Doa seorang wanita untuk wanita.

"Ya Allah, jadikanlah kami wanita yang bakal menghuni syurga-Mu yang luas. Bantulah kami untuk memperbaiki akhlak dan adab kami, tunjukkanlah jalan- jalan kebenaran dan kurniakanlah kami taufiq, agar kami mampu membimbing sekeping hati kami yang terlalu rapuh ini, menghadapi mehnah dan tribulasi dunia. Lembutkanlah tangan dan tutur kata kami dalam mendidik manusia disekeliling, sahabat- sahabat, ahli keluarga, suami tercinta serta anak- anak kami agar tangan ini juga dapat menggegam erat tangan- tangan mereka untuk masuk kedalam syurga-Mu.

Ya Tuhan kami, eratkanlah hati kami dalam mencintai-Mu, agar ikatan persaudaraan ini akan terus subur ditelan arus zaman. Semoga hati kami akan terus mahu menebar kebaikan di dunia, hasil tuaian cinta dari langit. Letakkanlah dunia di tangan kami bukan di hati, kerana hati hanya mampu menampung keagungan cinta-Mu daripada besar dunia ciptaan-Mu.

Ya Lateef, didiklah hati kami untuk sentiasa taat kepada Engkau, Rasul serta mereka yang berhak untuk kami taati. Jauhkanlah kami daripada menghabiskan perasaan kami kepada manusia/ tempat/ perbuatan yang sia- sia dan melelahkan kami daripada mengingati-Mu. Sesungguhnya hati yang rapuh ini hanya berhak dijaga oleh-Mu
Ya Ghaniyy, jadikanlah kami wanita yang mampu menyumbang kepada dunia, jauhkanlah kami daripada menjadi sisanya, dan angkatlah darjat kami sebagimana Engkau lakukan kepada sayyidatina Khadijah ra, Aisyah ra, Asiah, Khaulah al Azwar, Ummu Sulaym, Sumayyah, Zainab al Ghazali, Cut Nyak Dien dan yang lain-lain. Terimalah amal-amal kami ini, walaupun penuh dengan compang-camping dan tidak setara dengan segala nikmat Kau berikan kepada kami. Ameen ya Rahman, ameen ya Rahim"

Bayt Mishkat
8.45pm
*hampir masbuk huhu*

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1