Kerana secebis harapan di Wad 20.

"Puan pernah mengandung sebelum ini?", saya bertanya lembut pada pesakit wanita yang terbaring lesu dikatil hujung cubicle 2 wad gynaecology. Wajahnya pucat, cukup pucat. Pergerakannya terbatas dan nafasnya pendek- pendek. Mungkin dia kepenatan.

"Sudah doktor. 4 orang, tetapi semuanya keguguran. Ada satu episod mengandung 'anggur' (molar pregnancy)". Sambil bercakap, senyuman tidak lekang dari wajah yang mulus itu.
Para 0 (+4). 

Saya berasa serba salah untuk meneruskan perbualan. Takut tersalah tanya atau tersalah cakap. Isu anak sememangnya isu yang sensitif untuk kaum wanita, terutamanya bagi yang sudah berkahwin. Perkahwinannya berusia dua tahun, diusahakan untuk mendapatkan cahaya mata namun keempat- empat mereka diambil Tuhan yang Maha Penyayang. 

Fuh. Saya cuba mengekalkan ekspresi muka supaya tenang dan maintain professional. Sepanjang perbualan kami, tiadak ada satu masa pun saya mendengar keluhan, kesedihan atau kekecewaan dari mulut beliau. Yang ada hanyalah senyuman yang manis disulami dengan semangat yang kuat dan kesyukuran yang tidak putus- putus kepada Allah. Guess what, her current admission was due to ruptured ectopic pregnancy that almost took her life. (A growing 'life' that threatens the carrier)

Her situation makes me think a lot. It bothers me so much, to the extend I cannot forget her stories and her smile. She is so strong and patient. I cannot imagine how she handles the emotional, physical and spiritual turbulence pertaining to her previous miscarriages. Subhanallah, when I retrospectively think of the situation, I think only Allah can grant such strength and perseverance to her and her husband. Indeed, Allah won't burden someone with something he/ she cannot bear with.

One question; what makes her strong to face a new day, a new life whenever she opens her eyes everyday, without fail? Bagi sesetengah orang, sekiranya kita gagal untuk hidup dengan apa yang kita cita- citakan, maka fungsi untuk meneruskan hidup itu sudah tiada. Hilang asbab untuk terus bernyawa dan menghadapi hari- hari yang mendatang. 

Persoalan ini kerap bermain di minda saya sehinggalah beberapa hari kemudian, saya terbaca sebuah tulisan mengenai harapan/ hopes. 

Harapan.

Satu perkataan yang senang untuk dituturkan namun memerlukan kekuatan hati dan akal untuk betul- betul memaknai dan hidup dengannya.

Ada beberapa hari dalam masa dua minggu belakangan ini, saya berasa sukar untuk bangun dari katil dan memulakan rutin harian saya sebagai pelajar perubatan. Everyday is a struggle I must tell you. Pagi- pagi (like literally awal pagi sebelum pukul 7.30am) saya dah terkocoh- kocoh bersiap dan bergerak ke Hospital Pulau Pinang. Kena pula rotation di Department of Obstetric and Gynaecology (Ibu mengandung dan sakit puan). Dua kali bed site teachings, tutorials hingga ke petang dan termasuklah konflik emosi dalam group secara tidak langsung menyebabkan saya berasa penat yang amat dan it silently 'eat' my spirit. I became mentally and physically exhausted. Bila drive ke hospital, macam- macam thoughts tak enak mula bermain dalam kepala (membayangkan diri kena tengking dengan pakar sebab tak pandai sangat, hari- hari kena interview patient, struggle nak faham setiap topik baru dan takut kena reject dengan patients). Rasa macam tak ada harapan dah untuk teruskan rutin ini. Rasa macam, can I be a good doctor to my patients, to the ummah?

Sehinggalah selepas menghadiri usrah mingguan yang selalu dinanti- nantikan, perspektif saya tentang kehidupan mula berbeza.

    "Wahai hamba- hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya, Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (39: 53)

Manusia hidup dengan harapan. Harapan kepada parents, keluarga, kawan- kawan dan Tuhan. This is the pursuit of life. Harapan inilah yang akan menghidupkan kehidupan seorang manusia itu sendiri. Andainya harapan musnah (ie: break up, kehilangan yang tersayang), kegagalan untuk mendayung sampan dalam arus kehidupan menuju ke destinasi terakhir akan berlaku. Namun, andainya harapan itu digantungkan semata- mata kepada Allah, perubahan- perubahan yang terjadi tidak begitu mengecewakan, kerana diketahui bahwa Allah yang menyusun jalan hidup ini. 

Susunan Allah penuh dengan cinta, tidak untuk menzalimi hamba- hambaNya. Malah, ianya untuk mengangkat darjat hamba tersebut. Bagi seseorang yang mengikat harapannya kepada Allah, setiap perkara yang terjadi, sama ada ia menggembirakan hati atau sebaliknya, perasaan- perasaan tersebut akan dikembalikan kepada Sang Pencipta. Dan apabila dia berharap kepada sesuatu, perasaan itu juga dipangkalkan kepada Sang Pencipta yang sama. Kerana di sudut hatinya, dia mengerti hakikat kehidupan yang terjadi adalah dengan izin Allah, be it good or bad. 

Menjadi seorang hamba yang beriman dengan qada' dan qadar sangat membutuhkan hati yang ditarbiyah untuk bertaqwa. Ianya tidak mudah.

Bila saya reflect balik kenapa saya menjadi murung dan kurang bersemangat, mungkin kerana saya berharap supaya environment and people around me to meet my certain expectation. Yang tak bestnya, expectations itu more or less adalah untuk secure diri dan perasaan saya daripada terbeban/ takut dengan kritikan yang membutuhkan perubahan. Jadi, saya lebih mengharapkan diri saya supaya able to present cases very well, able to answer each question excellently and able to examine patients accordingly. Apabila saya ditegur, dimarahi atau tidak berjaya menjawab soalan- soalan doktor, saya kecewa dan frust. Sebab saya takut dengan keadaan sebegitu sebab itu bukan comfort zone saya. Mungkin atas sebab inilah, saya jadi kurang motivasi dan semangat.

Namun, ayat 53 dalam surah az- Zumar make me realize yang rahmat Allah itu luas. The ability to feel hopeful to Him is one kind of blessings. And I did not have that. Saya mengecilkan skop rahmat Allah kepada perkara- perkara yang akal saya mampu capai tetapi saya terlupa bahwa hidup ini lebih besar daripada apa yang akal saya gambarkan.

Ternyata pesakit yang saya jumpa di Wad 20 lebih memahami dan menghayati makna rahmat Allah dalam kehidupan beliau. Empat kali keguguran tidak bermakna kehidupannya berakhir. Empat kali keguguran bukan penghalang untuk dia terus tersenyum dan menjalani hari- hari yang mendatang dengan lebih tabah. Dan empat kali keguguran bukan bermaksud dia harus berputus asa dengan rahmat Allah yang lebih luas.

Saya kira, bernafas dengan perasaan dan akal yang sedar bahwa untuk bernafas itu juga satu rahmat dapat melembutkan hati dan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Rabb dan Ilah yang disembah.

Apabila berharap kepada Allah, hujan, ribut atau taufan tidak akan menghentikan kaki untuk terus melangkah meneruskan kehidupan dengan penuh makna. Bahkan, pergantungan harap kepada Yang Maha Mengetahui juga akan mengajar kita supaya berdaya tinggi di luar comfort zone yang tidak akan 'membesarkan' hati dan mematangkan jiwa. 

Dear God,
If today I lose my hopes, 
please remind me that Your plans are better,
than my dreams.

Mishkat 2.0

ps: Nervousnya nak pergi program petang ni.. 

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

Dear Sumaiyah #1

It has been quite some time