Doktor yang robot?

Alhamdulillah Allah telah memberi saya peluang untuk merasai dan mempelajari erti kehidupan dan pengalaman di posting perubatan am. Tak dinafikan perasaan saya sepanjang posting tersebut ada yazid wa yankus (naik dan turun), kadang- kadang di 2 pengakhiran ekstreme pada keduanya. 

Kini, saya sedang menghadapi surgeri posting pula. Minggu pertama di Hospital Seberang Jaya dan minggu kedua di General Hospital (GH) Pulau Pinang. Saya akui posting kali ini agak mencabar terutamanya dari segi fizikal, mental, rohani dan intelligent (kepandaian). Mana tidaknya, setiap hari ada bed site teaching (pengajaran dan pembelajaran di wad atau klinik) dengan pakar bedah atau tutor yang berbeza, perlu berada di hospital sebelum pukul 8am. Pernah sekali tu saya keluar pukul 6.20am ke hospital kerana BST kami bermula pukul 7am!

Selama seminggu di GH, saya langsung tidak berkesempatan untuk bersarapan. Kadang- kadang makan sekeping biskut coklat. Kemudian makan secara proper ketika lunch. In terms of fitness, BST kadang2 akan mengambil masa selama berjam- jam. Saya pernah menghadiri BST yang memerlukan kami untuk berdiri selama 4 jam, straight. Pernah juga berdiri di operation theatre selama 5 jam berturut- turut tanpa sarapan. Nasib baik tak pengsan atau pitam. Allah sahaja yang menguatkan. (Nampaknya kena lebih kerap jogging lol)

Dan di posting ini jugalag saya menyaksikan 2 kematian di hadapan mata kepala saya sendiri. Hal ini sangat mencalar dan memberi kesan yang mendalam pada hati saya. *akan bersambung*

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1