Kerana aku rasa aku punyai banyak masa.

Jika sebelum ini aku rasa aku punyai banyak masa, maka ketahuilah itu punca utama kegagalan aku.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku bersenang- senang dan memandang enteng tugas utamaku sebagai hamba Tuhan, sebagai pelajar.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku sukar untuk membezakan mana satu prioriti aku.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku jadikan dakwah dan tarbiyah sebagai asbab ketidakcemerlangan aku dalam urusan pelajaranku.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku senang terjerumus dalam lembah dosa.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku mulai liat memanfaatkan masa untuk Tuhan.

Kerana aku rasa aku punyai masa, aku mudah bersangka buruk dan mencari - cari salah orang lain, hingga aku terlupa bahwa kesalahanku lebih giga daripada amal- amal kebajikanku.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku melewati masa- masaku itu dengan merentasi paparan skrin Mukabuku, Twitter dan instagram sehingga aku sendiri menjadi hairan kemana masaku menghilang.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku tidak bersungguh- sungguh dalam urusan hafazan dan tilawahku.

Kerana aku rasa aku punyai banyak masa, aku gagal untuk menunaikan hak- hak rakan seperjuanganku.

Kerana hakikatnya aku tidak punyai banyak masa. Tetapi acah- acah seperti masa ini milikku dan aku bisa mengawalnya.

Tuhan, maafkan aku kerana menjadi egois sombong bodoh dalam menilai masaku yang semakin suntuk yang berlalu dengan laju.

Moga masa tidak akan menuntutku di akhirat kelak dengan mengatakan aku tidak memenuhi haknya sebagai masa.

*yang kecewa.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1