D-24

Segala puji bagi Allah, Tuhan langit dan bumi serta yang berada diantara kedua- duanya.

Yup, tinggal 24 hari lagi sebelum melangkah ke dewan peperiksaan serta hospital Taiping/ Seberang Jaya/ Penang untuk menghadapi peperiksaan tahun akhir pelajar perubatan. 25 hari lagi sebelum mengakhiri title 'pelajar perubatan'.

Perasaan?

Tempoh hari dah penat dapat panic attack. Tapi, lepas baca perkongsian seorang akhawat tentang hadis menanam kurma, terus rasa bersemangat dan tidak mahu berputus asa dengan Allah.

Bukanlah usaha saya yang menetukan kejayaan saya, tetapi Allah. Boleh jadi belajar siang malam pagi petang tetapi waktu exam Allah takdirkan kita lupa. Boleh jadi belajar banyak tetapi tak faham- faham. Sedih jelah kalau macam tu. Saya selalu berharap agar ilmu yang dipelajari ini Allah berkati. Naqibah pernah pesan, tawakkal itu bermula saat sebelum berusaha lagi, sebab dalam konteks saya ni, untuk faham sesuatu topik dan penyakit pun, memerlukan tawakkal dan redha Allah.

Tak dinafikan sunnatullah di dunia, we earn what we sow. Man jadda wajada, man zaro'a, hasoda. Nak jadi sangat muslim yang berusaha seperti tak kenal erti tawakkal tetapi pada masa yang sama sangat bertwakkal seperti tidak pernah mengenal erti usaha. Nak kumpul pahala usaha banyak- banyak. Nak faham apa yang dipelajari supaya bila mula bekerja nanti, sekurang- kurangnya ilmu ini dapat diaplikasikan untuk menyelamatkan manusia lain. Nak jadi asbab seseorang manusia sihat, lantas digunakan kesihatan untuk kebaikan disekelilingnya. (yang mana tak jadi lagu tu, tak mengapalah. Dah tugas doktor untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik)

Rasa macam, ya Allah, jauh sudah Kau bawa aku. Dulu selalu rasa tak layak nak ambil medic ni sebab saya bukanlah pelajar yang begitu cemerlang, cerdik atau bijaksana. Tetapi itulah, mungkin ada benda Allah nak ajar dan jadikan saya melalui asbab bidang ini. Moga dengan reason ini juga, Allah ganjarkan saya syurga, amin.

How do I keep my motivation progresses? 

1) Schedule. 
Have a planner, try to arrange your schedule and target in the planner. Primary goals, what to achieved should be clearly stated in it Me sometimes put a brief ideas/ plans on what I wanna achieve per day in my head. At the same time, I'll keep lists of topics to make sure I don't overlook or miss important topics.

2) Have a good rest and sleep.
My principle about this stays the same since I was in secondary school; sleep rest, eat well and have some time to yourself apart from studying. I will try my best not to sabotage my sleep pattern because I know my mind will be so messy the next morning, ruining my mood and makes me unproductive. Remember, it's the productivity we want to maximize in preparing for the exams. Food wise, I try not to hunger myself. I usually take lesser portion of rice but enough to make my tummy full. This to prevent sleepiness/ tummy pain due to overeating.

I dislike coffee. But for the exam sake, I take some to sustain my concentration and make me awake. Usually I''ll take in the morning or in the evening, before 7/8pm. My coffee tolerance is very low; meaning, I can stay awake with coffee for more than 5 hours. Drink loads of mineral water and in the meantime, I try to cut off my sugar intake. (But I take tin coffee so it's not good but I have to, to reduce my time making my own coffee lol)

Disclaimer: Dear self, I promise to eat clean, exercise and leave coffee after the exam haha.

3) Take care of relationship with God. 
Solat cuba untuk pada awal waktu. Baca Al- Qur'an hari- hari sambil memaknai ayat- ayat Allah dengan hati. Perbanyakkan doa, istighfar, amalan-amalan nawafil. (Bukan waktu exam je okay buat benda ni haha. Lepas exam pun kena jaga hubungan dengan Allah)

I always think that without Allah's will, I won't able to understand and achieve things I wanna achieve in my studies and life. Plus, talking to Allah has always make me feel calm, happy and confidence. He is the All Hearing kan?

Time solat, sedaya upayalah kosongkan hati daripada mengingati hal- hal dunia. Letakkan ia di belakang, dan berterima kasihlah kepada Allah, for things you have gotten in that day.

Contohnya, saya selalu fikir, 'Ya Allah, terima kasih kerana berikan saya peluang untuk faham tajuk peripheral arterial disease melalui study group saya' ataupun 'terima kasih ya Allah kerana beri saya kesempatan untuk buat latihan past years dengan masa yang tidak banyak pada hari ini'.

Something like that la. I don't know. This is my way. Jaga mutaba'ah amal dan jangan ponteng usrah! (selagi boleh pergi, mohon pergi. Usrah itu juga satu sumber kekuatan untuk saya bertahan sepanjang di medical school ini)

4) Jaga hubungan dengan orang sekeliling
Bukan kita seorang sahaja nak exam. Dan hidup kita ni, bukan tentang diri kita sahaja. Jadi, bila rasa nak marah atau annoyed dengan orang, sebaiknya tahan (telanlah) marah itu, atau salurkan perasaan negatif itu dengan cara yang baik. Macam talk about it kepada orang yang kita percayai atau simply istighfar, rationalize and weigh the reasons behind it. 

Bila ada peluang untuk buat baik, buatlah baik dengan sebanyak- banyaknya. Orang suka dan akan mendoakan kita. 

Well, itu je kot setakat ni saya nak share. 


Jadual peperiksaan terakhir di PMC. 

Doakan kami semua ya! Doakan kami berjaya dunia dan akhirat insyaAllah. Doakan kami dapat jadi doktor- doktor yang soleh wa musleh insyaAllah. :)

MPH library,
PMC
8.47pm

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

Dear Sumaiyah #1

It has been quite some time