And my dream is...?

Pernah tak terfikir apa rasanya untuk punyai impian yang besar?
Impian yang bisa merubah sesuatu; manusia, alam, jiwa?

Dahulu, saya kira untuk menjadi doktor ialah satu impian yang sangat besar. Bila orang tanya kenapa nak jadi doktor, dengan pantas saya akan jawab "sebab nak tolong orang". Ibu merupakan orang yang sangat signifikan dalam membentuk hala tuju dan impian saya sedari saya sekolah rendah. Ibu selalu ingatkan saya bahawa saya perlu jadi pelajar yang cemerlang agar "pintu- pintu" untuk mencapai cita- cita yang beliau tanamkan dalam hati saya itu senang untuk "dibuka" dan perjalanan untuk mengejar cita- cita akan lebih mudah. Saya sangat berterima kasih dengan ibu akan hal ini. :)

ps: Ternyata benar, bahawa "madrasah" awal dalam tarbiyah anak- anak bermula dengan peranan ibu  dan bapa dalam mendidik dan menghalakan impian anak- anak di dunia dan di akhirat. Tarbiyatul aulad gituh. Boleh belajar daripada ibu bapa tokoh- tokoh muslim yang terkenal seperti Sultan Muhammad Al- Fateh, Imam Shafi'i, Imam Ahmad dan Dr Zewail (Dr muslim yang pertama menerima anugerah Nobel dalam bidang kimia).

Namun, impian mungkin sahaja boleh berubah mengikut keadaan dan situasi. Ada kalanya, impian- impian untuk jangka masa pendek terpaksa dilakukan perubahan demi adaptasi pada keadaan tersebut. Setiap hari yang berlalu membuatkan saya berfikir, apakah cukup impianku untuk hanya menjadi doktor? Menjadi doktor yang biasa- biasa sahaja? Yang pada zaman belajar dia hanya belajar, dan ketika zaman bekerja dia hanya bekerja. Apakah cukup makna hidup hanya dengan itu? Benarkah impianmu "untuk membantu manusia" itu cukup dengan hanya menjadi doktor?

tbc :)


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1