Sang Musafir

Kepada sang perantau yang membawa diri,

Semoga Allah menyembuhkan luka dalam hatimu,
Menerusi lorong-lorong debu disepanjang permusafiranmu.

Semoga Allah menghilangkan parut yang menggores panjang menyeksa batinmu,
Dengan air dingin serta munajat sepertiga malam di sejadah masjid yang tua usang itu.

Semoga Allah menggantikan rasa kecewamu terhadap manusia,
Dengan memperkanalkan Dia sebagai pemilik cinta seluruh alam,
Agar kamu akan terus menerus mahu mencintai dia,
Daripada mencintai ciptaan-Nya yang fana'.

Duhai perantau yang membawa pergi diri yang terluka,

Daerah-daerah asing yang kau tapaki,
Mempunyai seribu satu ubat mustajab kepada semangatmu yang lesu,
Umpama pudarnya kuning daun menjadi hijau,
Usai akar menghirup segar hujan yang merintis.

Manusia dicelahan kota Arabia itu pula misteri,
Dan kamu bisa temui jalan lebih luas kepada alasan anehnya manusia,
Serta ajaibnya Tuhan, kerana bisa memilih mereka sebagai khalifah di atas bumi yang taat.

Duhai perantau yang membawa diri pergi jauh dari kota kelahiran,

Semoga kau temui jawaban-jawaban kepada persoalan yang mengkusutkan akalmu serta menjelekkan emosimu.

Semoga kau temui secebis harapan, yang terserak panjang di jalan permusafiranmu,
Seperti luasnya langit yang terbentang di atas sana.

Semoga kau temui kekuatan untuk menghadapi hidup yang 'panjang',
Serta cinta si penyeri sebahagian hidupmu hadiah kurniaan Tuhan,
Atas sabarnya engkau kepada cobaan Tuhan,
Di sepanjang liku kehidupan.

Dan aku disini berdoa,
Moga kau dan aku dikuatkan Tuhan,
Untuk terus mentaati Dia sebagai Ilah dan Rabb,
Yang tidak pernah mati dan akan terus hidup.

Amiin.

                
Gambar ihsan daripada ahli keluarga.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1