Mitsaqon Gholizho



CORETAN HATI:

 Bertahun menyemai rasa, alhamdulillah Allah jumpakan kita kembali pada waktu yang kukira terbaik.

Terima kasih cinta untuk kesetiaan dalam menunggu.

Terima kasih cinta untuk bukti kasih ini melalui perjanjian suci untuk Allah, untuk kita.

29 Jun 2020 

Terpahat istimewa tarikh ini di sudut hati kerana saat itu mitsaqon gholizho termeterai.

Disaksikan ahli keluarga kita yang disayangi.

Majlis kita kecil, manis dan bermakna. Sentiasa membuatku tersenyum saat mengenangkan betapa istimewanya hari itu.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Some snippets on our nikah day.

Tema: English style (simple)

Pelamin: @ringkas.design. Dapat diskaun, harga RM650. Banyak pilihan and senang nak berurusan dengan mereka.

Baju kurung dan veil: Beli di @galerikurung. Harga tak sampai RM120 pun.

Tudung: Beli dengan kawan. Buy 1 free 1. Donning yang free tu sebab warna off white dia masuk dengan warna baju.

Baju Melayu lelaki: @elrahexclusive. Ni pun tak sampai RM150

Sampin: Pinjam sepupu

Crown: @afrahexclusive. Rasanya harga dalam RM55 kot

Make up: @aimierifidi (Aim MUA ni sejak di tahun pertama medical school. Around 2013 kot waktu tu). Suka dengan make up kak Aimi sebab end result dia membuatkan muka naik seri rather than terus nampak macam orang lain. Make up memang bertahan dari pagi sampai petang, very minimal touch up. Tak guna bulu mata palsu dan kak AImi tolong donningkan tudung, crown dan veil. Siap bagi powder untuk touch up dan juga micellar water untuk remove make up lepas sesi outdoor. Harga, boleh PM tepi kalau nak tahu haha

Kasut: custom made, tak ingat jenama apa. Pun tak sampai RM120

Hand bouquet: Ibu saya gubah sendiir. Beli di Kaison. Tak sampai RM60

Henna: Saja piih inai putih sebab mudah untuk ditanggalkan dan dicuci. Rasa tak selesa pula nak masuk kerja dengan tangan berinai merah. Dah la waktu tu tengah NICU rotation. Terkejut my babies di NICU kalau tangan bercorak sangat haha.

Menu: Banyakkk sebab kitaorang masak sendiri. Tetamu tak sampai 30 orang pun sebab ikut SOP. Jadi takde ambil katering ke apa. Masak je sendiri dengan ahli keluarga, lagi puas hati sebab taste ikut citarasa kita.

Kek: @bakedbyourstruly. Specifically minta dengan baker tu untuk buat English style, dua tingkat (5 and 8 inci). Perisa butterscotch rasanya. Agak last minit juga request. Mula- mula baker minta ambil di Shah Alam atau guna rider. Tapi tiba- tiba dia buat keputusan untuk hantar kek tu by herself ke rumah. Terharu sangat! RM450 total.

Cincin (lelalki dan perempuan) dan gelang tangan emas: Habib Jewels (kami memang suka design dan kualiti Habib). Harga: biarlah rahsia ;)

Photographer: @saidahadami. Memang dah lama juga nak guna servis Saidah sebab gambar- gambar hasil kerja Saidah cantik dan sebab dia perempuan. Hahah. Tak segan sangat nak minta pendapat, posing, berdepan dengan kamera semasa nikah dan juga photoshoot.

Tempat photoshoot: Eco Grandeur Puncak Alam. Sebab nak buat things properly and malas nak hadap masalah kalau buat photoshoot di sana tanpa izin (ie: kena halau semasa ambil gambar etc), maka kami tulis email dan beritahu management Eco tentang plan kami. Kami ke pejabar Eco and bayar RM300, tapi dapat voucher RM300 yang boleh dispend di mana- mana kedai/ kafe di Eco Grandeur. Hari kejadian, siap dapat escort and siap dihantar ke tempat-tempat yang dihajati di sekitar taman Eco Grandeur. (takdelah penat sangat kaki berjalan sebab taman agak luas).

Any obstacles sebelum majlis: Of course ada. Saya postnight a day before my nikah day. It was a horrendous experience during my night shift so I was so tired. Decided to iron my baju and tudung in the evening of 28/6/2020. Lepas tu tidur awal juga around 9PM hari sama sebab penat sangat. Terbangun pukul 3AM sebab rasa panas. Rupanya elektrik takde untuk satu kawasan perumahan. Adik habis call TNB minta datang buat sesuatu. Dahla makcik- makcik and ibu was in the middle of cooking food for the guests. Esok pagi pukul 8AM 29/6/2020, still TNB tak datang. MUA sampai rumah, inform dia terus beritahu rumah takde elektrik, hahah. Bayangkanlah betapa terkejutnya dia waktu tu, mcm mana nak make up without proper lighting kan? Alhamdulillah elektrik ada semula around 9AM. Tapi kalut la masa tu sebab janji jumpa kat masjid untuk akad pukul 10AM. Disebabkan lamba, kadi dan imam masjid siap call tanya boleh tak nak teruskan majlis tanpa pengantin perempuan, memang idoklah tok imam oii. Kalut satu family pergi ke masjid, smpai lambat 10 minit juga la hahah. Well, nak buat macam mana banyak benda unexpected jadi tapi alhamdulillah selepas tu majlis berjalan dengan lancar. :)

Di Masjid semasa akad nikah. Sangat suka hand bouquet ibu buat sebab nampak sweet, simple dan menepati tema.

Sesi memakaikan gelang dan cincin. Malu- malu lagi waktu ni sebab pertama kali bersentuhan tangan. 

Sepupu- sepupu yang comel memeriahkan lagi majlis yang intimate dan simple ini.

Cantik kan dulang cincin, gelang dan duit hantaran ni. Suami gubah sendiri duit tu jadi rama- rama. Kreatif sangat.


Kek ditempah khas dengan latar belakang pelamin yang simple. I love the simplicity and the ambience of the event :)

Sesi memotong kek.

Pelamin yang simple tapi saya berpuas hati. Ada lampu back drop tapi tak pasang waktu ni.

Details of the pelamin

Sesi outdoor photography di Eco Grandeur. Ni pun dah lama saya aim sebab sangat suka dengan lanscape and suasana di situ.

Salah satu tempat menarik di kawasan Eco Grandeur

In one of the cafes in Eco Grandeur. Kopi dan kek di kafe ni sangat sedap. Lupa pula nama kafe haha (almaklumlah baru nak upload pasal nikah ni)

Semoga kita akan kekal begini, menikmati secangkir kopi dan air putih, memegang erat jari jemari kita sambil bercerita tentang hari- hari yang dilalui. Semoga akan kekal begini, walaupun dengan kehadiran anak- anak kita nanti.










Comments

Popular posts from this blog

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1