Kenapa blog?

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Atas masa yang dipinjamkan sehingga sekarang, kekuatan untuk melaksanakan urusan harian, langkah- langkah yang disampaikan ke destinasi- destinasi tertentu serta nikmat meletakkan dahi atas sejadah ketika menghadap-Mu wahai Tuhan. 

Maha Suci Allah atas segala perkara.

Hari ini merupakan titik noktah bagi sebahagian daripada kami dalam "perjuangan peperiksaan akhir semester Junior Cycle 3". Tapi, hal ini tidak bermakna perjuangan menuntut ilmu turut terputus. Ia akan bersambung balik bila semester Intermediate Cycle 1 (tahun kedua, semester 2) bermula. To learn is a lifelong process. Boleh kata mencabar juga peperiksaan kali ini. Namun, Allah mempermudahkan segala hal. Alhamdulillah. Couldn't ask more than that. :)

Baru- baru ini, ada beberapa sahabat bertanya kepada saya,

"Kenapa tulis blog?"

Soalan yang sangat bagus. Dan perkara ini memang sudah saya fikirkan sedari (sejak dari) tahun lepas lagi, selepas jaulah ke Turki selama 10 hari. Banyak sangat benda baru saya belajar, terutamanya tentang kehidupan. Melalui pengalaman- pengalaman tersebut, perspektif saya terhadap dunia berbeza. Jadi, perasaan- perasaan yang terbina melalui analisis, kajian (bunyi saintifik sikit), pembacaan serta input- input daripada "bulatan gembira",saya rasa amatlah rugi untuk tidak dikongsikan. Perasaan yang tidak dimanifestasikan melaui tindakan, hanya akan kekal sebagai perasaan. Malah, ia akan pudar ditelan waktu. Contohnya, saya masih tidak boleh recall perasaan apabila saya menang pertandingan syarahan agama peringkat daerah Gombak sewaktu berumur 15 tahun. Of course lah rasa gembira. Tapi gembira yang macam mana?

Ada seorang sister berkata, perasaan seorang mukmin adalah peringatan bagi mukmin yang lain. Dalam betul maksud kata- kata yang ringkas itu. Dan saya pahatkan kata- kata beliau dalam hati saya. Through that simple advice, it made me decided to write something permanent, and everyone can read it. Jadi, saya rasa blog adalah wadah yang terbaik untuk keputusan tersebut.

Saya harap, saya mampu menyumbang sedikit sebanyak fikiran serta pengalaman yg saya dapat sepanjang hidup saya dalam blog ini. Kalaulah saya lupa atau futur terhadap apa yang saya perkatakan, moga tulisan tulisan ini mampu menjadi peringatan buat diri yang terlalu alpa ini.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1