Of pakcik, death and slave.

Cerah cuaca pagi ini. Alhamdulillah. Terasa seperti disuntik dengan satu semangat yang baru. Terima kasih buat Tuhan yang menciptakan langit yang cantik tanpa cacat cela. Semalam punyalah lebat hujan. Langit nampak sangat gloomy. Semacam satu refleksi buat hati yang tengah bercelaru dan terkapai- kapai hampir lemas..

****

"Doktor, buah pinggang saya rosak ke?"

"Ha'ah pakcik. Ada naik sikit bacaan kat buah pinggang pakcik. Tak elok ni". Lembut je Dr S balas. Senyumannya tak pernah lekang daripada bibir.

"Teruk sangat ke? Saya akan mati ke dalam masa terdekat?", suara pakcik mula bergetar.

"Eh pakcik. Don't say like that. Buah pinggang pakcik masih dapat lagi bertahan. Tapi kalau pakcik tak kawal makan, tak makan ubat, lama- lama boleh jadi teruk. Kalau pakcik buat semua yang saya suruh, pakcik boleh hidup untuk jangka masa 10 tahun lagi, 15 tahun atau 20 tahun". Bersungguh- sungguh doktor S explain kat pakcik. Saya yang sedang berdiri hanya melihat dan mendengar setiap butir- butir perkataan dan pergerakan dari jarak kurang dari 1 meter. 

Jeda antara mereka berdua. Hanya bunyi aircond, tu pun sayup- sayup kedengaran.

"Doktor, saya rasa saya takkan hidup dalam masa 5 tahun ini. Apatah lagi dalam masa 10 tahun akan datang. Saya tak mahu."

"Eh pakcik kenapa cakap macam tu?"

Dia terdiam lagi. Kemudian pakcik sambung, "Sekarang ini terlalu banyak masalah; duit tak cukup, masalah keluarga, masalah pekerjaan, masalah dengan kawan- kawan. Saya rasa tak sabar nak tinggalkan dunia ini. Sebab letih dengan masalah yang banyak sangat".

"Aiyyo pakcik, if God wills okay? But for now, you'll be fine". Doktor tersenyum pahit.

"I don't want to live longer. I want to die, doctor"

***

Kisah yang terjadi di salah satu klinik pakar di hospital kerajaan pagi tadi membuatkan saya berfikir; apakah mati merupakan escapism yang hakiki untuk lari daripada masalah- masalah di dunia ini? 

Hidup ini hanyalah persinggahan. Persinggahan sebelum kita pulang ke "kampung halaman" kita, syurga. Seandainya kealpaan dan keseronokan terlalu dinikmati di tempat persinggahan yang sementara ini, bimbang kita akan lupa akan jalan pulang bertemu Tuhan.

Nabi kata mati ialah sebaik- baik peringatan. Peringatan hakiki tentang keberadaan kita di dunia tidak lain hanya sebagai hamba. Nothing else stays and alive for eternity except Allah. Dia yang menciptakan, Dia yang mematikan.

Mungkin antara asbab kenapa Allah cipta hidup di dunia ini tidak senang, perlu bersusah- payah untuk dapatkan sesuatu, kadang- kadang gagal dalam mengejar kejayaan, nikmat dan dugaan adalah ujian, adalah untuk mengingatkan kita bahawa manusia sangatlah incapable in achieving dreams they want, accept with Allah's will. Kita akan lebih kenal hakikat menjadi hamba. Kita akan kenal hakikat Allah sebagai Tuhan yang Maha Besar dan Berkuasa. Maka pergantungan kita kepada Dia akan menjadi lebih tinggi dari langit ketujuh.

Mungkin dengan menjadi hamba yang sebenar- benar hamba, kita capable untuk kembali ke "kampung halaman" yang dirindui. 

ps: tengah lost. And today, He taught me something about life. A simple one, but it's so profound cause I almost forget about it.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1