Pandangan rahmat.

"How are you?"

"I'm good", katanya sambil senyum.

ENFJ-mode on. Hehe. Melihatkan gaya dia yang agak ramah, saya mengambil kesempatan tersebut untuk trigger lebih banyak perbualan di antara kami. Tempat duduk 54A dan 54C menjadi saksi perkenalan kami berdua. Oh ya, dan Keyra juga (54B).

"Where are you travelling to?", saya bertanya lagi kepadanya.

"Calcutta, India. And you?", jawabnya, sambil tersenyum. Melalui posisi badannya, saya dapat agak yang beliau sudah mahu engage dengan perbualan ini. 

"Malaysia. Ah, I see. Are you from there? Are you travelling for work?"

"Nope, I am from here, Ireland. Yeah, sort of. I am going to Calcutta to monitor the activities of the organization I worked with. Well, how about you? Are you working in Ireland?"

Saya pun menerangkan dengan panjang lebar kepadanya tentang program twinning kos perubatan antara Royal College of Surgeons in Ireland dan Penang Medical College serta sebab kepulangan kami ke Malaysia. Dengan perasaan tertanya- tanya yang semakin membuak- buak, saya bertanya lagi kepada lelaki yang mungkin berumur separuh abad itu, "well Sir, can I know which organization are you working with and what kind of work does the organization do?"

Kali ini, senyuman dia semakin lebar. 

"I work with an organization called L'Arche. It is an international organization that help disable people by enhancing their quality of life, give them supports in terms of monetary, physical or emotional support until they able to live independently. I am one of the founder and now, I work as the International Delegate for Countries; meaning, I will travel to all parts of the world where our organization based, and India is one of it. Most of our participants are from the developing countries. Sometimes I'll travel to France too".

Dengar je perkataan "France", saya agak dia tahu berbahasa Perancis. Keyra dengan excitednya berkata kepada lelaki itu, "she can speak French". Lol Keyra. 'Membantu' sangat. Lelaki itu pandang saya dan berkata, "oh really?"

"J'etude Francais dans l'ecole. Mais, je ne parle pas tres bien francais. Haha"

"C'est tres bien!", balasnya dengan penuh semangat. Pakcik ni, Perancis dah berkarat tu dia pi kata bagus pula. (-___-)

Sambungan kepada cerita tadi, terlopong saya mendengar penerangan beliau. Rupa- rupanya beliau bukanlah calang- calang orang. (Salah satu sebab kenapa saya suka berbual dengan orang asing dalam kapal terbang atau di lapangan terbang adalah kerana saya tahu mereka mempunyai cerita dan pengalaman yang menarik). 

"What kind of disabilities the people you helped with acquire? Does it involves limbs or speech?"

"Oh no. It is intelligence disabilities. We help people who have intelligence problem. They might seem to be challenging, but those people have their own gifts and abilities if we help them". 

Saya dan Keyra saling berpandangan. Intelligence eh? Mencabar kot nak uruskan pesakit- pesakit istimewa yang mempunyai masalah tersebut. Saya tahu sedikit sebanyak akan hal tersebut sebab saya pernah terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan interaksi dengan golongan sebegini semasa saya belajar di Kolej Mara Banting. Empati, kasih sayang, perhatian serta skil diperlukan untuk membantu mereka melakukan aktiviti- aktiviti yang ditetapkan. 

Hal ini membuatkan saya lebih kagum. Pakcik ini travel ke hampir seluruh pelosok dunia untuk memberi peluang dan kehidupan kepada golongan ini. Yang pastinya, dia akan berurusan dengan orang yang mempunyai pelbagai jenis budaya, bahasa, agama dan kepercayaan. Perbualan kami diteruskan lagi. Kapal terbang Emirates mula bergerak ke lapangan utama untuk mengambil tempat perlepasan. 

Banyak juga soalan- soalan saya dan Keyra kemukakan kepada pakcik itu. Saya ada meminta email dan no contactnya. Dia menyerahkan kadnya kepada saya. Katanya, sekiranya Malaysia memerlukan khidmat mereka, jangan segan silu memaklumkan hal tersebut kepada dia. 

Tim Kearney. Hampir seluruh ahli keluarganya bekerja sebagai doktor. Dan dia turut mengenali beberapa pensyarah dari RCSI. Kiranya beliau well exposed kepada profesion ini. Tak silap saya, dia bukan seorang doktor. Tetapi beliau masih cenderung untuk memberi sumbangan kepada manusia dalam memperkasa hidup mereka. Ada satu soalan saya utarakan kepadanya yang membuatkan dia terdiam seketika sebelum menjawab; "What makes you wanna do this thing? What initiates you? This is not something easy to be done. You have to travel, meet people from all walks of life and sacrifice your comfort zone to help those people. Why?"

"Because these people, albeit of their advantages, they have loads of potentials. We have to believe and try to see it, then we can do something about that. I remember, a woman I helped 20 years ago in India. She was intelligently challenged. I met her and tried my best to help and provide supports she needed. You know what, now she is a well- known artist. She has her own gallery and she travels around the world to display and sell her arts. You see, we have to believe and cannot give up with this kind of people. I myself never imagine she'd turned up to be someone great."

Rasa nak menangis saya dengar penerangan Tim. Siapa sangka, secebis harapan mampu merubah hidup seseorang. The fact that dia sentiasa berfikiran bahawa setiap manusia mempunyai potensi untuk berjaya walaupun pada keadaan yang mungkin orang lain rasa mustahil, saya kira itu ialah pandangan rahmat. 

Ps: akan bersambung. Kena kemas beg ke Penang. (-_-) Selepas 5 hari, baru nak update pengalaman. Kan dah terkocoh- kocoh. Aduhai Siti Sarah..

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1