati ini, serta memandu hati ke arah jalan yang Dia redhai. 

Ah. Saya takut. Takut dengan keputusan- keputusan yang bakal dilakukan, yang melibatkan lebih daripada satu hati akan menjadi asbab kepada larinya mereka dari Tuhan, atau makin menjauhi agama ini. Takut dengan keputusan yang bisa menjauhkan diri ini daripada pencipta- Nya. Takut dengan keputusan yang bisa merosakkan amal- amal kebajikan di masa hadapan.

Andai mawar semakin mekar tatkala cahaya matahari menyapa lembut pada kelopak- kelopaknya, saya tidak seperti mawar. Mungkin bunga "spesies" saya akan lebih menguncup, menarik kelopak- kelopak lain menutupi keindahan bunga. Walaupun yang menyapanya adalah sang matahari, bukan parasit. Ironi sungguh. Nasib baik spesies ini secara realiti dalam dunia bunga tidak wujud. Seperti menafikan sunnah alam bahawa tumbuhan memerlukan cahaya untuk tujuan fotosintesis.

Ada yang berpesan,

"Ukhti, bersangka baiklah pada Al- Khaliq. Kerana Dia yang menciptakan kamu. Dan Dia yang mengetahui masa lalu, masa kini dan masa depanmu. Bergantung harap pada dia, wahai ukhtiku. Kerana sangka baikmu pada Dia, bisa merehatkan hatimu dari kegelojohan nafsu serta kebodohan akal".

Ukhti, terima kasih atas tanassuhmu. Saya sangat menghargainya. Saya kira, mungkin sahaja hubungan saya dengan Al- Wadud tidak begitu kuat. Bahkan rapuh. Diri, yang rapuh itu bukan tali Tuhan, tapi hati kamu yang masih tidak lagi gagah berpegang dengan keyakinan kepada sang Pencipta. 

Antara yang perlu diakui ialah, semua yang terjadi dengan izin Allah. Mana mungkin Dia bisa membiarkan sesuatu terjadi tanpa ada hikmah atau kebaikan yang Dia mahu hamba- hambaNya itu peroleh, melainkan kebaikan dunia dan akhirat. Jadi saya sentiasa percaya, setiap yang berlaku ada tarbiyah yang Allah mahu saya pelajari. Tarbiyah Allah itu memang untuk menguatkan hamba- hambaNya, sekiranya mereka sabar dan faham.

Mungkin sahaja, Allah mahu mentarbiyah saya supaya memikirkan tentang masa hadapan dengan lebih teliti dan mendalam. Tentang apa yang saya mahu dalam hidup dunia dan akhirat serta sumbangan yang mampu saya lahirkan kepada masyarakat dan ummat. Menarik sangat cara Allah trigger saya untuk mulai memikirkan hal ini; hal yang menuntut saya untuk tidak lagi hanya berada dalam comfort zone dan berfikir tentang diri sendiri sahaja, tetapi orang lain juga. Berfikir tentang cara untuk "mengikat" diri kepada dakwah walaupun scope kerja sebagai pegawai perubatan (insyaAllah!). Berfikir untuk membangunkan satu unit cell kumpulan manusia yang hidup dengan cahaya amal islami dan mampu menerangi kelompok manusia lain dalam masyarakat. Berfikir untuk mendapatkan redha Allah, mengikut sunnah Nabi serta menghidupkan semangat para sahabat dalam kehidupan seharian.

"Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" ( Muhammad: 7)

Pertolongan Allah. Sangat membutuhkan pertolongan Allah. Teringat perkongsian murabbi dan ustaz Nouman Ali Khan di Dublin tentang ibu Nabi Musa dan Nabi Musa dalam surah Al- Qashash. Allah memberi ilham kepada ibu Nabi Musa untuk mengalirkan Musa ke dalam sungai demi menyelamatkan dia daripada dibunuh tentera Fir'aun. Dan Allah berjanji untuk mengembalikan beliau kepada ibunya satu hari nanti. Betapa cantiknya susunan Allah untuk menyelamatkan Nabi Musa serta untuk menggembirakan hati ibunya at the end. 

"Dan Kami ilhamkan kepada ibunya Musa, "Susuilah dia (Musa) dan apabila engkau takut terhadapnya maka hanyutkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah engkau takut dan jangan bersedih hati, sesungguhnya Kami akan kembalikannya kepadamu, dan menjadikannya salah seorang Rasul" (28:7)

"Maka Kami kembalikan dia (Musa) kepada ibunya, agar senang hatinya dan tidak bersedih hati, dan agar dia mengetahui bahawa janji Allah adalah benar, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui" (28: 13)

Cara Allah menurunkan pertolongan Dia sangat tidak tercapai dengan akal fikiran manusia. Amazing, I would say. And if you read the story of Moses and his mother, pertolongan Allah datang bukan dengan cara untuk menggembirakan hati semata- mata. Maksudnya, kadang- kadang pertolongan itu datang dalam cara yang agak pahit untuk kita terima. Seperti ibu Musa yang mengalirkan Musa ke dalam sungai. 

Susah kot. Kalau anak kena gigit nyamuk pun seorang ibu boleh jadi panik, apatah meninggalkan anaknya dalam keadaan yang sangat bahaya dan peratus untuk selamat sangat tipis kalau ikut perkiraaan akal manusia. Memandangkan itu ialah ilham daripada Allah untuk menolong Nabi Musa dan ibunya, maka ianya tidak mustahil. Lihat sahaja pada ayat 13, di mana akhirnya ibu Musa dikembalikan balik kepadanya dalam situasi dia tidak sangka- sangkan; di dalam istana Fir'aun, pembunuh anak- anak lelaki di Mesir pada waktu itu. 

Apa yang saya belajar dan tadabbur daripada ayat- ayat ini ialah, the method of help from Allah maybe a bit painful. Menyesakkan. Mencalar jiwa. Merobek ego. Tetapi, at the end of the day, it benefits us. Mungkin hati kena belajar untuk lebih bersangka baik dan bergantung harap pada Dia. Pada janji- janji Dia.

Janji Allah kot. Tuhan yang menciptakan dan mematikan. Yang menyelamatkan Nabi Musa, yang mengkabulkan doa- doa Nabi Muhammad, yang memberi kerajaan keapda Nabi Sulaiman, yang memberi kelebihan kepada Nabi Daud untuk melembutkan besi, yang menyelamatkan Nabi Yunus daripada ikan Nun dan yang memanjangkan nyawa kita hingga ke hari ini.

Haha. Jauh pula tersimpang apa yang saya tulis dari awal hingga ke sini. Tak mengapalah. Sebab daripada tulisan ini sebenarnya saya mengaharapkan klarifikasi dan justice kepada diri sendiri; untuk memaafkan kekurangan, meraikan kelemahan dan menguatkan pendirian. 

Moga- moga, saya tidak menjauh dari Allah. Dan andainya saya terasa jauh dari Dia, sesungguhnya Dia tidak berganjak dari saya, bahkan sayalah yang bergerak dari Dia, dengan dosa- dosa yang saya buat. Astaghfirullah. 

Allah, bimbinglah saya, ibu bapa saya, ahli keluarga saya, guru- guru saya, murabbi- murabbi saya, sahabat- sahabat seperjuangan saya serta orang disekeliling saya. Bimbinglah kami hingga ke pintu syurga, agar kami dapat berpegangan tangan, saling tersenyum dan melangkah dengan tenang untuk melihat wajah Kau di sebalik pintu itu, insyaAllah.

Ini bukan masa untuk ke langit lagi. Sabar wahai diri.

p/s: Dasyat juga kesan tak bangun qiam untuk beberapa malam ni. (T_T) Agaknya dosa terlalu banyak sampai mengikat diri daripada bangun untuk bersujud dan mengadu kepada Dia. Ampunkan kami.. :'(


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1