Cahaya harapan di Wad perubatan.

Di hospital, saya banyak belajar daripada pesakit- pesakit erti sabar dan bersikap positif kepada Allah. Aneh, even pesakit- pesakit yang kronik masih lagi mampu tersenyum dan bergelak ketawa bercerita perihal kehidupannya serta penyakit yang mereka alami.
Walaupun mereka di diagnose dengan congestive heart failure, kronik diabetes type 2 yang tahap tinggal 1 je jari kaki sebab kena potong, kidney failure yang memerlukan dialysis yang berterusan dan prostate kanser dan sebagainya. Kadang- kadang penyakit mereka seperti bom jangka; hanya menunggu masa dipanggil Allah (tapi yang sihat pun boleh je ditarik nyawa bila- bila).
"Akak ni nampak happy je. Bagus sangat subhanallah. Macam mana akak hadapi benda yang jadi kat akak ni?"
"Alah dik, benda dah nak jadi kan. Kita kena la hadapi dengan redha. Mula- mula memang sedih. Tapi sampai bila? Menangislah air mata darah pun, bukan akak boleh sembuh pun. Bukan boleh tumbuh balik jari kaki akak ni. Haha. Tengok ni (sambil gerakkan jari kaki yang masih tinggal), akak masih lagi boleh berjalan alhamdulillah. Okay dah tu", katanya sambil ketawa.

Kemudian dia sambung, "baik akak fikir macam mana nak sihat dan hadapi apa yang akak tengah dapat ni daripada duk menangisi apa yang telah terjadi".
Dalam situasi lain,
"Allah dah kasi makcik senang dulu. Jalan merata. Sekarang ni Allah nak makcik rehat pula", kata seorang makcik yang berusaha nak balas pertanyaan saya, walaupun suaranya kedengaran sayup- sayup sahaja.
Bila saya muhasabah, saya malu dengan diri saya. Mudah bersangka buruk dengan Allah. Mudah rasa down dengan apa yang jadi. Sedangkan apalah sangat yang saya hadapi, berbanding orang lain yang jauh lebih susah daripada saya. Apalah sangat kesusahan yang saya rasa berbanding Rasulullah yang diuji dengan bermacam cara.
Kita selalu fikir bahawa rahmat itu hadir dalam bentuk kesenangan, yang dapat membuatkan kita dapat rehat lebih, makan lebih atau harta lebih. Jadi apabila Allah uji dengan sedikit kesusahan, kita mula marah, sedih yang teramat sehinggakan memenangkan nafsu berbanding ikhlas kerana Allah. Sedangkan dalam keributan dugaan yang melanda, rahmat Allah terbentang luas untuk kita. It's just the matter of perspective, in how we are looking or dealing with the problems.
Sama ada menggunakan "kaca mata" yang Allah ajar dalam Al- Qur'an, atau "kaca mata" nafsu kita. Percayalah, kalau kita memilih untuk menilai hidup menggunakan kaca mata yang kedua, sukar untuk kita peroleh ketenangan dan kebahagiaan. Even masalah kecil dirasakan besar. Apatah lagi masalah yang lebih besar.
Janji Allah dalam surah al Baqarah (pada page terakhir), bahawa Dia takkan menguji hamba- hambaNya dengan ujian yang mereka tidak mampu tanggung. Jadi, apa- apa yang kita sedang hadapi saat ini, pasti ada jalan keluar. Cuma it's up to us, bagaimana mahu mencari jalan keluar tersebut.
Moga Allah bimbing kita dalam menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu yang berlaku. Allah Al Wahhab, Allah Al Jabbar. Allah Ar Rahman. Allah muata'an insyaAllah.

Ps: Pagi tadi team dan saya melakukan pemeriksaan badan pada seorang pesakit lelaki yang agak tua, dia sangat peramah dan suka ketawa. Apabila kawan saya meletakkan jarinya di leher pakcik tersebut, pakcik kata "Alamak, habis air wudhuk pakcik. Takpalah. Hangpa nak belajaq kan. Sat lagi pakcik pi amik lagi ayaq semayang. Dekat ja tandas tu". Sejuk hati dengar pakcik nak solat walaupun keadaan dan agak uzur. Moga Allah kurniakan kesembuhan kepada pesakit- pesakit semua insyaAllah  :)

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1