Mengawal "Sang Raja"

Ibnu Umar berkata: "Seorang hamba tidak akan dapat mencapai hakikat taqwa yang sebenarnya kecuali ia dapat meninggalkan apa saja yang dirasa tidak enak dalam hatinya"

Hati. Yang Rasullulah pernah sabdakan, meupakan "raja" dalam diri manusia. Kalau hati itu baik, maka akan baiklah seluruhnya, kalau hati itu tidak baik, yang sebaliknya pula akan berlaku. "Peperangan" antara hati dan akal ni, rasanya berlaku sejak berzaman lagi dan pada setiap masa. Hanya iman dan taqwa mampu menarik balik hati yang tersimpang jauh dari cahaya kebenaran. Kerana iman dan taqwa kepada Allah, merupakan guidance untuk mengawal sang raja ini daripada melintasi batas- batas yang ia tidak sepatutnya lakukan.

****

Untuk hati, 

Aku kira Allah sedang menguji tahap kesabaran kita.
Kerana pembuktian kata sabar, tidaklah semudah bicara tentangnya.
Sabar itu, Nabi kata bertahap, dan Allah akan uji untuk melihat sejauh mana berimannya kita dengan ayat- ayat Dia tentang sabar dan mungkin juga, Dia mahu meninggikan darjat kita dengannya.
Sabar kita, tidak akan mampu mencapai tahap sabar para anbiya', para sahabat, tabi' dan tabii'n.
Apalah sangat sabar yang kita mahu persembahkan kepada Allah nanti, kalau perjuangan sabar itu gugur kerana manusia. 

Untuk hati,

Besarkan dirimu.
Kuatkan bentengmu.
Perjuangan kita lebih besar dari sekadar makan, minum, bangun dan tidur.
Sabar dalam perjuangan. Sabar dalam penantian.
Kerana janji Allah, untuk orang- orang yang sabar ini, ganjarannya terlalu bagus hinggakan Dia tidak bisa menyebut secara terang tentangnya dalam Al- Qur'an, melainkan akan adanya Dia dengan sang penyabar serta kejayaan yang dijanjikan.

Untuk hati,

Dosa itu, rasanya pahit sekali.
Manis ketika melakukannya, pahit kesat terasa selepas itu.
Rasa bersalah yang menggunung akan timbul dalam jiwa kecil. 
Lalu beritahu aku, bagaimana kita bisa menanggung malu dan kesal dosa kita kepada Tuhan yang sentiasa hidup tidak mati?
Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui?
Maka, berkira-kiralah andainya nafsu menipumu hati, kononnya mahu merasai "kemanisan" dosa, penuh diselaputi kemurkaan Allah.
Lazimi doa Yusuf, tatkala dia sekelilingi godaan nafsu yang membara.
Doanya tulus, begitu peka dengan kehadiran Allah.
Mari hati, kita jadi seperti Nabi Yusuf. Yang hatinya hidup dengan Allah.

:)

Ya muqallibal qulb, tsabbit qulubana a'la dinika, wa'ala to'atika, wa'ala jihadika fi sabilika Ya arham ar-rohimin,

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1