Detachment

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah, pencipta langit dan bumi, serta yang memilik segala yang berada diantaranya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta para sahabat yang telah berhempas pulas serta bermandi keringat, air mata dan darah dalam menyampaikan islam ke seluruh alam.

Segala puji bagi Allah, atas nikmat islam dan iman yang dikurniakan Dia.

Bila berfikir pasal satu- satu nikmat yang Allah beri, hati tidak akan pernah tidak untuk jatuh cinta pada tiap satunya. Nikmat ini, dia tidak hanya berupa perkara yang menggembirakan atau menyenangkan hati, ia boleh juga datang dalam bentuk yang menggugah hati, menjadilan diri gundah gulana, pedih atau perit.

Itu yang unik tentang cinta Allah. Kerana mungkin sahaja Dia tahu, saat manusia tidak punyai apa- apa untuk dia bergantung harap pada, Allah menjadi pilihannya.

Ianya unik kerana Allah tetap mahu hambaNya itu kembali kepada Dia, walaupun hamba itu sering lalai alpa daripada mengingati apatah lagi melaksanakan suruhan sang Pencipta. Kalau manusia, pasti dia tidak ingin bertemu atau mempunyai apa- apa urusan dengan manusia yang telah menyakiti hatinya atau yang telah ingkar pada arahannya. Tetapi tidak pada Allah.

Pada hari ini, saya sangat bersyukur, kerana Allah uji hati ini untuk menjadi tenang pada saat ia benar- benar dalam kegusaran.

" Wahai jiwa yang tenang!
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya,
Maka masuklah ke dalam golongan hamba- hamba Ku,
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku" 
(83:27-30)

Tiap kali membaca surah al Fajr, ayat ini akan sentiasa menggetarkan dan menjadikan hati berasa sayu.

Manakan tidak, kerana Allah regard orang yang mempunyai jiwa tenang, akan dijemput masuk ke dalam syurga Dia. Apakah yang lebih menggembirakan seorang hamba apabila dijemput untuk masuk ke tempat pengakhiran yang terbaik selama- lamanya?

Maka, saya berharap, agar hati ini akan belajar untuk menjadi tenang sentiasa. Tidak kira pada saat senang atau susah. Kerana jiwa yang tenang itu ialah jiwa yang sentiasa kembali kepada Tuhannya.

Jiwa yang mempunyai keimanan yang tinggi.

Jiwa yang redha dengan qadar yang telah ditetapkan.

Jiwa yang bersih daripada perasaan- perasaan mazmumah.

Jiwa yang sentiasa ingin dekat dengan Dia.

Jiwa yang mencintai kekasih-Nya.

Jiwa yang bersifat hamba.

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa susah untuk mencapai darjat- darjat tersebut.

Namun, saya tetap yakin. Kerana janji Allah adalah yang paling pasti di dunia ini, mahupun di akhirat nanti. Bahawa hamba- hamba yang berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah pasti akan memperoleh 1001 kebaikan daripada-Nya.

Aku terjaga olehmu dalam nikmat afiat (keselamatan dan bencana), dan terjaganya rahsia - rahsia (dosa- dosaku), maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku, di dunia dan akhirat
(al-Ma'thurat)

Kepada jiwaku, berusahalah untuk menyelamatkan dirimu daripada segala jalan- jalan yang mampu menjauhkan dikau dengan Tuhan.

Jalan- jalan kepada syubhah.
Jalan- jalan kepada zina.
Jalan- jalan kepada jahiliyah.
Jalan- jalan kepada kelalaian.
Jalan- jalan kepada pintu api neraka.

Wallahua'lam

P/s: tengah berusaha untuk hilangkan pergantungan hati dan harapan kepada manusia, termasuklah kepada makhluk bernama lelaki.

Comments

  1. Pergantungan hati kpda allah ada pergantungan sulung dan total seorang abid.

    Ianya susah. Karena membutuhkan hati yang bersih dan benar2 ikhlas untuk menagih redhaNya.

    Maka, pohon dan tagihlah dr Ilahi. Pemilik jiwamu. Sumber utama tsiqahmu wahai adikku.

    Insha allah.

    P/s: akak.rindu.sama.kamu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1