Cas Iman!

Assalamualaikum wbt.

Sungguh, sekarang baru rasa susahnya nak ajak orang lain kepada kebaikan, kepada perkara yang
Allah redha itu sendiri. Bukanlah nak kata diri ini dekat sangat kepada Tuhan sampai tidak buat dosa langsung,jauh sekali syurga tu pasti menyambut saya sebagai penghuninya.

Allah, sudah pasti itu yang diimpikan. Tapi bila fikir pasal usaha untuk dapatkan syurga itu sendiri,
boleh buat jatuh menangis terduduk. Baru kena reject sikit, sudah berputus asa untuk menyebarkan
kebaikan. Baru 3 missed calls je, sudah anggap dan cop orang tersebut tidak mahukan kebaikan.
Walhal Rasulullah dahulu, 100 kali ketuk pintu rumah Abu Jahal untuk sampaikan firman- firman
Allah. Dalam masa sehari. Awak, 100 KALI kot. Dan Abu Jahal memang sedari dakwah secara jahar (jelas) di Bukit Safa memang menolak dakwah Nabi. Tapi Nabi tidak berputus asa.

Ya. Baginda tidak berputus asa.

Melalui kisah baginda itu, Allah mungkin mahu mengajar kita yang menjalani tujuan hidup sebagai khalifah untuk merenung kembali apa yang kita harapkan dalam menyebarkan kebaikan ini. Adakah redha Allah semata- mata? Ataupun pandangan, sanjungan dan pujian manusia?

Andainya yang kedua itu menjadi pilihan, dalam kita sedar atau tidak, setiap kali berlakunya 'rejection', kita pasti akan berputus asa dengan manusia dalam melaksanakan tugas sebagai khalifah. Berputus asa kepada manusia bermaksud berputus asa kepada Allah juga. Sebab Allah yang pegang hati setiap manusia, bukan kita.

Penerimaan mereka, kefahaman mereka terhadap apa- apa yang kita cuba sampaikan adalah jentikan hidayah yang Allah beri kepada manusia- manusia yang terpilih ini. Ya. Allah yang beri hidayah itu. Kita hanyalah wasilah untuk seseorang mendapat manfaat daripada usaha kita kerana Allah itu.

Maka, untuk menyentuh hati orang, hati kita haruslah berpaut dan bernaung kepada pemilik hati- hati manusia itu sendiri. Yakni Allah. Alangkah indahnya sekiranya kita mampu mengingatkan orang kepada Allah, dan perlakuan kita itu disandarkan kepada Allah.

Pasti, itu boleh menjadi hujah dan tiket untuk kita bertemu Allah di syurga. Melihat Pencipta kita. Yang sentiasa memerhatikan, menjaga, memelihara, menolong kita selama kita hidup di dunia. Alangkah indahnya hari itu! :')

Kepada manusia- manusia yang sedang berjuang, berusaha untuk menjalani tujuan hidup sebagai hamba dan khalifah di muka bumi ini, kembalilah kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kalau rasa serabut atau seakan- akan 'sesat', berhenti sejenak. Tarik nafas. Dan fikir kembali, "kenapa aku lakukan semua ini?'. "Adakah untuk Allah ataupun kepuasan nafsu semata- mata?"

Moga detikan hati yang berpaksikan Allah mampu membimbing kita untuk menjalani hidup dengan lebih teratur dan tenang, InsyaAllah. Teringat akan kata- kata seorang akhawat Gallway,

                             "Ambillah cinta di langit, dan tebarkannya di bumi"



p/s: 1)Tulisan ini lebih kepada peringatan untuk diri yang hampir terlupa bahawa gerabak tarbiyah sedang bergerak laju. Takut terlepas je.

2) Dublin is getting cold.



Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1