Jalan Cinta

"Diam bukan ertinya mengalah
Diam bukan ertinya menyampah
Boleh jadi ia kerana resah
Dek dimomokkan tugas yg melimpah
Jadilah seperti lebah
Segan ia tinggal di sarang 
Asyik menikmati madu
Lalu ia bingkas terbang 
Trumbang ambing mencicip bunga
Untuk sekelumit madu
Barulah ia mampu pulang 
Dgn hati yang tenang"

-Inspector Sahab-

Faham sangat apa yang dia cuba sampaikan. 

Kerana dakwah kita ialah dakwah cinta. Jalan ini ialah jalan cinta. Cinta yang memaksa diri untuk bekerja. Cinta yang menjadi pelindung hati tika diri diuji dengan kata- kata cacian daripada manusia. 

Dan cinta itu tidak akan mati. Kerana asbab kepada cinta itu Al-Hayyu (Yang Maha Hidup). Sepanjang waktu.

One last taujihat yang saya kira, sangat mendalam maksudnya. 

"Menyebut iman itu mudah tapi membenamkan iman dalam diri hingga melahirkan keyakinan luar biasa dalam amal itu tidak sesenang menyebutnya. Ia butuhkan endless effort. Ia butuhkan doa. Ia butuhkan mujahadah. Dan juga sabar. Benar,payah sekali. Tapi,di penghujung jalan ini,kita bakal bertemu Rasulullah SAW dan di pengakhirannya, redha Allah pasti dalam genggaman. Aseef,jika aku kelihatan terlalu optimis,kerana aku yakin dengan jalan cinta para pejuang ini" -Murabbi-

Moga diri tidak "lemau" sepanjang nikmat cuti ini. InsyaAllah!

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1