Kembali.

Assalamualaikum wbt.

Segala puji bagi Allah. Yang tidak pernah meninggalkan hamba- hambaNya, bahkan mendekat, lebih dekat daripada urat leher mereka. Yang mendamaikan serta pandai memujuk hati.

Dalam masa dua minggu ini, kami di Royal College of Surgeon in Ireland sudah mula didedahkan dengan penyakit serta management (cara rawatan) mengikut sistem ( sistem pernafasan etc) cardiorespiratory (CR). Alhamdulillah banyak sangat yg saya dapat belajar daripada modul CR ini, terutamanya tentang keburukan merokok. 

Kalau anda nak tahu, asap rokok boleh menukar lining paru paru daripada columnar epithelium kepada squamous epithelium. Jadi, paru paru tidak akan berfungsi seperti biasa. Dalam bahasa lainnya, fungsi paru- paru berubah. Dan apa- apa yang berubah, tidak bertindak atau berbuat dengan tujuan asal ia diciptakan, maka ia akan menyebabkan kerosakan.

Basically, that context also fits into us, human. What is our purposes of life? I mean, our REAL purposes of life that has been told by our Creator in His divine 'manual book'. Jadi, adakah kita telah 'berfungsi' dengan sepatutnya? By default, kalaulah kita benar- benar hidup mengikut panduan- panduan yang digariskn Allah, dari mana datangnya kerosakan (jenayah, perang, tidak hormati ibu bapa dan korupsi) itu datang? Hurm. Something to ponder together. 

Hidup ini tidak random. Apatah lagi kebetulan. Maka, dalam menghadapi hari- hari yang mendatang, menggunakan neraca apa kita menilai hidup ini? Neraca pemikiran manusia tidak mampu predict masa hadapan. Bahkan kita tidak mempunyai jaminan tentang keadaan diri kita dalam masa akan datang, walaupum sebentar.

Turunnya Al- qur'an sebagai panduan hidup kepada manusia daripada Pencipta manusia. Logically, pencipta lagi tahu keadaan ciptaannya. Kalau something happen to the creation, the creator knows well which part of the creation he needs to fix. Same goes to us. Allah sangat tahu keadaan kita; emosi, masalah, perangai etc. Dia sangat tahu fitrah manusia yang sebenarnya. Jadi Al Qur'an diturunkan sebagai guidelines on how to survive in this world and in the Hereafter.

"Sungguh, Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al- Qur'an) dengan membawa kebenaran untuk manusia; barang siapa mendapat petunjuk maka (petunjuk itu) untuk dirimya sendiri, dan engkau bukanlah orang yang bertanggungjawab terhadap merreka" (39:41)

Peringatan ini, adalah utama buat diri saya sendiri. Apa- apa pun, kembalilah kepada Allah, tatkala sedih atau gembira. Ketika senang atau susah. Kerana Allah tak pernah berkira dengan hambaNya, walaupun dalam seharian itu amat sedikit masa hamba itu benar- benar merasakan kehadiran sang Pencipta.

Kerana Allah tidak pernah meninggalkan kita. :')

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1