Posts

Showing posts from 2016

Sweet 23 (?)

Image
Untuk tahun ke-23, kehidupan yang dikurniakan Tuhan, nyawa dan nafas masih bersatu, dalam helaan nafas iman, aku bersyukur untuk kesekian kalinya, atas nikmat mata yang celik dan kaki yang melangkah, sebagai satu manifestasi Dia, memberikan aku peluang untuk, terus bertaubat dan kembali kepada-Nya, untuk keseribu satu kalinya. Untuk tahun ke-23, berdiri aku pada hari ini, hasil kenangan pengalaman lampau, susunan cantik Tuhan Penyayang, untuk bekalan hari mendatang. Untuk tahun ke-23, semoga ianya bukan sekadar angka, untuk umur yang semakin pendek, dengan amal berpenghujung tiada. "Allah puts you in a situation, to give you a lifetime perspective, so that you know where to turn and hold on to." ("Manusia yang hidupnya untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi, bagi mereka yang hidupnya untuk Perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu.

Dakwah itu cinta.

"Memang seperti itulah dakwah. Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu. Bahkan di saat lelapmu. Isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang ummah yang kau cintai. Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut kekuatan pada diri. Hingga tulang belulangmu. Daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu. Tubuh yang luluh diseret-seret. Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari," (KH Rahmat Abdullah) Dan kerana dakwah dan tarbiyyah ini adalah cinta, Untuk meraihnya sudah cukup perit, Tapi untuk hidup tanpanya jauh lebih sakit. Moga kita semua tsabat di atas jalan ini, Baik yang muda atau yg lebih berusia, Di saat kita lapang mahupun sempit, Saat bersemangat atau bila letih datang menggamit. Dakwah ialah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu. :)

Akhawat sana- sini; pengalaman bersama mereka.

Image
Selepas Allah, Rasul dan keluarga, akhawat merupakan support system saya yang terkuat.  Siapa sangka, selepas saya dijemput "Makcik Hidayah" di KMB untuk menyertai gerabak DNT ini, saya berpeluang merasai nikmat ukhuwwah dengan akhawat. Bagi saya, cantik sahaja susunan Allah. Di saat Allah menarik nikmat merasai kasih sayang seorang ayah, Dia menggantikan dengan kasih sayang yang tidak putus- putus daripada sahabat, daripada akhawat.  Sangat terkesan dengan ayat Allah dalam surah al- Imran yang berbunyi, Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu karena nikmat Allah, menjadilah kamu orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk. (Ali Imrân/3:10

Unexplainable thought.

You know what lingers into the mind, that has hollow in some part of the edges. The soul succumbs to the questions, and ask for answers from the mind. The mind breaks apart, leaving the body bleeds to its last breath. "Hold on", he said. "Don't leave yet. We'll make a great team, you know". Silence takes place in between them. "I doubt that". She walks away with bloods descend through her fingers.

Sang Musafir

Image
Kepada sang perantau yang membawa diri, Semoga Allah menyembuhkan luka dalam hatimu, Menerusi lorong-lorong debu disepanjang permusafiranmu. Semoga Allah menghilangkan parut yang menggores panjang menyeksa batinmu, Dengan air dingin serta munajat sepertiga malam di sejadah masjid yang tua usang itu. Semoga Allah menggantikan rasa kecewamu terhadap manusia, Dengan memperkanalkan Dia sebagai pemilik cinta seluruh alam, Agar kamu akan terus menerus mahu mencintai dia, Daripada mencintai ciptaan-Nya yang fana'. Duhai perantau yang membawa pergi diri yang terluka, Daerah-daerah asing yang kau tapaki, Mempunyai seribu satu ubat mustajab kepada semangatmu yang lesu, Umpama pudarnya kuning daun menjadi hijau, Usai akar menghirup segar hujan yang merintis. Manusia dicelahan kota Arabia itu pula misteri, Dan kamu bisa temui jalan lebih luas kepada alasan anehnya manusia, Serta ajaibnya Tuhan, kerana bisa memilih mereka sebagai khalifah di atas bumi yang taat. Duhai pe

Rindu.

"Apakah arti memiliki, ketika diri kami sendiri bukanlah milik kami? Apalah arti kehilangan, ketika kami sebenarnya menemukan banyak saat kehilangan, dan sebaliknya, kehilangan banyak pula saat menemukan? Apalah arti cinta, ketika kami menangis terluka atas perasaan yang seharusnya indah? Bagaimana mungkin, kami terduduk patah hati atas sesuatu yang seharusnya suci dan tidak menuntut apa pun? Wahai, bukankah banyak kerinduan saat kami hendak melupakan? Dan tidak terbilang keinginan melupakan saat kami dalam rindu? Hingga rindu melupakan jaraknya setipis benang saja." -Tere Liye-

Ukhuwah antidote.

Kehadiran akhawat sentiasa menjadi antidote untuk hati yang sakit. Sakit dengan asbab rasa kehilangan ruh dan jalan mencari Tuhan. Hanya dengan senyuma  mereka, hati yang meradang mula kendur menjadi sedikit tenang. Mungkin ia tahu, hati- hati yang dihadapannya itu sedang tenang juga. Tenang dalam mengendalikan perjuangan yang sama, mungkin. Melihatkan hamasah dan mujahadah mereka untuk bertahan atas jalan ini, sungguh membuatkan aku kagum. Walhal mereka punyai 1001 alasan untuk melalui kehidupan seperti manusia- manusia lain. Tetapi mereka memilih lorong yang berbeza, hanya untuk meraih redha dan cinta Allah. Umur mereka mungkin baru setahun jagung dalam jalan ini. Tetapi amal- amalnya umpama orang yang seakan lama mengharungi onak dan duri. Terima kasih Allah, untuk hadiah ini. Ternyata akhawat sememangnya antidote yang berkesan untuk merawat hati yang sedang terluka. :)

Doktor dan ahli syurga.

"Selamat pagi, doktor". Senyum. "Doktor, tumpang lalu, ya?". Terus berganjak dua langkah kehadapan untuk beri ruang kepada jururawat yang sedang menolak mesin ECG di dalam wad. Senyuman berbalas. "Doktor, tumpang tanya, doktor tahu tak area 004 di mana?". Langkah dihentikan dan diterangkan kedudukan area itu kepada pesakit. "Doktor, sudah mahu balik ka? Hati- hati ye, doktor". Lambaian dan senyuman saling diukir dengan pakcik guard hospital.  Impak kot putih. Kot putih yang dipakai oleh petugas- petugas kesihatan sememangnya memberi satu gambaran yang mendalam kepada masyarakat; penyelamat nyawa/ orang yang tolong memulihkan keadaan disaat hanya kita yang berasa sakitnya diuji dengan penyakit etc. Selalunya masyarakat akan melihat kot putih ini sebagai pakaian doktor. Mind yourself, even pharmacists, physiotherapists and radiologists wear this coat. (Saya pun selalu tertukar antara doktor sdan fisioterapist haha).  Dan ma

Chin up, dearself.

Image
" Like a small boat On the ocean Sending big waves Into motion Like how a single word Can make a heart open I might only have one match But I can make an explosion " .. even ordinary people can do extraordinary things. Be strong. Allah is always with you. :)

Residency Senior I

Image
Alhamdulillah, all praise to Allah, The Almighty and The Most Merciful of all. Today, I am already in the third week of my Medicine rotation. To be specific, I have already started with Nephrology component. It was tiring and wonderful at the same time. I never really appreciate the function of kidneys until I came to the ward to day. Common cases seen: end stage renal failure (ESRF) secondary to many conditions. Quite surprise to see a 24-year- old patient who has regular dialysis due to ESRF. Such a young guy to get interjugular vein catheter. It reminds me of age won't prevent us from getting sick. However, Allah knows his capability to undergo such test. May Allah ease his undertakings and hardships insyaAllah. I dozed off this afternoon during my bed side teaching with Dr J. I was puzzled to identify the causes of my sleepiness. Nontheless, medicine is sucking my energy up. Enough to make me sleep while walking or eating. You see, my white coat is no longer

Of pakcik, death and slave.

Cerah cuaca pagi ini. Alhamdulillah. Terasa seperti disuntik dengan satu semangat yang baru. Terima kasih buat Tuhan yang menciptakan langit yang cantik tanpa cacat cela. Semalam punyalah lebat hujan. Langit nampak sangat gloomy. Semacam satu refleksi buat hati yang tengah bercelaru dan terkapai- kapai hampir lemas.. **** "Doktor, buah pinggang saya rosak ke?" "Ha'ah pakcik. Ada naik sikit bacaan kat buah pinggang pakcik. Tak elok ni". Lembut je Dr S balas. Senyumannya tak pernah lekang daripada bibir. "Teruk sangat ke? Saya akan mati ke dalam masa terdekat?", suara pakcik mula bergetar. "Eh pakcik. Don't say like that. Buah pinggang pakcik masih dapat lagi bertahan. Tapi kalau pakcik tak kawal makan, tak makan ubat, lama- lama boleh jadi teruk. Kalau pakcik buat semua yang saya suruh, pakcik boleh hidup untuk jangka masa 10 tahun lagi, 15 tahun atau 20 tahun". Bersungguh- sungguh doktor S explain kat pakcik. Saya y

Cerpen: Cerita Kita (Part 1)

Cepat- cepat dia menaiki tangga rumah dua tingkat itu. Gaya macam orang yang tak cukup tanah. Beg tangan Kipling yang bewarna biru gelap dipeluk erat. Tak lama selepas itu.. Dang!!! "Astaghfirullahal adzim", serentak Balqis dan Muadz mengucapkan istighfar kerana terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat itu. Muadz berhenti membaca kitab Ihya' Ulumuddin dan memandang Balqis. Balqis yang sedang menyusun kuih lapis untuk minum petang juga berhenti daripada meneruskan rutin hujung minggunya itu dan memandang suaminya kembali. Hening seketika untuk beberapa detik. Hanya bunyi kipas yang menemani suasana antara Balqis dan Muadz.  "Kenapa dengan Sumaiyah tu?", tenang Muadz bertanya kepada Balqis. Kitabnya disusun kembali di rak buku yang terletak bersebelahan dengan kerusi bacaannya.  "Hurm. Nampaknya anak kita ada masalah la abi. Takpelah, biar ummi pergi berborak dengan dia", balas Balqis sambil tersenyum kepada Muadz. &qu

The unseen hikmah.

Penat mata ni menangis. Pagi- pagi dah "banjir" bilik dengan esakan budak berumur 23 tahun kat tepi katil. (Macam budak- budak je kan?) Huhu. Tapi bagi saya, menangis is a good way to express my feelings. Tak suka tahan perasaan sedih lama- lama dalam hati. Tak boleh nak buat kerja lepas tu. Call me 'manja' or 'hati tisu', I don't mind because this is me. Haha. Alkisah cerita sedih ni bermula pagi tadi. Sebelum pagi tadi, saya diberitahu oleh one of my usrahmates pada Isnin lepas, bahawa akan ada usrah kabilah (uskab) UKE area KL/Sel yang akan dijalankan di Serdang (Imanshoppe). I was so hyped up because it has been three weeks of holiday without usrah. (Altho I did few things to make sure my iman gets enough bekalan for its survival, I still feel insufficient. I feel empty to some point of my life) So I told my mother about this matter and she agreed to let me join the usrah. I marked the day and was looking forward to meet and hear some tauj

And my dream is...?

Pernah tak terfikir apa rasanya untuk punyai impian yang besar? Impian yang bisa merubah sesuatu; manusia, alam, jiwa? Dahulu, saya kira untuk menjadi doktor ialah satu impian yang sangat besar. Bila orang tanya kenapa nak jadi doktor, dengan pantas saya akan jawab "sebab nak tolong orang". Ibu merupakan orang yang sangat signifikan dalam membentuk hala tuju dan impian saya sedari saya sekolah rendah. Ibu selalu ingatkan saya bahawa saya perlu jadi pelajar yang cemerlang agar "pintu- pintu" untuk mencapai cita- cita yang beliau tanamkan dalam hati saya itu senang untuk "dibuka" dan perjalanan untuk mengejar cita- cita akan lebih mudah. Saya sangat berterima kasih dengan ibu akan hal ini. :) ps: Ternyata benar, bahawa "madrasah" awal dalam tarbiyah anak- anak bermula dengan peranan ibu  dan bapa dalam mendidik dan menghalakan impian anak- anak di dunia dan di akhirat. Tarbiyatul aulad gituh. Boleh belajar daripada ibu bapa tokoh- tokoh

...

'Kalau tak sudi, buat cara macam tak sudi"

Dear you.

Dear you, What will you do if you were in my shoes? Will you run? Or will you stay? Because I am not good in facing trials even the smallest one. Please, I hope one day you will teach me how to do so, or maybe we can do it together. Dear you, What will you do if you were in my shoes? How will you act? What will you say? When your closest friend is being blessed with hardships and tribulations. Because I am not good in solving problems. And I know you are wise enough to do so. Maybe one day you can teach me how to do it, or maybe we can do it together. Dear you, What will you do if you were in my shoes? Would you cry? Or would you ignore people who torn you heart to pieces? Or would you hug and forgive them? Because I am not a strong lady. I tend to weap and I tend to cry. Ignoring people is not my style but to hug and forgive them are hard to do. I know you are a man with big heart; you can easily forgive your enemy and you have the strength to hug them. Maybe one d

Nasihat.

 Saya sangat suka sajak/ spoken word yang ditulis oleh Boona Muhammad untuk anak perempuannya, Sakinah. Setiap bait- bait perkataanya terasa ikhlas dan sangat menyentuh hati saya. Bukan apa, sebab saya sepertinya sudah lupa bagaiman rasa kasih sayang seorang ayah itu. Jadi, mendengarkan sajak ini, membuatkan hati saya rasa dekat dengan nasihat- nasihat yang diberikan; umpama nasihat ayah sendiri kepada saya (menumpang kasih la sikit kiranya hehe) Sajak ini boleh didapati di Youtube: Letter to my daughter. Nak kata betapa saya sangat suka dengan sajak ini, saya boleh je nak dengar sajak ini berkali- kali tanpa jemu. Dan tiap kali saya mendengarnya, tidak pernah tidak air mata saya tidak jatuh kerana terlalu merindui pesanan dan nasihat daripada insan yang bernama ayah. Jadi, sajak ini saya abadikan dalam blog ini kerana ianya sangat memberi makna yang mendalam kepada diri saya. Letter to my daughter by Boona Muhammad. To my little baby girl Sakinah, I want to tell you s

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa.

Jika sebelum ini aku rasa aku punyai banyak masa, maka ketahuilah itu punca utama kegagalan aku. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku bersenang- senang dan memandang enteng tugas utamaku sebagai hamba Tuhan, sebagai pelajar. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku sukar untuk membezakan mana satu prioriti aku. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku jadikan dakwah dan tarbiyah sebagai asbab ketidakcemerlangan aku dalam urusan pelajaranku. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku senang terjerumus dalam lembah dosa. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku mulai liat memanfaatkan masa untuk Tuhan. Kerana aku rasa aku punyai masa, aku mudah bersangka buruk dan mencari - cari salah orang lain, hingga aku terlupa bahwa kesalahanku lebih giga daripada amal- amal kebajikanku. Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku melewati masa- masaku itu dengan merentasi paparan skrin Mukabuku, Twitter dan instagram sehingga aku sendiri menjadi hairan kemana masaku m

The unseen struggles.

Saya rasa belakangan ini Allah sangat menguji saya dengan perasaan- perasaan mazmumah yang sentiasa hadir hinggap di hati ini. Skala kesusahannya: 10/ 10. Sebab apa- apa yang melibatkan hati, pasti ianya akan membentuk tindakan- tindakan yang diambil serta cara fikir dan pandang terhadap sesuatu atau seseorang.  Bukanlah nak kata sebelum ini saya bebas terus daripada perasaan- perasaan tersebut seperti buruk sangka, tidak sabar, tidak tawadhu' dan sebagainya. Tidak sama sekali. Tetapi yang buat saya terkilan ialah saya sedar akan kehadiran perasaan- perasaan ini, namun sukar sekali untuk saya menghilangkannya. Saya berasa kesal dengan diri ini tatkala hati sangat "bergaduh" besar dalam membuat keputusan untuk menolak ketepi hal- hal tersebut. Ianya satu perjuangan yang tidak mudah. Apatah lagi senang. Moga Allah mengampuni dosa- dosa saya ini :'( Moga Allah beri kekuatan untuk lebih mujahadah dalam melawan nafsu dan amarah diri. Moga Allah berikan ilh