Segregasi Islam?

Jika dahulu, saya sering berpendapat bahawa muslim yang hebat ialah muslim yang gencar dengan dakwahnya, hebat seni tajmik dan takwinnya, petah hujahnya di hadapan manusia lain, berapi- api taujihatnya hingga menusuk kalbu para pendengar serta banyak adik- adik binaannya..

..namun sebelum saya pulang ke Malaysia, murabbi saya ada pesan mengenai "islamuna" (islam kami). Sedari itu, saya mula berfikir.

Kita diajar dalam jalan tarbiyah dan dakwah bahawa islam ialah agama yang syumul, meliputi seluruh kehidupan kita. SELURUH kehidupan, bukan sesetengah. Ini bermakna setiap yang kita lakukan sesimple makan dan minum, islam ada ajar adab- adabnya, hikmah- hikmah makan dengan adab serta doa- doa yang berkaitan. Hal ini menunjukkan bahawa secara tidak langsung, tidak berlaku segregasi antara islam dan kehidupan kita.

Masyarakat kini sering berpendapat bahawa islam hanya sekadar di atas tikar sejadah, di masjid- masjid, di majlis- majlis ta'alim serta kenduri tahlil. Kita mungkin lupa bahawa aspek kebersihan dan kekemasan juga ditekankan dan diajarkan dalam islam. Dan sebagai seorang yang cuba mencapai redha Tuhannya, ini bukan perkara enteng yang dipandang sebelah mata.

Sebagaimana sirah telah bercerita mengenai baginda Rasulullah SAW yang turut berperanan dalam rumahtangga baginda seperti membaiki capal, membantu isteri- ister baginda dan sebagainya. Maka kita selaku muslim atau da'i yang berkehendakkan syurga Allah untuk bertemu baginda, mari kita telusuri bagaimana "islam kita" dalam kehidupan seharian;

Tempat tidur, almari baju, tempat belajar, dapur rumah sewa, ruang tamu, tandas, sampah rumah, porch kereta, baju- baju yang dibasuh dan dikeringkan, meja makan dan stor.

Ini ialah sebahagian kecil daripada perkara- perkara yang kita sering terlepas pandang sedangkan hal ini ialah basic kepada manifestasi iman kita sebagai seorang muslim yang mahu beramal kepada Al Qur'an dan as Sunnah. Islam yang kita anuti bukan pada hari- hari atau waktu- waktu yang tertentu, tetapi ianya lebih daripada itu. Ia melangkaui segala yang kita lakukan. Mungkin sebab itu dakwah bil akhlak/ qudwah lebih dalam kesannya kepada mad'u- mad'u kita kerana we walk the talk, rather than jadi "tin kosong" yang bunyi kuat tetapi tiada apa- apa dalamnya.

Jika sebelum ini dakwah kita gencar diluar rumah, tangkas di tengah- tengah masyarakat yang dahagakan pengisian- pengisian yang mampu menghidupkan hati mereka dan lebih mendekatkan mereka kepada Allah, maka mari kita lebih memperhebat dakwah di rumah kita juga. Mari kita lebih bersemangat menjaga hak "islamuna" yang lebih syumul di tempat tinggal kita agar kita mampu mencapai tittle "pengikut Allah, Rasul dan para sahabat (Muhajirin dan Ansar) yang terbaik".

Allah mencintai kekemasan dan kebersihan. Kita pun mahu mencintai kekemasan dan kebersihan.

Rajin- rajinkanlah "fastabiqul khairat" andai terlihat kekurangan dirumah seperti pinggan yang tidak berbasuh, ruang tamu yang berhabuk atau porch kereta yang mula dipenuhi dengan daun- daun kering :)

Dakwah kita bermula dirumah, dan berakhir di rumah.

Kepada akhawat/ muslimah pula, anggap ini sebagai latihan sebelum berumahtangga. Biasakan diri  menjaga apa- apa yang perlu. Bukan sekadar nak makan sedap, tampil cantik diluar  atau tidur lena tetapi hak- hak diri dan orang lain tidak dijaga.

Ramai yang memandang remeh akan hal ini, tapi percayalah it is a benchmark of what your marriage life will look like. Kita mahu membina keluarga yang mencintai dan mentaati Allah, maka mulakanlah pembinaan itu sekarang. Tak perlu tunggu sebukan sebelum nikah baru nak aware tentang semua ini. Ustaz saya pernah pesan, pembinaan dan tarbiyah anak (tarbiyatul aulad) bermula sebelum kita kahwin lagi.

Pada pendapat saya, tiada istilah enjoy your life before you get married; dengan berpegang kepada idea Barat. Bersosial, melakukan perkara - perkara yang tidak sepatutnya atau mengagungkan trend- trend yang sementara. Sedangkan enjoyment sebenar seorang muslim ialah dengan mengenali dan mencintai Allah melalui manifestasi amal dalam kehidupan seharian.

Allahua'alam. Hanya coretan rasa seorang hamba yang lemah. Peringatan ini lebih lagi untuk sang penulis yang penuh dengan compang- camping pada iman dan amalnya. Moga kita dapat jumpa Allah di syurgaNya kelak insyaAllah.

Ps: aseef untuk points yang bercampur aduk.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1