Terjaga.

Cinta itu,
Ialah apabila dikejut bangun malam tanpa iringan jam loceng atau bunyi ipad,
Pada awal pagi saat orang lain masih lena.

Cinta itu,
Ialah apabila berupaya tolak selimut ke tepi,
Mengharungi sejuk bilik dan ruang hallway,
Menahan sejuk air yang mengalir pada kulit,
Sambil mengetap bibir, muka dilap dan hati kembali segar.

Cinta itu,
Ialah apabila diberi kekuatan untuk mengangkat takbir tahajud malam,
Diiringi bunyi blower tua yang hampir bungkam,
Dicelah- celah sorotan cahaya lampu dari jalan luar.

Cinta itu,
Ialah apabila digerakkan hati untuk berdoa,
Berbisik- bisik dengan Tuhan,
Mengadu segala resah- gelisah, gundah- gulana, senyum gembira yang mewarnai kehidupan seharian,
Tangan mengadah tinggi ke wajah, 
Segala- galanya diluahkan bersendirian.

Cinta itu,
Ialah apabila ketenangan menyelubungi seluruh tubuh,
Saat dahi bersentuh lantai,
Hati rasa paling jauh dan bawah, malu dengan Tuhan,
Dirasakan kotor setiap satu anggota yang hadir dalam solatnya,
Menghadap Tuhan yang Maha Suci.

Cinta itu,
Ialah apabila Tuhan menghantar malaikat, mengejut hamba yang berdosa,
Bersamanya, Dia meniupkan kekuatan,
Agar gagah menolak nafsu tidurnya, 
Agar bertahan dalam kesejukan sebelum fajar menyinsing,
Membisik semangat untuknya mengangkat takbir tahajud malam,
Mendengar bisikan- bisikan personal hamba yang hina,
Melihat tangan hamba itu mengadah tinggi, penuh pengharapan mengharap pada Tuhannya.

Allah, terima kasih kerana tidak pernah meninggalkannya.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1