Hari kedua di wad.

Usai solat Zohor di kampus, tiba- tiba saya berasa begitu sedih. Hati jadi sayu, tanpa sebab yang jelas. Mungkin peristiwa di wad 5 dan 6 menjadi puncanya.

Sepanjang perjalanan ke Hospital Seberang Jaya, saya berdoa kepada Allah agar Dia bantu dan bimbing saya serta beri saya kekuatan untuk menghadapi hari ini di hospital. Bukan apa, saya ni jenis mudah berasa sedih dan simpati dengan orang. Hanya dengan mendengar kisah- kisah sedih daripada pesakit, saya boleh je menangis. Tengok keadaan mereka pun boleh membuatkan saya sebak. Saya juga berfikir bagaimana caranya untuk berkenalan dengan staf nurses, doctors dan specialists yang ada dalam wad.Yelah, mungkin saya boleh belajar sedikit sebanyak daripada pengalaman mereka juga. Haha.

Sampai je di wad 6, team kami berbincang tentang siapa yang akan clerk (ambil sejarah hidup) pesakit untuk dibentangkan pada doktor keesokan harinya. Selepas itu, kami berpecah mengikut kumpulan kecil yang dibentuk.

Tetapi saya memilih untuk bergerak solo pada awalnya. Hal ini kerana saya ingin jumpa dan tahu dengan lebih mendalam tentang seorng pesakit yang paling muda dalam wad tersebut. Melihatkan adik itu, tiba- tiba saya rindu kepada Sofea, lol. Hari ini saya berjaya berborak lama dengan saya. Dan dia pun sudah mula respon dengan baik soalan- soalan saya. Tetapi mencabar juga untuk bertanya soalan dalam bahasa Melayu Penang sebab kebanyakan soalan saya fikir dalam bahasa Inggeris, huhu. Jadi, saya rasa saya perlu belajar lebih banyak bahasa laymen perubatan agar mudah untuk pesakit- pesakit memahami apa yang saya cuba sampaikan atau tanya. Doakan saya ya!


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1