Random #1

Assalamualaikum wbt semua :)

Sudah lama nampaknya sejak kali terakhir saya menulis di blog ini. Well, let see.. My last post was A MONTH ago. *sigh* I should've been more up- to- date in everything I do. The feeling of "nak menulis" tu selalu je datang. Especially bila momen- momen yang rasa menarik, boleh dibawa muhasabah dan absurd berlaku. Tapi karangan tentang peristiwa itu hanya di dalam minda, tidak diterjemahkan ke dalam bentuk tulisan.

Jadi, saya kira kesempatan yang masih ada ini adalah suatu rahmat dan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Segala puji bagi Allah, Tuhan Penguasa seluruh alam. Yang tidak tidur, apatah lagi mati. Dialah yang menghidupkan, serta mematikan. 

Setelah apa yang terjadi for the past few weeks (ups and downs, rains and rainbows, laugh and tears), I decided to visit (atau nama lain dia uncoil satu persatu masalah yang tergumpal dalam kepala) di taman bunga. 

"Huh? Taman bunga?? Tak habis- habis nak pi tengok taman bunga. Pergi la tempat menarik sikit", kata makcik Esu. 

"Daa..taman bunga? Seriously?", sambil rolling her eyes 360 degree. Dan pelbagai lagi cadangan. 

Saya merupakan seorang yang cintakan alam semulajadi. Bagi saya, alam ialah tempat entertainment yang tidak pernah mengecewakan serta menenangkan hati saya. Sebagaimana sesetengah orang berasa puas hati dan seronok serta mengalami adrenaline rush apabila menaiki roller coster, menaiki bumper car atau bermain lumba kereta dan motor di funfair, begitu juga lah perasaan saya apabila melihat daun- daun dihembus angin, bunyi sang bayu yang sentiasa menenangkan, kicauan burung- burung yang menggembirakan, bau hujan yang segar serta kelopak bunga- bunga yang sedang mekar atau kuncup. Semuanya indah. Tiada cacat cela.

Memanglah. Ciptaan Tuhan kan? Tiada cela pada setiap sudut.

Jadi, malam semalam saya bertekad untuk mengunjungi sebuah taman bunga yang berdekatan dengan Dublin, Powerscourt Garden.(bear in mind that garden dia bukan yang kecil macam kat belakang rumah tu) Menurut National Geographic, PG merupakan taman bunga ketiga tercantik di dunia. Taman ini terletak di Enniskerry, daerah Wicklow. Wicklow sememangnya terkenal sebagai kawasan perlancongan untuk pencinta alam semulajadi. Bahkan, gunung- gunung yang cantik serta "mesra- pendaki" juga terdapat di Wicklow. Tahun lepas, saya pernah mendaki "The Great Sugarloaf Mountain" bersama sahabat- sahabat saya yang lain. Gunung tersebut merupakan gunung kedua yang berjaya saya daki selepas Dalkey. 

Pose di tepi jalan utama ke rumah estate Powerscourt. Excited sebab nak tunjuk jalannya yang bersih dan panjang.

Powerscourt Garden merupakan sebahagian daripada Powerscourt Estate, yang ditemui pada sekitar kurun ke-13 dan diperindahkan oleh beberapa arkitek. Hak milik rumah dalam estate ini juga berpindah milik dari satu keluarga kepada satu keluarga. Mempunyai keluasan sekitar 19 ekar, kawasan taman dibahagikan kepada beberapa tempat- tempat yang menarik berdasarkan ciri- ciri tumbuh- tumbuhan serta reka bentuk taman itu sendiri seperti Japanese Garden, the Castle Tower, Pet Cemetery dan lain- lain (tak ingat sangat sebab peta PG dah hancur kena air hujan huhu). 

And gembira juga lah sebab Allah hadirkan seorang sahabat untuk menemani saya di sepanjang perjalanan ke Enniskerry. Sangat terharu dengan pengorbanan masa dan tenaga yang beliau luangkan untuk bersama- sama melayani kerenah saya untuk ke PG. Di sini saya ada sertakan beberapa gambar yang sempat di snap sepanjang perjalanan. Mungkin nampak biasa- biasa sahaja. But believe me, pictures won't do the justice to tell the world about the beauty of this place. You have to come, and experience the feeling of living in a Victorian style kind of garden. ;)

Pemandangan on the way nak keluar daripada taman.


Di Japanese Garden. I am so in love with the scenic view and the calm atmosphere rekindled  by the trees, flowers and landscape of the place. Plus, the presence of rain made everything looks perfect. i wonder how heaven looks like..

"If life gives you rain, then learn how to dance in it"


At first, I thought the flower was chrysanthemum. Then, I think it wasn't. It's something else as the flower produces sweet scent. Chrysanthemum doesn't produce any smell. Or do they?

A bed of roses. Literally.


Another bed of flowers.


A flower tries to smell the roses. Luls


I wonder how they arrange the stones into this kind of position. Amused.


Another bed of flowers. Waktu ni tengah hujan, jadi bunga- bunga nampak macam 'jatuh'/ layu.


Aren't they pretty? Just like you~ (pick-up line detected!)


The baby flowers aren't blooming yet. No worries fellas, let the time decides.


Different kind of  flower species are planted along the way to the estate house. I should've jotted down my favorite flower species. But then again, it's raining.


By looking at these beautiful friends of mine, it reminds me of Allah's capability to create something that gives peaceful feeling to the human being. And the flowers can live happily ever after, even though they have different species of neighbors with distinctive features such as colors, shapes and sizes! ;)

Walah, meet my amazing travel partner, Samad! (Keyra)
You look perfectly perfect among those flowers. (another pick- up line detected!)


The climbing roses. Luckily I managed to grab one of those "buncit" roses. The roses smell so good. A natural perfume I guess.


Well, well, well. What we got here? I honestly was amazed by the natural- forming waterfall by these plants. Pokok- pokoknya renek, bertindak macam sponge yang memerah air keluar, menghasilkan air terjun semulajadi yang keluar dari celah- celah daun tersebut. Immensely in love with the place! 

Another species of flower. I think it was daisy. (Is it?)
Cc: kaki Keyra

"Isn't she lovely?"



Assalamualaikum bunga- bunga. Tak jawab salam, berdosa. Kalau jawab, kita cinta.

In front of one the doors of the estate house. (I think the building has became hotel nowadays)

It's raining and I love it, alhamdulillah!


We made new friends from the United States! (They said the journey to Ireland from Philadelphia takes only 6 hours via airplane.)


Looking for no one. 
(Senyummu seindah suria~~)

Alhamdulillah, we finished our tour after approximatley two hours of walking and reflecting. I wish to write more, especially muhasabah part. Yet, I have flight to catch tomorrow morning and guess what, I haven't even packed yet. (Well done, Sarah) So insyaAllah, I hope Allah gives me opportunity to share my muhasabah cinta sepanjang di perjalanan ke Powerscourt. 

Nak share satu ayat tadabbur/ reflection tadi,

"Tidaklah kamu tahu bahwasanya Allah: kepada-Nya bertasbih apa yang di langit dan di bumi dan (juga) burung dengan mengembangkan sayapnya. Masing-masing telah mengetahui (cara) sembahyang dan tasbihnya, dan Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." (QS. 24:41)

Saya juga ada teringat ayat Allah mengenai zikrullah (mengingati Allah),

"Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang" (Ar- Ra'du:13)

Bagaimana saya boleh rasa tenang bila dengan alam? Mungkin sebab alam ini ialah makhluk Allah yang tidak pernah tidak bertasbih kepada-Nya. Dan apa- apa yang sentiasa yang mengingati Allah, pasti akan menghasilkan vibes ketenangan. Mungkin apabila kita tidak berasa tenang bila bersama alam, adalah kerana kita tidak berzikir kepada-Nya, sebagaimana alam lakukan. Kiranya "wavelength" dengan alam tu tak sama la.

That's my tadabbur. Yang sempat untuk di sharekan. Moga- moga, kita semua tidak lupa bahawa langit yang berbumbung di atas ubun- ubun kita, tanah yang kita jejaki, adalah milik Tuhan yang menghidupkan kita. Maka, hanya kepada Dia sahaja kita perlu berharap dan tunduk.

Selamat menjadi hamba, Sarah. 

Alhamdulillah.

Meja study Nawar, 
7/6/2015




Comments

  1. doa kuat2... nak jiwa murobbi itu juga terus mekar tanpa kira musim.
    T_T

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1