Aku dan murabbi itu.

"Saya nak awak semua pejam mata, dan angkat tangan kalau awak ada buat apa yang saya soal ini. Saya nak awak semua jujur. Kalau tak mampu jujur dengan saya, sila jujur dengan Allah"

Pergh. Sentap. Pagi- pagi subuh dah kena spot check 'mutaba'ah amal'. Gementar juga hati ni. Tak mahu la rasa loser kalau tak buat apa yang ditanya.

Aku lihat semua mulai pejam mata masing- masing. Dan aku pun.

"Siapa bangun untuk qiamullail malam tadi?"

Sunyi sepi. Hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Siapa yang sempat buat solat sunat sebelum subuh?

"Siapa yang solat subuh masbuk pagi tadi?"

"Siapa yang sempat baca Al Qur'an sebelum ke kelas pagi ini?"

Sepanjang pertanyaan beliau, hanya Allah je tahu betapa gelisah hati ini. Kerana muhasabah yang dilakukan sepanjang sesi pemeriksaan mutaba'ah amal itu.

"Saya kecewa sedikit dengan kamu. Kerana hanya dua orang sahaja dalam kelas ini yang bangun utk qiam. Macam mana kita nak punya hati yang kuat untuk mencapai kejayaan kalau kekuatan itu tidak dibina melalui hubungan dengan Allah dalam solat malam?"

Pergh. Memang sentap la peringatan drpd ustazah. Terlalu ada benarnya. Kita kata nak berjaya. Kita tahu bahawa Allah yg memberi kejayaan kepada manusia. Tapi kita malas untuk berkorban sedikit tenaga untuk memohon rayu kepada Allah serta memanjatkan pergantungan kita kepada Dia. Lepas itu, kita kata kita tawakal kepada Dia bila sudah habis menjawab kertas peperiksaan.

It's an irony way to ask for something from "someone" that is more powerful than you.

Alright, let's get back to the main story. All I want to highlight in this matter is, betapa ikhlasnya ustazah dalam mendidik (bukan sahaja mengajar) kami bahawa ilmu itu perlu diraih dengan cara meraih pertolongan daripada pencipta langit.

Buktinya, sampai sekarang saya pegang kata- kata beliau dan berusaha untuk "membumikan" amalan tersebut dalam kehidupan seharian saya. Ternyata, ia sememangnya menjadi salah satu asbab untuk saya terus kuat dalam mencapai apa- apa yang saya hajatkan/cita- citakan.

Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan serta ketegasanmu dalam mendidik anak- anakmu ini, ustazah.

Moga tiap amalan yang kami laksanakan hasil dari nasihatmu itu akan menjadi batu- bata istana untuk ustazah di syurga sana, insyaAllah.

Dan terima kasih untuk inspirasi murabbi yang dikau tunjukkan sepanjang masa ini. Moga- moga saya mampu menjadi murabbi yang hebat seperti dikau, Ustazah Norahila. InsyaAllah :)

Maha Suci Allah, atas segala nikmat yang tidak terhingga ini.

Nikmat mempunyai murabbi dan menjadi murabbi ^^

P/s: cuti 3 bulan ini menjadi medan ujian yang sebenar. Medan untuk menjadi murabbi di alam realiti atau hanya di alam "fantasi" sahaja. Yosh Sashu, you can ace this! InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1