Random #2


Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tuhan yang menguasai seluruh alam, baik di langit mahupun di bumi serta diantara keduanya. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW untuk segala usaha baginda menyebarkan Islam ke seluruh alam. 

Pada ketika ini, saya berada di lapangan terbang Heathrow, London. Saya perlu melalui dua transit untuk sampai ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Pertama di Heathrow, kedua di Abu Dhabi. Saya kira, jumlah perjalanan saya di langit (tidak termasuk transit dan delay) ialah 14 jam. 14 jam tanpa menjejakkan kaki ke tanah. Makan minum di langit. Buang air pun di langit. Solat dan membaca Al Qur'an pun di langit. Tidur pun kat langit. Some people were so excited about flying with airplanes because of these matter. (Maybe. To some people)  

Seronok jelah dengan rezeki yang Allah bagi ini. Tapi, muhasabah saya sepanjang perjalanan ke London menaiki Aer Lingus membuatkan saya terfikir, bahawa kehidupan di darat lebih menggembirakan dan menenangkan jiwa. (Lol) Tapi betul je sebenarnya. Hati tidaklah tenang mana sepanjang atas flight. Selalu terbayangkan situasi- situasi yang tidak sepatutnya terjadi bila kapal terbang mula naik ke langit. Mati bila- bila sahaja akan terjadi. Cara kematian kita sudah ditetapkan sejak azali. Dan kita juga berpeluang untuk menetapkan cara kematian kita; sama ada secara husnul khatimah atau su'uL khatimah.

Baiklah, gate untuk ke Abu Dhabi sudah dibuka. I better make a move now. Will continue this writing at Abu Dhabi insyaAllah. 

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1