85 cents.

Sumaiyah melihat jam tangannya. Nampaknya jadual harian yang telah dia rancang semalam lari deripada perancangan asal. Dia terpaksa korbankan 2 jam yang berharga demi memenuhi undangan sahabat di majlis rumah terbuka mereka.

"I should've been more strict with my time. Looks like I have to reschedule everything all over again", omel Sumaiyah sambil mempercepatkan langkah. Ternyata keputusan untuk menukar bas di Dawson Street tidaklah begitu baik, kerana terlalu ramai manusia membanjiri kawasan tersebut serta kawasan sekitarnya. Hal ini lebih membataskan dirinya untuk bergerak dengan cepat.

"This is not good", bisik Sumaiyah. Langit kelihatan semakin mendung. Mungkin dalam masa 5 minit lagi "rahmat" dari langit akan turun membasahi bumi Dublin. Dan tekaan Sumaiyah itu tepat. Dalam keadaan dia berjalan laju seperti kebiasaan penduduk Irish yang lain, hujan mula menitik dan menampar lembut pipi Sumaiyah.

Sumaiyah segera berlari- lari anak. Kebanyakan pejalan kaki yang lain mula membuka payung untuk melindungi diri mereka daripada basah. Sesetengah daripada mereka memakai baju hujan. "Gasaklah kalau hujan kat Dublin ni lebat macam kat Kuala Lumpur nuh. Maunya lencun depa ni. Payung pun takkan berkesan la nak halang daripada tak basah". Tak boleh bayangkan macam mana reaksi orang Irish kalau hujan di Ireland ini selebat di Malaysia. 

Ketika Sumaiyah melintasi bangunan tinggi yang memuatkan kedai pakaian- pakaian yang berjenama, dia ternampak seorang pakcik homeless yang kesejukan sedang berselindung disebalik sleeping bag yang sudah lusuh. Pakcik tersebut memegang bekas minuman Costa yang kosong, sambil menyuakan bekas tersebut kepada orang ramai yang berjalan di hadapannya, mungkin mengharapkan secebis rasa kasihan daripada mereka. 

"Please help me, I need some food". Sumaiyah terdengar kata- kata pakcik Irish itu kepada sepasang pelancong yang hendak memasuki gedung pakaian, tetapi mereka tidak menghiraukan pakcik tersebut. Sumaiyah meneruskan hayunan langkahnya selepas melintasi pakcik homeless itu. Tiba- tiba, hati Sumaiyah berasa tidak tenang.

"Kenapa kau tak pergi tolong dia? Dia tengah desperate tu. Gaya dia tak macam tipikal sindiket Gipsi yang kat tepi- tepi jalan di RCSI atau O'Connel Bridge yang mungkin menipu. Dia pun nampak menggigil- gigil kesejukan kau tahu tak".

"Lah, nak tolong buat apanya. Duit kau pun tinggal 85 sen je. Kau nak bayar tambang bas dengan apa? Kertas kosong? Duit dalam bank kau pun da tak cukup nak bayar tambang ni. Nanti ada la orang yang akan tolong dia tu".

Hati Sumaiyah seakan sedang berperang. "Peperangan" yang akan mewajahkan sensitiviti iman kepada sesuatu keputusan yang diambil. Sumaiyah berhenti di persimpangan jalan. Dia mengambil keputusan untuk berfikir dan membuat keputusan.

"Tapi, Allah yang mencukupkan. Mungkin saja bila aku berusaha untuk mencukupkan rezeki orang lain, Allah akan mencukupkan rezeki aku dan memudahkan urusan- urusan aku.". Sumaiyah teringat perkongsian pengalaman salah satu sahabat usrahnya yang menceritakan tentang bagaimana Allah mentarbiyah dirinya mengenai Allah yang Maha Mencukupkan. 

"Apa la sangat 85 sen boleh buat. Tapi tak mengapalah, mungkin cukup untuk pakcik itu beli makanan dan alas perutnya. Hanya Allah yang mencukupkan".

Sumaiyah berpatah balik ke pakcik homeless tadi. Sambil berjalan, Sumaiyah mengeluarkan dompet dari saku kot hitam yang dipakainya. Dia segera mengeluarkan syiling euro yang berjumlah 85 sen, duit terakhir yang dia miliki. Sumaiyah tersenyum. Dia yakin dengan keputusannya.

"Hi there! How are you", Sumaiyah menyapa pakcik homeless dengan ramah. 

"Hi", dia tersenyum lemah. Sumaiyah segera memasukkan syiling tersebut ke dalam bekas minuman Costa yang sudah separa kemek. 

"I'm sorry because I only have 85 cents. I wish I have more. But I hope you'll be happy next time", kata Sumaiyah kepada pakcik Irish itu sambil tersenyum.

Tidak semena- mena, mata pakcik homeless mula berkaca- kaca. Wajahnya mulai merah. Sumaiyah juga mula berasa panik. Adakah pakcik ini marah? Atau gembira?

"Thank you young lady. Thank you so much. This is more than enough". Sumaiyah terkesima. Betapa gembiranya pakcik tersebut dengan pemberian Sumaiyah yang tidak seberapa itu. 85 sen je pun bagi Sumaiyah. 

Hati Sumaiyah berbunga- bunga melihatkan senyuman yang terukir di wajah pakcik homeless. Jika sebelum ini wajah dia akan kelihatan lesu, sedih dan tidak bermaya sahaja. 

Sebelum melangkah pergi, Sumaiyah melafazkan kata- kata terakhir kepada pakcik tersebut, "May God bless you, may God bless you".

"May God bless you, young lady. May God bless you", pakcik itu membalas dengan senyuman yang masih tidak pudar. Matanya bulat dan bercahaya. Sumaiyah mula menghayunkan langkahnya. Semasa Sumaiyah ingin melintas jalan, dia terdengar suara pakcik Irish yang homeless itu sayup- sayup.

"May God bless you, young lady. May God bless you".

Hati Sumaiyah yang berasa gundah- gulana pada 20 minit lalu terasa ringan seperti kapas yang berterbangan ditiup angin. Tenang sangat. Tenang dengan "doa" pakcik homeless. Tenang yang lain macam.

"Siapa sangka, 85 sen yang kelihatan kecil nilainya, sangat memberi makna bagi orang- orang yang memerlukan. Perasaan gembira yang terhasil kerana kegembiraan orang lain sangat menakjubkan. Lebih- lebih lagi jika kita menjadi sumber kegembiraan orang lain. Agaknya, sebab itu ada orang yang suka sangat membantu orang lain walaupun dia sendiri tidak berapa senang atau kaya. Tapi perasaan tenang kerana hal ini memang tak boleh dibeli dengan wang atau harta. And maybe that's how Rasulullah feels when he gives da'wah to the others. Qudwah qobla da'wah (Qudwah sebelum da'wah). Da'wah baginda offers "kehidupan" kepada manusia. Kehidupan untuk dunia dan akhirat. So that's why Rasulullah tak berhenti preach and practice his preach untuk bawa manusia kepada Allah, sebab hati baginda pun hidup dengan buat macam tu. Now, that make sense!", pesan Sumaiyah kepada dirinya sendiri.

"Terima kasih Allah. Untuk rasa yang sangat manis dan berharga ini. Sesungguhnya, aku sangat yakin bahawa Engkau yang akan mencukupkan rezeki hamba- hambaMu, kerana Engkaulah Tuhan kami. Pada saat ini, aku berlepas dada dengan setiap yang Engkau aturkan buat diriku. Moga aku redha dengan pilihan-Mu. Dan moga ia mampu menjadi saham untuk aku di akhirat kelak, insyaAllah", doa Sumaiyah dengan bersungguh- sungguh di dalam hati.

"I hope this feeling will be lasted forever", bisik Sumaiyah dalam diam. Dia berhenti melangkah dan berteduh di bawah tempat menunggu bus yang berhadapan dengan Whitefriar Church. Burung- burung berterbangan secara berjemaah dari bumbung gereja, menandakan senja mula mengambil alih warna langit.

Dan bas 16 pun sampai.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1