Hikmah 'himpunan' yang tertahan.

Assalamualaikum wbt. :)

Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Kerana masih lagi diberi kekuatan untuk bernafas hingga ke saat ini. Juga kekuatan kerana masih lagi mampu menaip butir- butir huruf menjadi ayat yang bermakna.

Sungguh, hari ini ialah hari yang sangat teruji. Teruji dari segi fizikal mahupun ruhi. Perkara ini bermula seawal pagi yang tenang. Usai bangun daripada tidur, saya sudah mendapat tanda- tanda yang badan tidak secergas biasa. Mungkin kerana batuk yang berpanjangan sepanjang malam, tidur saya menjadi kurang. Kasihan juga kepada rommate saya yang terpaksa menadah telinga mendengar batuk- batuk saya yang agak keras bunyinya.

Jadi saya sediakan beberapa biji Strepsils Lozenge sebagai persediaan untuk mencegah batuk yang kuat itu, kerana akan menggangu kawan- kawan kelas yang lain. Sampai sahaja ke kelas, pensyarah sudah bersedia untuk memulakan kelas. Seperti yang saya jangkakan, allergic cough saya semakin menjadi- jadi sedari kelas bermula pada pukul 10 pagi hingga 1 petang. Kerana tidak tahan dengan keadaan tersebut, saya mengambil Strepsils 4 biji dlm tempoh kurang setiap satu jam, meyebabkan saya berasa pening dan tidak bermaya. Saya mengambil keputusan untuk tidak menghadiri kelas yang seterusnya, untuk pulang ke rumah dan berehat dengan cukup. Maklumlah, petang nanti ada 'himpunan' yang perlu saya hadiri.

Sampai sahaja di rumah, saya berehat. Namun otak masih lagi ligat berfikir tentang 'himpunan' yang akan berlaku pada petang nanti.Allah sahaja yang tahu betapa buntu dan paniknya saya memikirkan tentang isi dan hadaf 'himpunan' yang akan saya bawa. Sejujurnya, saya berasa tidak bersedia. Mungkin agak terganggu dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Ditambah pula dengan kebimbangan saya terhadap amanah tarbiyah 'adik- adik' saya yang takut tidak dapat terlaksana sebaiknya. Allahu..

Saya terlelap. Bangun sahaj daripada lena, jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Saya lekas mencapai hp dan memeriksa Whatsapp 'himpunan', untuk mengetahui perkembangan lanjut. ternyata, sebahagian mereka tidak dapat hadir pada saat- saat terakhir kerana masalah kesihatan dan aktiviti personal. Saya tidak terkilan. Jauh sekali berasa sedih. Kerana saya rasa Allah sedang mempermudahkan urusan saya, dan juga urusan- urusan ' adik- adik' saya.

Mungkin Allah tahu dengan kesihatan saya yang tidak berapa bagus ini, saya tidak mampu menunaikan amanah tarbiyah 'adik- adik' dengan sebaiknya sekiranya 'himpunan' tersebut dijalankan. Dan mungkin Allah juga tahu, bahawa dengan tertangguhnya 'himpunna' kami pada hari ini, 'adik- adik' saya mampu menunaikan hak- hak orang/ perkara yang lebih penting.

Saya tersenyum di sisi katil. Memikirkan betapa uniknya Allah mengatur perjalanan hidup kami semua. Sekiranya Allah redha dengan sesuatu urusan yang kami lakukan, maka permudahkanlah wahai Tuhan. Kerana tiap satu amal yang kami lakukan, tiadalah kami mengetahui yang mana Engkau paling redha dan cinta. :)

"Fazakkir. Innama anta muzakkir. Lasta 'alaihim bimusoitir"




Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1