Doktor dan ahli syurga.

"Selamat pagi, doktor". Senyum.

"Doktor, tumpang lalu, ya?". Terus berganjak dua langkah kehadapan untuk beri ruang kepada jururawat yang sedang menolak mesin ECG di dalam wad. Senyuman berbalas.

"Doktor, tumpang tanya, doktor tahu tak area 004 di mana?". Langkah dihentikan dan diterangkan kedudukan area itu kepada pesakit.

"Doktor, sudah mahu balik ka? Hati- hati ye, doktor". Lambaian dan senyuman saling diukir dengan pakcik guard hospital. 

Impak kot putih.

Kot putih yang dipakai oleh petugas- petugas kesihatan sememangnya memberi satu gambaran yang mendalam kepada masyarakat; penyelamat nyawa/ orang yang tolong memulihkan keadaan disaat hanya kita yang berasa sakitnya diuji dengan penyakit etc. Selalunya masyarakat akan melihat kot putih ini sebagai pakaian doktor. Mind yourself, even pharmacists, physiotherapists and radiologists wear this coat. (Saya pun selalu tertukar antara doktor sdan fisioterapist haha). 

Dan masyarakat sangat memandang tinggi tugas seorang doktor. (Ada je yang selalu memperlekeh doktor juga, terutamanya golongan anti v****n) Jadi, saya perasan apabila saya memakai kot putih PMC tu, orang memang akan memberi perhatian lebih terhadap diri kita, mungkin dari segi penampilan, gaya berjalan, cara berinteraksi dan gaya diri mengendalikan suasana di dalam wad. Saya akan berasa sangat segan sekiranya orang tegur saya sebagai doktor, walhal saya bukanlah doktor pun hoho. Sebagai pelajar perubatan sendiri pun, saya masih terkial- kial dalam banyak perkara, terutamanya dalam aspek knowledge dan clinical skills (menangis) Ada sahabat pernah cakap, tak mengapa, anggap itu sebagai doa. Betul sangat, tapi saya selalu merasakan diri saya sebagai seorang yang hopeless dalam bidang yang saya cintai ini. (menangis lagi) Result saya tidaklah sehebat sahabat- sahabat lain, clinical skills saya pun masih banyak yang perlu diperbaiki. Tak mengapa Sarah. To be a great doctor is a lifelong process; it comes with knowledge and experiences. *biceps*

Kenapa saya segan? Sebab saya tidaklah memberi impak apa- apa pun dalam proses pemulihan kesihatan pesakit seperti doktor- doktor yang sudah bekerja, bertungkus lumus menyelamatkan pesakit yang beratus/ beribu di hospital tersebut. Terasa macam kita ambil kredit pula atas usaha orang lain lol. Okay, back to topic.

Saya boleh konklusikan disini bahawa orang sangat memandang tinggi title yang dipegang oleh seorang doktor, Wujud satu expectation bahawa doktor ini orang yang perfectionist, pandai, berdisiplin, baik hati, orang yang paling mustahil untuk sakit etc. Kiranya, dengan title doktor di hadapan nama, seseorang itu akan dihormati/ disegani. Dalam fikiran, bermacam- macam jenis expectations mula hadir. (Well, expectation kills)

Selepas selesai bed side teaching dengan Dr C di wad hematologi, saya bermuhasabah di sepanjang jalan ke PMC. Kalaulah dengan title dr/ kot putih boleh membuatkan kita dikenali sebagai "someone", bagaimana pula kita sebagai muslim, dan to be exact, sebagai ahli syurga?

Ahli syurga.




Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1