The unseen struggles.

Saya rasa belakangan ini Allah sangat menguji saya dengan perasaan- perasaan mazmumah yang sentiasa hadir hinggap di hati ini. Skala kesusahannya: 10/ 10. Sebab apa- apa yang melibatkan hati, pasti ianya akan membentuk tindakan- tindakan yang diambil serta cara fikir dan pandang terhadap sesuatu atau seseorang. 

Bukanlah nak kata sebelum ini saya bebas terus daripada perasaan- perasaan tersebut seperti buruk sangka, tidak sabar, tidak tawadhu' dan sebagainya. Tidak sama sekali. Tetapi yang buat saya terkilan ialah saya sedar akan kehadiran perasaan- perasaan ini, namun sukar sekali untuk saya menghilangkannya. Saya berasa kesal dengan diri ini tatkala hati sangat "bergaduh" besar dalam membuat keputusan untuk menolak ketepi hal- hal tersebut. Ianya satu perjuangan yang tidak mudah. Apatah lagi senang.

Moga Allah mengampuni dosa- dosa saya ini :'(

Moga Allah beri kekuatan untuk lebih mujahadah dalam melawan nafsu dan amarah diri.

Moga Allah berikan ilham untuk berhadapan menghadapi perkara- perkara yang menguji kesabaran.

Sesungguhnya, iman saya yang compang- camping menyebabkan hal ini terjadi. Muhasabah saya dalam perkara ini ialah; apa guna solat yang banyak, Al Qur'an yang dibaca berhelai- helai muka surat, surah- surah dihafaz, usrah tidak tinggal tetapi masih lagi tidak berusaha untuk berubah ke arah lebih baik? Adakah ibadah- ibadah tersebut sekadar menjadi rutin yang tidak tertanam dalam hati rasa takut kepada Allah? Sedangkan Allah kata "sesungguhnya solat itu mencegah daripada   keji dan mungkar".

Pentingkan diri.
Tidak menunaikan hak- hak manusia lain.
Sombong.
Ego tinggi.
Mudah nak marah.
Mengamuk tak tentu pasal.
Tak boleh ditegur.
The list goes on.

Pelik jelah, bila kata ikut tarbiyah, tetapi manifestasi amal tidak seperti orang yang sebegitu. Bahkan, orang yang tidak mengikut tarbiyah lebih baik dan mungkin lebih ikhlas dalam beramal! Kita beriman dengan tarbiyah taghyir (pendidikan yang merubah) tetapi sejauh mana kita sudah berubah mengikut kapasiti kefahaman dan kemampuan kita?

Adakah ayat- ayat seperti "ini struggle saya, awak mana tahu" atau "change needs time" menjadi gula- gula halwa telinga agar orang lain tidak judge perlakuan kita atas nama kita orang yang mengikut tarbiyah? Ya. Kita semua tidak sempurna bahkan tidak akan sempurna. Namun galakan yang Allah berikan dalam al Quran dan as Sunnah sepatutnya menjadi azimat untuk kita berusaha ke arah kesempurnaan. Moga kita dijauhkan daripada sikap suka memberi alasan- alasan untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

Takutlah kita, sekiranya kita hanya pandai memberi alasan kerana kita tidak mahu meninggalkan jahiliyah- jahiliyah dalam diri kita. Ataupun menggunakan alasan tersebut untuk kita berasa selesa dengan keadaan diri ini. Benar, orang akan sentiasa berikan ruang dan peluang untuk kita berubah. Namun sejauh mana kita jujur dengan Allah dan diri kita bahawa kita sebenarnya memang sedang berubah? 

Dan sejauh mana kita benar- benar berusaha untuk berubah atau struggle dengan diri ini? Sejauh mana kita meminta bantuan akhawat atau sahabat- sahabat lain dalam kita memperbaiki diri? Atau kita mahu sekadar berbicara kosong di mulut, tanpa mengharapkan tolakan atau diri untuk berubah? Wahai diri, Allah sedang menjadi saksi atas perlakuan ini. Kerana asbab utama, titik penolak utama untuk pengislahan ini ialah Allah, bukan manusia. Hidup ini pun dijalani untuk mendapat redha Allah bukan manusia.

" Telah semakin dekat dengan manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia) berpaling (dari akhirat). Setiap diturunkan kepada mereka ayat- ayat baru dari Tuhan, mereka mendengarkannya sambil bermain- main. Hati mereka dalam keadaan lalai. Dan orang- orang yang zalim itu merahsiakan perbicaraan mereka, "(orang) ini (Muhammad) tidak lain hanyalah seorang manusia (juga) seperti kamu. Apakah kamu menerimanya (sihir itu) padahal kamu menyaksikannya?" (21: 1-3)

Coretan ini secara khusunya buat diri yang serba kekurangan dan penuh dengan kotoran- kotoran dosa. Dan umu buat hati- hati diluar sana yang sedang berusaha mengislahkan diri kerana Allah :)

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1