The unseen hikmah.

Penat mata ni menangis.

Pagi- pagi dah "banjir" bilik dengan esakan budak berumur 23 tahun kat tepi katil. (Macam budak- budak je kan?) Huhu. Tapi bagi saya, menangis is a good way to express my feelings. Tak suka tahan perasaan sedih lama- lama dalam hati. Tak boleh nak buat kerja lepas tu. Call me 'manja' or 'hati tisu', I don't mind because this is me. Haha.

Alkisah cerita sedih ni bermula pagi tadi. Sebelum pagi tadi, saya diberitahu oleh one of my usrahmates pada Isnin lepas, bahawa akan ada usrah kabilah (uskab) UKE area KL/Sel yang akan dijalankan di Serdang (Imanshoppe). I was so hyped up because it has been three weeks of holiday without usrah. (Altho I did few things to make sure my iman gets enough bekalan for its survival, I still feel insufficient. I feel empty to some point of my life)

So I told my mother about this matter and she agreed to let me join the usrah. I marked the day and was looking forward to meet and hear some taujihat and advices from murabbi. Everyday was fine and tiring (as I have to drive everyday, almost all day long to manage my brother entrance into his new college and so many dramas for the last two weeks...). In spite of the hectic days, I feel Allah is guiding me through the roller coster feelings and He gifted me with some silent moments with Him. It was calmest and happiest moment, I tell you when we get chances to talk and whisper prayers, pour all of our worries and concerns in the midst of the night. Nothing beats that. So I think, the night reflection is more relatable and effective for that day. 

Okay, fast forward, hari yang ditunggu- tunggu pun muncul. 12 Ramadhan. How time flies. Sigh. Bersiap- siap la pagi ni. Nak ke uskab kan. Tapi ada satu kekangan, which is transport. Ibu guna kereta untuk ke pejabat, so my plan was to call a taxi and go to KTM Rawang. But the prob is, Ibu does not allow me to go alone as it is dangerous, and Iwan got stomach ache. So he cannot accompany me. Plus, we have to meet ayah at hotel located near to bangunan Mara for iftar jama'ie in the evening. The schedule is quite hussle. I tried to call a few of my friends, asking for help but it turned out that no one answer my phone call or ws. (Maybe they did not notice or terlajak tidur hehe). I was getting worried as the time  is running out and uskab starts at 11 am! (Waktu ni tengok jam dah pukul 9 lebih)

And suddenly something strikes into my mind, "ya Allah, kenapa benda ni tak dipermudahkan? Kau memang tak bagi aku join ke uskab tu? Tapi aku nak belajar pasal Kau, pasal islam".

Time tu dah start rasa sebak. I started to recheck and ask myself; why I want to go to the uskab? 

I tried to contact balik my usrahmates. Air mata tak dapat ditakung lagi. Maka terduduklah Siti Sarah di birai katil sambil meminta pertolongan siapa- siapa yang available untuk ambilnya di Rawang walaupun tahu macam mustahil sebab Rawang Serdang ain't near maka terjadilah drama air mata selama 15 minit. 

Waktu tu, rasa macam loser sangat dan rasa macam kenapa Allah tak izinkan aku ke uskab. Did I commit too many sins sampai I was prevented to join the halaqah? Rasa macam rebel dan marah sangat sebab I was trying to do good things kenapa tak boleh? 

Until one of akhawat whatssapped me and asked about my condition. I told her about my situations and concerns sambil menangis balik (lol drama la Sarah ni). Then she said,"don't worry Sarah. Ada la hikmah tu. You never know the future, you know?" Her words are simple yet so profound. To some of us, it sounds so cliche. But she said the right things at the right time in a right way. Yup. She's right.

Maybe if I were allowed to join the uskab, I might have loads of problems in the future. My brother, monetary and transport problem, I might be late for the iftar etc. Then I wiped my tears, asked my usrahmates that already in the halaqah to record or jot down the taujihat and share it with me in the future. 

Lepas tu teringat la buku yang dibaca sebelum tidur malam tadi, Jadid Hayatak karangan Sheikh Muhammad al- Ghazali tentang ketetapan dan ketentuan Tuhan. He wrote, Rasulullah saw bersabda,

"Seorang hamba tidak dikatakan mukmin sejati hingga mengimani takdir yang baik dan yang buruk, dan hingga meyakini bahawa apa yang ditakdirkan akan menimpanya pasti tidak akan luput darinya dan apa yang ditakdirkan pulut darinya pasti tidak akan menimpanya" (HR al Tarmidzi)

"Termasuk kebahagiaan manusia adalah ikhlas pada apa yang sudah Allah tentukan baginya dan termasuk kesengsaraanya adalah tidak mahu meminta petunjuk pada Allah dan membenci apa yang sudah Allah tentukan baginya" (HR al Tarmidzi)

There you go, Sarah. Setepek kena peringatan dari Allah. It's like Allah is directly testing me with things I have learnt before. Huhu. 

"Jika kita berupaya memahami takdir sebagai ketentuan yang berada di luar jangkaan manusia dan kemudian kita mahu menerima semua ketetapan Allah, baik ketetapan yang baik mahupun yang buruk, maka pasti kita akan tenang dan jauh dari kegelisahan. Anda dapat melihat bagaimana orang bijak bersikap neutral atau bahkan bersikap tenang saat mendapat musibah mahupun kesenangan", ujar Sheikh Muhammad lagi.

Sememangnya apa yang dilalui pada sehari- harian kita telah diatur cantik oleh Allah. Mungkin sahaja pilihan- pilihan yang dilakukan dan diizinkan terjadi oleh Allah, punyai 1001 hikmah yang tidak diketahui. Mungkin saya perlu bersikap lebih berlapang dada di masa hadapan dengan perkara- perkara yang bakal berlaku walaupun mengikut perkiraan saya, menghadiri uskab itu baik sebab ianya bukanlah majlis maksiat atau seangkatan dengannya. Tetapi ada tarbiyah yang Allah mahu ajarkan pada saya hari ini, iaitu sikap ikhlas dan tenang dalam menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan saya. 

Tarbiyah ini lebih dekat mungkin dengan hati saya, sebab terlalu mengharap pada uskab untuk mengisi hati tetapi lupa Allah ialah murabbi agung, sejati dan sepanjang masa. Sentiasa mengawasi dan menjaga saya. 

"Dan bertawakkalah kepada Allah yang Hidup, Yang tidak mati, dan bertasbihlah dengan memujiNya. Dan cukuplah Dia Maha Mengetahui dosa hamba- hambaNya." (25:58)

Soothed enough by Allah's words. So this is my muhasabah for today. How about you? :)

Nota kaki: Salam Jumaat al Mubarak dan Ramadhan Kareem. Al- Kahfi jom? :D


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1