13 Oktober.

Lega.

Langkah kakiku dipercepat. Susun atur jadual pada hari ini aku perkemaskan dalam minda. Sambil mengira detik yang akan berlalu perlu diisi dengan sesuatu. Sesuatu yang mendatangkan manfaat

Kedengaran gelak tawa pemuda pemudi yang berjalan dihadapanku. Senyuman mekar tampak kelihatan pada raut wajah mereka. Atmosfera yang hangat dengan keseronokan.

 "Pasti mereka sedang membicarakan tentang sesuatu yang menggembirakan", ujar hati. Aku tertunduk. Fikiranku melayang teringatkan seorang sahabat di Malaysia yang sudah lama tidak dihubungi. Bukan tidak mahu, tetapi diri memikirkan lebih baik keadaan antara kami sepi begini.

"Andai kata- kata mampu mencarikkan hati, biarlah kita berdiam diri", pujuk hati.

                                         ***************************************

"Where are we going??", jeirt seorang gadis kepada rakan- rakannya yang lain. Fikiranku kembali ke alam realiti. Ouh, sudah sampai rupanya. 

Kaki melangkah dengan bersemangat, niat di hati diingatkan tentang tujuan utama. 

                                          ***************************************

"Kadang- kadang Tuhan hanya mempertemukan, tetapi tidak menyatukan" 


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1