Khabar daripada rindu.

Pada kerinduan yang sering bertanya khabar,
Aku bungkam, kelu untuk menjawab pertanyaan yang tiba.

Hati terasa desah untuk menyambut,
perkhabaran rindu dari angin selatan,
Membuai-buai palung hati yang lohong

Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Terima kasih untuk penantian yang sepertinya,
Tidak kunjung tiba.
Terima kasih untuk harga kesetiaan,
Yang teramat mahal nilainya.
Terima kasih untuk kesabaran,
Yang tidak pernah berkurang, bahkan lebih baik.

Saat mentari naik,
Aku mahu lebih menjadi hamba Dia yang bersyukur,
Kerana kehidupan yang diberikan indah,
Dan bertambah indah dengan hadirnya kamu.

Namun buat masa ini,
Aku hanya mampu menyahut perkhabaran rindu
Dengan doa-doa seusai solat
Doa-doa sepertiga malam
Doa-doa saat langit mula menangis
Juga doa saat kau singgah difikiranku.

Buat masa ini juga,
Aku harus membiarkan ketukan yang sering bertamu
Kerana kupunyai impian yang mahu kukejar
Dan kerana masanya masih belum tiba
Untuk aku membuka pintu, menyambut seruan rindu.


Sabar. It will come at the right time, at the right place in a right way. 
InsyaAllah. 
🌼




Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1