Posts

Cahaya harapan di Wad perubatan.

Di hospital, saya banyak belajar daripada pesakit- pesakit erti sabar dan bersikap positif kepada Allah. Aneh, even pesakit- pesakit yang kronik masih lagi mampu tersenyum dan bergelak ketawa bercerita perihal kehidupannya serta penyakit yang mereka alami. Walaupun mereka di diagnose dengan congestive heart failure, kronik diabetes type 2 yang tahap tinggal 1 je jari kaki sebab kena potong, kidney failure yang memerlukan dialysis yang berterusan dan prostate kanser dan sebagainya. Kadang- kadang penyakit mereka seperti bom jangka; hanya menunggu masa dipanggil Allah (tapi yang sihat pun boleh je ditarik nyawa bila- bila). "Akak ni nampak happy je. Bagus sangat subhanallah. Macam mana akak hadapi benda yang jadi kat akak ni?" "Alah dik, benda dah nak jadi kan. Kita kena la hadapi dengan redha. Mula- mula memang sedih. Tapi sampai bila? Menangislah air mata darah pun, bukan akak boleh sembuh pun. Bukan boleh tumbuh balik jari kaki akak ni. Haha. Tengok ni (sambil ge...

Hari kedua di wad.

Usai solat Zohor di kampus, tiba- tiba saya berasa begitu sedih. Hati jadi sayu, tanpa sebab yang jelas. Mungkin peristiwa di wad 5 dan 6 menjadi puncanya. Sepanjang perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, saya berdoa kepada Allah agar Dia bantu dan bimbing saya serta beri saya kekuatan untuk menghadapi hari ini di hospital. Bukan apa, saya ni jenis mudah berasa sedih dan simpati dengan orang. Hanya dengan mendengar kisah- kisah sedih daripada pesakit, saya boleh je menangis. Tengok keadaan mereka pun boleh membuatkan saya sebak. Saya juga berfikir bagaimana caranya untuk berkenalan dengan staf nurses, doctors dan specialists yang ada dalam wad.Yelah, mungkin saya boleh belajar sedikit sebanyak daripada pengalaman mereka juga. Haha. Sampai je di wad 6, team kami berbincang tentang siapa yang akan clerk (ambil sejarah hidup) pesakit untuk dibentangkan pada doktor keesokan harinya. Selepas itu, kami berpecah mengikut kumpulan kecil yang dibentuk. Tetapi saya memilih untuk bergerak so...

Kemaafan.

Ada seorang sahabat pernah berkata, ukhuwah ialah buah kepada iman. Seandainya ukhuwah itu tergugat, maka masalahnya ada pada iman.  Sahabat, Andainya ada kekasaran pada bahasa yang saya tuturkan menyebabkan anda terluka hati, maafkan saya. Andainya ada tindakan saya yang kamu rasakan berlebih- lebihan sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada hatimu,maafkan saya. Andai saya melakukan sesuatu yang out of common sense kamu sehingga hatimu tergores, maafkan saya. Sesungguhnya iman saya yang compang- camping menyebabkan kelakuan dan tindakan buruk dan jijik itu terpamer hodoh pada pandangan anda. Sekali lagi, maafkan saya. Kerana saya masih lagi seorang manusia yang tidak lepas daripada belenggu kesilapan dan dosa. Walaupun saya budak sekolah agama. Walaupun saya budak usrah. Walaupun saya berkerudung labuh. Hakikatnya saya hanya seorang manusia. Maka sahabat, tegurlah saya kerana Allah, bimbinglah saya kearah yang lebih baik, nasihatilah saya agar say...

Pandangan rahmat.

"How are you?" "I'm good", katanya sambil senyum. ENFJ-mode on. Hehe. Melihatkan gaya dia yang agak ramah, saya mengambil kesempatan tersebut untuk trigger lebih banyak perbualan di antara kami. Tempat duduk 54A dan 54C menjadi saksi perkenalan kami berdua. Oh ya, dan Keyra juga (54B). "Where are you travelling to?", saya bertanya lagi kepadanya. "Calcutta, India. And you?", jawabnya, sambil tersenyum. Melalui posisi badannya, saya dapat agak yang beliau sudah mahu engage dengan perbualan ini.  "Malaysia. Ah, I see. Are you from there? Are you travelling for work?" "Nope, I am from here, Ireland. Yeah, sort of. I am going to Calcutta to monitor the activities of the organization I worked with. Well, how about you? Are you working in Ireland?" Saya pun menerangkan dengan panjang lebar kepadanya tentang program twinning kos perubatan antara Royal College of Surgeons in Ireland dan Penang Medical C...

Confuse.

Yup. Masih lagi keliru. Siapa sangka, waktu selama dua setengah di Ireland bakal berakhir. Sepanjang waktu mengemas, tak tahu nak rasa apa sebenarnya. Gembira? Sedih? Kecewa? Tak sabar? Allah, jauh sudah Kau bawa aku. Sampai ke Ireland Kau masih beri peluang nikmat untuk mengenaliMu melalui jalan tarbiyah ini. Moga tsabat. Moga tsabat. InsyaAllah.

Terjaga.

Cinta itu, Ialah apabila dikejut bangun malam tanpa iringan jam loceng atau bunyi ipad, Pada awal pagi saat orang lain masih lena. Cinta itu, Ialah apabila berupaya tolak selimut ke tepi, Mengharungi sejuk bilik dan ruang hallway, Menahan sejuk air yang mengalir pada kulit, Sambil mengetap bibir, muka dilap dan hati kembali segar. Cinta itu, Ialah apabila diberi kekuatan untuk mengangkat takbir tahajud malam, Diiringi bunyi blower tua yang hampir bungkam, Dicelah- celah sorotan cahaya lampu dari jalan luar. Cinta itu, Ialah apabila digerakkan hati untuk berdoa, Berbisik- bisik dengan Tuhan, Mengadu segala resah- gelisah, gundah- gulana, senyum gembira yang mewarnai kehidupan seharian, Tangan mengadah tinggi ke wajah,  Segala- galanya diluahkan bersendirian. Cinta itu, Ialah apabila ketenangan menyelubungi seluruh tubuh, Saat dahi bersentuh lantai, Hati rasa paling jauh dan bawah, malu dengan Tuhan, Dirasakan kotor setiap satu angg...

The patience.

Image
25/08/2015 19/09/2015 21/10/2015 24/10/2015 01/11/2015 24/12/2015 02/01/2016 03/01/2016 09/07/2016 17/07/2016 Thank you for trying. Thank you for the efforts. Only Allah can repay it. :) "She loves the serene brutality of the ocean, loves the electric power she felt with each breath of wet, briny air." 70:5