Posts

Kisah Aku Dan Dia.

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah yg menciptakan langit dan bumi serta kehidupan yang berada di antara keduanya. Mana Suci Allah. Pada hari ini, saat ini, langit kelihatan mendung. Suasananya suram. Sekali pandang, wajah langit kelihatan seperti gadis yang hendak menangis. Mungkin air matanya akan tumpah sebentar lagi. Saya menarik duvet perlahan- lahan menutupi kaki. Sejuk. Dingin. Minda mula berkira- kira akan perkara yang akan terjadi pada keesokan hari. Yang pastinya, hari minggu saya tidak sama seperti hari minggu orang lain. Buku diari dicapai dan tangan pantas mencatat perancangan untuk hari- hari akan datang. 24 Januari 2015. Baru Saya teringat. Dia akan pergi. Dia Akan meninggalkan kami. Dia akan meninggalkan saya. **akan bersambung

Update: Winter Break

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah 'ala kulli hal. Kerana nyawa masih lagi dipanjangkan hingga ke hari ini. Moga peluang yang diberikan ini dapat kita penuhi dengan perkara- perkara yang mampu mendekatkan diri kita kepada Allah, insyaAllah. InsyaAllah dalam masa terdekat, saya akan update blog dengan kisah- kisah serta pengalaman- pengalaman yang saya dapat dan belajar sepanjang cuti musim sejuk ini. Terlalu banyak cerita yang ingin diceritakan. Terlalu banyak rasa yang ingin diluahkan. "Kenapa tak cerita je sekarang?" Kalau ikutkan hati, boleh je nak cerita semua benda at one time. Namun, masa tidak mengizinkan. Musim 'Persekolahan' sudah bermula, officially pada hari ini. *lap air mata* Dan sekolah makin jauh; di Beaumont Hospital. Jadi saya perlu menyusun kembali jadual hidup saya sebab things are going to be totally different during Intermediate Cycle. Ouh ya, circadian rhythm saya semacam tidak betul. Tak tahu nak ikut waktu barat atau timur (sebab ...

Kenapa blog?

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Atas masa yang dipinjamkan sehingga sekarang, kekuatan untuk melaksanakan urusan harian, langkah- langkah yang disampaikan ke destinasi- destinasi tertentu serta nikmat meletakkan dahi atas sejadah ketika menghadap-Mu wahai Tuhan.  Maha Suci Allah atas segala perkara. Hari ini merupakan titik noktah bagi sebahagian daripada kami dalam "perjuangan peperiksaan akhir semester Junior Cycle 3". Tapi, hal ini tidak bermakna perjuangan menuntut ilmu turut terputus. Ia akan bersambung balik bila semester Intermediate Cycle 1 (tahun kedua, semester 2) bermula. To learn is a lifelong process. Boleh kata mencabar juga peperiksaan kali ini. Namun, Allah mempermudahkan segala hal. Alhamdulillah. Couldn't ask more than that. :) Baru- baru ini, ada beberapa sahabat bertanya kepada saya, "Kenapa tulis blog?" Soalan yang sangat bagus. Dan perkara ini memang sudah saya fikirkan sedari (sejak dari) tahun lepa...

"Sebab salur darah tu banyak"

Image
Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama tak menulis, Allah beri juga kesempatan yang sebentar untuk berkongsi rasa. Alhamdulillah. (*joget2*) Sebenarnya, sekarang ini adalah musim peperiksaan bagi semua pelajar perubatan di Ireland, terutamanya di Dublin. Tak dinafikan, bahang musim peperiksaan sudah mulai terasa sejak seminggu dua sebelum tarikh "hari yang ditunggu- tunggu". (okay tipu mungkin bagi sesetengah orang sahaja). Pagi tadi pelajar RCSI baru sahaja menduduki peperiksaan untuk kertas pertama kami, iaitu Clinical Examination- Data Collection. (Basically the paper asked us to prescribe medication to the patient, interpret a- not- so-brief research and some ethical stuffs in medicine) Alhamdulillah sekali lagi, sebab Allah permudahkan. Susah tak? Haha. Wallahua'lam. I've done my best, I leave the rest to Allah. :) Jadi, boleh kata sepanjang study week, hati saya agak tidak tenang. Bukanlah sebab tidak habis mengulangkaji nota (semata- mata), tapi hati se...

Adik.

Duhai adik, ketahuilah, bahawa langit tidak selalu cerah, purnama malam tidak selalu indah, Duhai adik, ketahuilah, cerita kita dan mereka tidak sama. Suka kita lain, duka kita lain, senyum kita lain, tangis kita lain, payah kita lain, dan senang kita pun lain. Duhai adik sayang, walau kita disirami hujan dugaan, biar kita dihempas susah kehidupan, biar kita hampir terjatuh ke dalam gaung kepayahan, kakak akan menyambut adik. melindungi adik. memegang erat tangan adik. Ketahuilah adik, walaupun jarak kita beribu batu, waktu kita tidak sama selalu, wajah tidak selalu bertamu, adik adik sentiasa dalam doa kakak. Dan kakak sentiasa merindui kalian selalu. P/S: Nukilan buat adik adik kakak; Syazwan, Syamim dan Siti Sofea Shukor.

Mohon gagah.

Image
Kalau lupa, cari balik erti hidup. Kalau penat, cari balik erti memberi. Kalau mahu senang, ingatlah sayang, dunia takkan pernah senang. Senang nanti, di sana kelak. InsyaAllah.                                                                                                                                                                                                       Nota kaki: 1) Al- Qur'an hanya boleh betul2 dimaknai dan berbekas di hati sekiranya kita berbuat dgn apa yang...

Perlahan- lahan.

Perlahan- lahan, aku cuba melangkah keluar, dari sangkar yang selesa, melihat dunia yang tenat, dengan jiwa jiwa penghuni yang sakit. Perlahan- lahan, aku cuba merawati, hati hati separa mati, yang dahagakan cahaya sakti, mahukan erti maknawi, kenapa dia di sini. Perlahan- lahan, aku akan cuba, memberi kehidupan, seperti Sang Nabi lakukan, untuk diri aku, untuk diri mereka. InsyaAllah.