Adik.

Duhai adik,
ketahuilah,
bahawa langit tidak selalu cerah,
purnama malam tidak selalu indah,

Duhai adik,
ketahuilah,
cerita kita dan mereka tidak sama.

Suka kita lain,
duka kita lain,
senyum kita lain,
tangis kita lain,
payah kita lain, dan senang kita pun lain.

Duhai adik sayang,
walau kita disirami hujan dugaan,
biar kita dihempas susah kehidupan,
biar kita hampir terjatuh ke dalam gaung kepayahan,
kakak akan menyambut adik.
melindungi adik.
memegang erat tangan adik.

Ketahuilah adik,
walaupun jarak kita beribu batu,
waktu kita tidak sama selalu,
wajah tidak selalu bertamu,
adik adik sentiasa dalam doa kakak.

Dan kakak sentiasa merindui kalian selalu.

P/S: Nukilan buat adik adik kakak; Syazwan, Syamim dan Siti Sofea Shukor.

Comments

Popular posts from this blog

Mitsaqon Gholizho

It has been quite some time

Dear Sumaiyah #1