Kemaafan.

Ada seorang sahabat pernah berkata, ukhuwah ialah buah kepada iman. Seandainya ukhuwah itu tergugat, maka masalahnya ada pada iman. 

Sahabat,
Andainya ada kekasaran pada bahasa yang saya tuturkan menyebabkan anda terluka hati, maafkan saya.
Andainya ada tindakan saya yang kamu rasakan berlebih- lebihan sehingga menimbulkan rasa tidak senang pada hatimu,maafkan saya.
Andai saya melakukan sesuatu yang out of common sense kamu sehingga hatimu tergores, maafkan saya.

Sesungguhnya iman saya yang compang- camping menyebabkan kelakuan dan tindakan buruk dan jijik itu terpamer hodoh pada pandangan anda. Sekali lagi, maafkan saya.

Kerana saya masih lagi seorang manusia yang tidak lepas daripada belenggu kesilapan dan dosa.

Walaupun saya budak sekolah agama.
Walaupun saya budak usrah.
Walaupun saya berkerudung labuh.

Hakikatnya saya hanya seorang manusia. Maka sahabat, tegurlah saya kerana Allah, bimbinglah saya kearah yang lebih baik, nasihatilah saya agar saya dapat lebih memperbaiki akhlak dan diri saya. 

Sahabat, 
Janganlah letak expectations yang tinggi pada saya hanya kerana saya budak usrah, budak sekolah agama atau budak berkerudung labuh. Kerana saya bukanlah malaikat. Jauh sekali dari kesempurnaan yang kamu mungkin bayangkan. 

Ada seseorang yang sangat dekat hatinya dengan saya pernah berkata, jangan pernah letak expectation kepada manusia. Kerana pada akhirnya kita akan kecewa disebabkan sifat tidak sempurna manusia itu sendiri. Tetapi letaklah expectation walau setinggi gunung kepada Allah, kerana Allah itu Maha Sempurna dan yang menyempurnakan sesuatu. 

Dan saya teringat pesan seorang sahabat yang saya hormati, sekiranya kita punya masalah atau rasa tidak puas hati kepada seseorang, tegur dan bincanglah dengan orang tersebut. Bercakap belakang hanya akan merugikan kedua dua pihak; kita akan mendapat dosa dan sahabat itu tidak mengetahui kesalahan seterusnya memperbaiki diri sendiri. 

Ukhuwah kerana Allah itu haruslah suci dan bersih, berpaksikan hanya Allah. Bukan kepentingan atau nafsu diri sendiri. 

Maka Allah akan menguji ukhuwah yang dikatakan "fillah" ini seperti yang dinyatakan dalam surah al Ankabut ayat 2
dan 3. Dan ujian itu tidak lain hanya untuk memastikan sama ada kita benar- benar berukhuwah kerana Allah atau sebaliknya. 

Saya mungkin bukanlah orang yang paling layak untuk memperkatakan hal ini. Namun sahabat, Allah kata peringatan itu bermanfaat untuk orang- orang yang beriman. 

Allahua'alam wa astaghfirullah.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1