Cerpen: Cerita Kita (Part 1)

Cepat- cepat dia menaiki tangga rumah dua tingkat itu. Gaya macam orang yang tak cukup tanah. Beg tangan Kipling yang bewarna biru gelap dipeluk erat. Tak lama selepas itu..

Dang!!!

"Astaghfirullahal adzim", serentak Balqis dan Muadz mengucapkan istighfar kerana terkejut dengan bunyi hempasan pintu yang amat kuat itu. Muadz berhenti membaca kitab Ihya' Ulumuddin dan memandang Balqis. Balqis yang sedang menyusun kuih lapis untuk minum petang juga berhenti daripada meneruskan rutin hujung minggunya itu dan memandang suaminya kembali.

Hening seketika untuk beberapa detik. Hanya bunyi kipas yang menemani suasana antara Balqis dan Muadz. 

"Kenapa dengan Sumaiyah tu?", tenang Muadz bertanya kepada Balqis. Kitabnya disusun kembali di rak buku yang terletak bersebelahan dengan kerusi bacaannya. 

"Hurm. Nampaknya anak kita ada masalah la abi. Takpelah, biar ummi pergi berborak dengan dia", balas Balqis sambil tersenyum kepada Muadz.

"Are you sure? I can talk to her if you want to", Muadz mula berjalan ke arah meja makan mereka.

"Yeah, I am sure. I think it's a girl- things- related- problem", Balqis mula membasuh tangan di sinki ruang makan dan mengeringkan kedua- dua tangannya itu pada napkin yang tergantung di atas sinki tersebut.

"Okay then. If you say so. Ummi jangan lupa ambil wudhu' dan perbanyakkan doa sebelum berborak dengan anak kita tu. Minta Allah lembutkan hatinya", pesan Muadz kepada Balqis. Dituangkan jus oren ke dalam gelas yang disediakan isterinya yang tercinta itu. 

"InsyaAllah abi. Jazakallahu kheir untuk ingatan itu. Ummi hampir lupa pula", Balqis mula mengorak langkah menuju ke tingkat atas. Matanya tidak putus daripada melihat ruang atas, hatinya pula tidak berhenti- henti daripada beristighfar dan berselawat. 

"Sumaiyah, Sumaiyah... Moga Allah bimbing hatimu wahai anak", doanya dalam diam.

*****

Tisu yang sudah digunakan digumpal- gumpal dan dibuang ke dalam tong sampah yang berada di kaki katilnya. Sumaiyah menarik lagi tisu baru dari kotak Klenex itu. Air mata tidak henti- henti mengalir sama seperti air hidungnya. Tetapi hal itu tidak mampu menggambarkan perasaan kecewanya setelah melihat kejadian tadi. 

"I could not believe you would do this to me" , bisik hati Sumaiyah. Bibirnya diketap kuat. Dicuba untuk memujuk hatinya yang terbakar dengan api kemarahan dan kekecewaan, namun gagal. Air mata sebagai bukti bahawa dia mencuba untuk bersabar tetapi ianya tidak mudah.

Dia membaringkan dirinya di atas katil. Esakannya masih ada, cuma tidak seteruk tadi. Tudung, sarung lengan dan kaki masih lagi ada pada dirinya. Dia tidak kisah akan fizikalnya. Fokusnya masih kejadian tadi. Matanya memandang kosong pada siling bilik. 

"If you give hopes to people,you'll be dissapointed."


Tok tok tok. Pintu diketuk perlahan. Mesti ummi atau abi datang. Sumaiyah mendiamkan diri. Cepat- cepat air matanya dikesat dengan hujung lengan jubahnya. Dia segera duduk sambil bersila di atas katil dan dicapainya buku di atas meja yang terletak bersebelahan dengan katilnya itu. Kemudian dia pura- pura membacanya. Muntalaq. Bantai jelah.

Tok tok tok, pintu diketuk lagi. Kali ini bunyinya lebih jelas, tetapi tidak terlalu kuat. 
"Masuk", Sumaiyah memberi kebenaran. 

Dia lihat sebahagian tubuh umminya berada di dalam biliknya. Umminya menjenguk sedikit dari pintu itu. 

"Assalamualaikum Sumaiyah. Ummi masuk ya?", tanya Balqis sambil tersenyum. Untuk kepastian.

"Waalaikumussalam Ummi. Boleh. Ummi masuklah", balas Sumaiyah dengan perlahan. Dia tidak mahu umminya dapat kesan perubahan suaranya akibat terlalu banyak menangis. Dipaksa dirinya untuk tersenyum untuk membalas senyuman umminya yang sangat disayangi. 

Balqis dapat mengesan perubahan daripada suara anak sulungnya itu. Seperti suara orang baru lepas menangis. Tersentuh naluri keibuannya melihatkan keadaan Sumaiyah.

"Sumaiyah sayang, kenapa Sumaiyah masih tidak buka kerudung tu? Stokin pun masih Sumaiyah pakai. Aik, Sumaiyah baca apa tu? Kan gelap ni. Nanti rabun kan. Ummi buka lampu bilik ya?", Balqis cuba menyusun kata- kata. Dia tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Sumaiyah membiarkan umminya membuka lampu bilik. Dia malu sendirian. Taktik acah- acah membaca untuk menghalang umminya daripada curiga hanya menyebabkan keadaan itu berlaku sebaliknya. 

Balqis berjalan ke arah katil Sumaiyah dan dia mengambil keputusan untuk duduk berhadapan dengan Sumaiyah yang sedang bersila itu. Kemudian diambil buku Muntalaq dan diletakkan disisinya. Lalu diambil kedua- dua tangan anak perempuannya itu, dan digenggam erat. 

"Sumaiyah, I just want to let you know that if you have anything that bother your feelings or thoughts, Ummi is here, willingly to help you deal with it. Abi pun sama. You know that we love you so much kan?", Balqis memulakan bicaranya dengan lembut. Matanya yang redup itu tidak meninggalkan tempat selain daripada mata Sumaiyah. 

Sumaiyah terharu dengan kata- kata Balqis. "Ish ummi ni memang pandai main psychology la. Lemah betul. Yelah, ummi kan seorang pakar psikiatri mestilah dia expert dalam hal ni", omel Sumaiyah dalam hati. Dia tidak berani membalas pandangan umminya itu. Tidak bersedia lag mungkini. "Baik ummi. InsyaAllah Sumaiyah tahu tu". Dia menggenggam balik tangan umminya.

A positive sign. Looks like she already break down the wall. Balqis tersenyum memandang Sumaiyah. Semua features wajah Sumaiyah miripnya ketika muda, kecuali hidung dan warna kulit. Hidungnya yang mancung dan kulit cerah persis Muadz, abi kepada Sumaiyah.

"Do you wanna talk about it?", Balqis mula 'mencucuk- cucuk' Sumaiyah dengan open- ended question.

"Erm. Let me think. Okay, I will talk about it. Plus, I need someone to help me to rationalize things that just happened to me", Sumaiyah mula berasa selesa untuk bercerita kepada umminya. Selama ini, hanya ummi sahaja yang berjaya membuatnya berkongsi segala masalah yang ada, tak kisahlah masalah tersebut kecil atau besar. Tetapi sukar sekali untuk Sumaiyah buat hal yang sama dengan sahabat- sahabatnya. Bahkan mereka selalu mengganggap Sumaiyah sebagai seorang yang sangat perahsia walaupun dia kelihatan periang dan happy- go- lucky. 

"Alhamdulillah, okay, just throw it.", Balqis tersenyum lebar. Genggaman tadi dilepaskan dan diletakkan tangan atas pahanya. Sumaiyah pula menongkat tangannya kebelakang. "Ummi mahu dengar cerita Sumaiyah".

Sumaiyah mula bercerita tentang kejadian di kafeteria universitinya. Betapa dia kecewa kerana lelaki yang telah "menyentuh" hatinya, yang telah berjanji untuk membina masa depan sama- sama dengannya telah berlaku curang dengannya. Dia terlihat lelaki tersebut sedang date dengan seorang wanita yang cantik dan bergaya. Mereka kelihatan sangat bahagia, siap boleh bertepuk tampar. Duduk pula bukan main dekat. Matanya mula terasa panas. Air mata mula mengalir. Balqis dengan lekas menghulurkan tisu kepada Sumaiyah. Sumaiyah menyambung ceritanya mengenai latar belakang lekaki tersebut. Kos kejuruteraan. Orang Shah Alam. Sebaya. Anak pensyarah UPM. Pemain bola keranjang universiti. Mungkin dia tidak sangka Sumaiyah yang mengambil kos undang- undang akan ke kafe pelajar kejuruteraan untuk meeting persatuan kebajikan yang disertainya. Tetapi dia tidak tahu akan kehadiran Sumaiyah di situ. 

Balqis membiarkan Sumaiyah bercerita dengan bersungguh- sungguh. Sekali- sekala dia akan menghulurkan tidu kepada anaknya itu atau ditepuk- tepuk bahunya.

"Sumaiyah minta maaf kerana merahsiakan hal ini daripada pengetahuan ummi dan abi. Sumaiyah ingat dia akan contact ummi dan abi sebab dia kata dia serius untuk kahwin dengan Sumaiyah. Tapi Allah dah tunjuk kat Sumaiyah, siapa dia yang sebenarnya. Lagipun Sumaiyah rasa ummi dan abi akan marah dan tak faham dengan perasaan Sumaiyah. U. Dan Sumaiyah tak nampak apa hikmahnya semua ini berlaku", Sumaiyah tunduk.

Balqis menarik nafas. Dia mengucapkan selawat dan istighfar sebelum memulakan bicara. Butir bicara perlu disusun mengikut sesuaian umur anaknya ini. 21 tahun. Hal- hal hati memang menjadi ujian terbesar untuk anak- anak yang berasa dalam lingkungan umur 16- 25 tahun. 

"Sumaiyah nak dengar satu kisah tak? Ummi tak pernah ceritakan kisah ni kat mana- mana anak ummi termasuklah Aisyah, Nuh, Ubaidah, Hafsah dan Hakim", Balqis cuba menarik perhatian Sumaiyah.

"Haha ummi, Hakim tu kan baru setahun lebih. Mana la dia faham apa- apa. Sudah tentu Sumaiyah nak dengar", balasnya dengan teruja.

"Baiklah kisahnya bermula di lapangan terbang......"

***


Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1