Update: Winter Break

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kerana nyawa masih lagi dipanjangkan hingga ke hari ini. Moga peluang yang diberikan ini dapat kita penuhi dengan perkara- perkara yang mampu mendekatkan diri kita kepada Allah, insyaAllah.

InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan update blog dengan kisah- kisah serta pengalaman- pengalaman yang saya dapat dan belajar sepanjang cuti musim sejuk ini. Terlalu banyak cerita yang ingin diceritakan. Terlalu banyak rasa yang ingin diluahkan.

"Kenapa tak cerita je sekarang?"

Kalau ikutkan hati, boleh je nak cerita semua benda at one time. Namun, masa tidak mengizinkan. Musim 'Persekolahan' sudah bermula, officially pada hari ini. *lap air mata* Dan sekolah makin jauh; di Beaumont Hospital. Jadi saya perlu menyusun kembali jadual hidup saya sebab things are going to be totally different during Intermediate Cycle.

Ouh ya, circadian rhythm saya semacam tidak betul. Tak tahu nak ikut waktu barat atau timur (sebab transit antara negara barat dan timur agak kerap). Doakanlah agar waktu tidur saya jadi "normal" balik. Huhu. Dan juga, doakan agar saya makin laju dalam gerabak D&T atau "lorong- lorong tua" yg pernah ditapaki oleh para anbiya', golongan assabiqun al- awwalun serta pencinta- pencinta syurga-Nya insyaAllah!

Moga ketemu lagi semua, insyaAllah :)

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1